Risiko yang perlu dihadapi jika mengidap tekanan darah tinggi

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Di harap anda semua sihat sejahtera di samping keluarga tercinta. Saya sudah mula kembali segar dengan idea-idea yang ingin saya kongsikan dengan anda semua. Alhamdulillah, walaupun tidak sebanyak mana tetapi cukup untuk membuatkan saya menulis dan mengkaji bersama-sama dengan anda.


Sperti mana yang kita ketahui, tekanan darah tinggi atau hipertensi didiagnosis apabila darah seseorang itu terlalu menekan dinding arteri. Tekanan darah tinggi merupakan masalah berbahaya yang berkait dengan serangan jantung, kegagalan jantung, strok, penyakit buah pinggang dan masalah kesihatan yang lain.


Ubat Darah Tinggi? Apa Laki Ni Buat Untuk Turunkan Tekanan Darah from iReach HD on Vimeo.

Secara amnya, tekanan darah tinggi dikelaskan mengikut penyebabnya. Tekanan darah tinggi yang tidak diketahui punca penyebabnya dikenali sebagai hipertensi primer. Tekanan darah tinggi yang disebabkan oleh penyakit lain dikenali sebagai hipertensi sekunder.





Di dalam hipertensi primer, faktor-faktor risikonya adalah seperti berikut :

-  Sejarah hipertensi dalam keluarga

-  Kegemukan

-  Pengambilan garam dan alkohol melampau

-  Merokok

-  Tekanan yang melampau


Dalam hipertensi sekunder, peningkatan tekanan darah tinggi adalah disebabkan oleh punca-punca atau penyakit-penyakit lain seperti berikut :

-  Penyakit-penyakit ginjal

-  Penyakit-penyakit endokrin

-  Disebabkan pengambilan ubat

-  Kecacatan kelahiran

-  Punca-punca lain



Gejala-gejala tekanan darah tinggi


Biasanya bagi hipertensi primer, tidak ada gejala-gejala yang dikesan sehinggalah komplikasi berlaku. Terdapat hanya satu cara untuk mengesan hipertensi iaitu dengan selalu memeriksa tekanan darah. Jika mendapati diri mengalami gejala-gejala berikut, segeralah berjumpa dengan doktor bagi mendapatkan rawatan yang sepatutnya.


-  Tekanan distolik melebihi 90mmHg





-  Pembengkakan pada pergelangan kaki atau jari.





-  Tercunggap-cunggap

-  Pandangan yang kabur.





-  Pendarahan di hidung yang sering berulang.

-  Sakit kepala yang berterusan





-  Pening.



Komplikasi tekanan darah tinggi


Hipertensi akan mengakibatkan bebanan kepada organ-organ dalam badan dan boleh menyebabkan kerosakan. Di antara komplikasi akibat tekanan darah tinggi adalah seperti berikut :


-  Otak

-  Serangan strok atau stroke ringan dan sementara (TransientIschaemic Attack)

-  Penyakit jantung seperti Coronary Heart Disease, Congestive Heart Failure dan Left Ventricular Hypertrophy.

-  Komplikasi pada mata

-  Pendarahan dan kerosakan kepada kawasan yang sensitif dalam mata.

-  Keadaan yang dikenali sebagai Hypertensive Retinopathy.

-  Komplikasi pada buah pinggang

-  Kegagalan fungsi buah pinggang (paras serum kreatinin tinggi, Microalbuminuria, Proteinuria)

-  Peripheral vascular disease

-  Aneurysm

-  Kehilangan satu atau lebih denyut nadi.






Sekarang mari kita lihat antara mitos dan fakta mengenai tekanan darah tinggi.


Mitos 1 :  Jika anda tidak mengalami hipertensi walaupun selepas berusia 55 tahun, ini bermakna anda sihat.

Fakta 1 :  Hipertensi boleh berlaku pada sebarang peringkat hidup. Jangan fikir anda akan selamat daripada risiko hipertensi. Teruskan langkah-langkah pencegahan yang perlu bagi mencegah pembentukan hipertensi.



Mitos 2 :  Jika tekanan darah adalah tinggi, maka tahap kolestrol juga adalah tinggi.

Fakta 2 :  Tanggapan sebegitu adalah tidak berasas. Kadangkala perkara ini benar kepada sesetengah individu tetapi ini bukan selalu benar untuk individu lain.



Mitos 3 :  120/80 mmHg adalah tekanan darah normal.

Fakta 3 :  Memang 120/80 mmHg pernah menjadi tekanan darah normal. Tetapi kini, tekanan darah yang sihat adalah kurang daripada 120/80 mmHg. Ini adalah kerana tekanan serendah 115/75 mmHg boleh menyebabkan serangan jantung, strok dan penyakit kardiovaskular lain.



Mitos 4 :  Jika tekanan darah sistolik tinggi, maka anda tidak perlu risau. Tetapi jika tekanan darah diastolik adalah tinggi, maka anda perlu segera mengambil langkah-langkah sepatutnya.

Fakta 4 :  Ini adalah tidak benar sekali. Kedua-dua tekanan sistolik dan diastolik adalah penting.



Mitos 5 :  Kaedah pemakanan seimbang tidak akan berkesan.

Fakta 5 :  Pemakanan yang betul bukan sahaja mengurangkan tekanan darah tetapi turut merendahkan risiko diabetes, serangan jantung, kanser dan strok. Apa yang pasti, pemakanan yang sihat lebih berkesan daripada ubatan yang diambil.



Mitos 6 :  Semua orang akan mendapat hipertensi apabila usia semakin meningkat. Ia adalah sebahagian daripada proses menjadi tua.

Fakta 6 :  Itu tidak benar sama sekali. Hipertensi bukanlah bahagian semulajadi untuk menjadi tua.



Mitos 7 :  Ubat terkini tidak mempunyai kesan sampingan atau kesan sampingannya tidak seteruk sebelum ini.

Fakta 7 :  Sebahagian daripada kesan ini betul. Pengambilan ubat masih meningkatkan risiko mendapat diabetes tahap dua dan menyebabkan kesan sampingan yang sebaliknya seperti loya dan ketidaksuburan. Sesetengah ubat tidak menyebabkan diabetes tetapi menyebabkan berat badan bertambah. Dan sesetengahnya boleh menyebabkan peningkatan serangan jantung.



Rupanya, banyak juga risiko jika kita mengidap penyakit tekanan darah tinggi. Jadi, harus mulakan gaya hidup serta pemakanan dengan cara yang sihat. Kurangkan pengambilan garam, gula dan minyak dengan banyak. Sentiasa bersenam dan melakukan aktiviti riadah. Saya sendiri mempunyai keturunan yang mengidap penyakit ini. Sudah semestinya saya harus bersedia dan berjaga-jaga.

Sampai di sini dahulu coretan saya. Ada masa saya update lagi. Assalamualaikum.


Di kesempatan ini, saya ingin mewarwarkan set untuk penyakit tekanan darah tinggi. Anda boleh tengok dan juga jika ada apa-apa pertanyaan, layarkan sahaja di whatapp saya iaitu 014-3607954 ataupun call 016-5003075 ataupun email ke rosa.pasamana@gmail.com















Sumber : Mingguan wanita

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Cara merawat penyakit GERD dengan kaedah semulajadi

Sakit telinga - Mari kita kenali punca dan rawatan yang sesuai

Tanda-tanda sakit jantung serta senaman yang dapat mengurangkan gejalanya.