'Me Time' Hargailah waktu luang untuk diri anda sendiri

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Kali ini saya mendapat Mood untuk menulis selepas balik dari menghadiri kenduri kahwin sepupu di Alor Setar. Meriah tu memang meriah lah tambahan pula dapat berjumpa dengan sanak-saudara yang jauh mahupun dekat. Di harap anda juga sihat hendaknya di samping keluarga tercinta.

Kali ini saya ingin ketengahkan topik mengenai diri sendiri. Kehidupan seharian kita dipenuhi dengan pelbagai urusan seperti kerjaya, keluarga, anak, hubungan dengan pasangan dan aktiviti sosial bersama kawan-kawan. Keadaan inilah membuatkan anda sering lupa menyediakan waktu untuk diri sendiri.






Menurut penelitian menunjukkan wanita sekarang merasa kurang bahagia berbanding dengan wanita 40 tahun yang lepas. Alasan utama teori ini kerana kurangnya waktu lapang untuk mereka. Walaubagaimanapun anda sibuk dengan masalah anak-anak, orang tua, suami atau di pejabat, anda harus menyediakan waktu luang untuk diri sendiri demi kesihatan. Sebolehnya, sediakan waktu khusus setiap hari untuk melakukan sesuatu yang menyenangkan diri anda.

Menurut Amy Tiemann, penulis buku Mojo Mom:Nurtuning Your Self While Raising A Family, telah berbincang dengan beberapa wanita dan mendapati mereka tidak ada waktu luang untuk diri sendiri. Jadi, jangan tunggu waktu itu datang secara tiba-tiba. Pastikan waktu luang anda sama pentingnya seperti berjumpa dengan klien atau temujanji dengan doktor. Mungkin juga anda tidak memerlukan waktu yang banyak tetapi cukuplah dengan melakukan aktiviti-aktiviti yang berfaedah.


Antara aroma yang membangkitkan semangat diri anda :


Hayati aroma untuk kesihatan

Selain 'me time' yang telah anda peruntukkan itu, anda juga boleh menikmati aroma-aroma yang bukan sahaja menyegarkan tetapi juga memberi manfaat untuk kesihatan. Beberapa aroma yang memberi kekuatan dan anda sendiri boleh menggunakannya.


Menurunkan berat badan

Menurut Alan Hirsh dari Smell & Taste Treatment and Research Foundation di Chicago mengatakan hubungan bau dan rasa memainkan peranan penting dalam program penurunan berat badan.
Raikan 'kepuasan aroma' dengan mencium aroma makanan sebelum anda menikmatinya.





Untuk ketenangan

Kajian dari Ohio State University mengatakan aroma 'lavender' dapat memberi efek tenang. Manakala aroma lemon pula menyegarkan dan menyuntik semangat anda. Jadi, pasangkan lilin atau minyak aromaterapi lemon atau 'lavender' di pejabat sebagai sahabat di saat anda menghadapi 'dateline' di pejabat.





Elakkan tekanan

Kerja-kerja seharian menuntut anda untuk mempelajari sesuatu yang baru sehingga boleh membuatkan anda tertekan dan pening. Menurut penelitian dari University of Northumbria mengatakan aromaterapi 'rosemary' dapat menenangkan fikiran, cepat bertindak dan responsif. Simpanlah satu botol kecil aromaterapi 'rosemary' di laci meja anda sebagai penyelamat di saat anda menghadapi tekanan.






Redakan perut ketika haid

Mengikut penelitian di Korea mendapati urutan di perut selama 15 minit setiap hari dengan menggunakan minyak essential dapat menghilangkan rasa senggugut sehingga 50%. Lakukan urutan di perut sekali sehari selama seminggu sebelum tarikh haid anda.






Tingkatkan ghairah seksual

Tidak perlu berpakaian seksi atau menyembur minyak wangi yang beraroma sensual. Cukup dengan hanya bauan dari kayu manis atau 'lavender' untuk meningkatkan ghairah dan aliran darah sehingga 11%. Sempurnakan makan malam yang penuh romantik dengan kudapan sihat dan haruman yang mempesonakan.






Di bawah ini ada beberapa idea yang boleh anda lakukan :


Masa rehat hanya 5 - 10 minit :


  • Duduk diberanda atau laman dengan minum secawan kopi atau teh sambil membaca suratkhabar. Anda juga boleh minum kopi sambil memandang awan biru di langit. Kalau boleh, elakkan daripada telefon bimbit atau kalender di sisi anda.
  • Telefon kawan baik anda, sekadar untuk bertanya khabar.
  • Jika di pejabat, biarkan seketika kerja anda. Berdiri di tepi meja anda, gerakkan sedikit badan anda dan lakukan regangan. Anda juga boleh gerakkan badan dengan berjalan di luar pejabat atau naik turun tangga.
  • Bermainlah dengan si comel. Cara ini bukan sahaja baik untuk anda tetapi juga untuk haiwan peliharaan anda.
  • Ambil ipod atau MP3. Duduk, dengar dan hayatilah.


Masa rehat 15 - 30 minit :


  • Membaca satu bab buku atau novel yang anda suka. Jangan lupa, letakkan buku atau majalah di rak buku di pejabat atau ruang tamu yang mudah untuk anda ambil.
  • Letakkan kenderaan anda jauh sedikit. Selepas itu, berjalan laju ke pejabat atau stesen kenderaan awam.
  • Kemas rumah. Anda tidak perlu mengemas rumah secara menyeluruh tetapi cukuplah dengan kerja yang ringkas seperti memotong dahan atau bunga yang layu di halaman rumah mahupun menyiram bunga.


Masa rehat 30 - 60 minit :



  • Pergilah ke spa. Lakukan rawatan muka, urutan badan atau rawatan manicure dan pedicure.
  • Gunakan masa ini untuk tidur.
  • Daftarkan diri ke kelas yang ingin anda ikuti seperti kelas memasak, menjahit, tae-kwando dan sebagainya.
  • Cuba berbincang dengan kawan baik untuk melakukan aktiviti santai. Tetapkan masa seminggu sebelum aktiviti tersebut dan hargailah komitmen yang anda rencanakan ini.


Wah! banyak juga ye aktiviti yang boleh kita ikuti di kala 'me time'. Semoga memberi sedikit info kepada anda semua. Jika dapat di aplikasikan pun best juga ni. Kena plan betul-betul la. Bukan senang nak cari masa untuk 'me time' ni. Jika ada masa tu, cuba-cuba lah ye. Kadang kala kita perlu juga hargai masa untuk diri kita sendiri.


Sekian dahulu dari saya. Ada masa saya coretkan lagi ye. Assalamualaikum...


Sumber : Mingguan wanita

p/s : Sebarang pertanyaan boleh call/sms 016-5003075 atau whatapps 014- 3607954 ataupun email ke rosa.pasamana@gmail.com. 

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Cara merawat penyakit GERD dengan kaedah semulajadi

Sakit telinga - Mari kita kenali punca dan rawatan yang sesuai

Tanda-tanda sakit jantung serta senaman yang dapat mengurangkan gejalanya.