Kem Kesihatan yang dijalankan di pekarangan masjid daerah Arau

September 19, 2015

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Di harap anda semua sentiasa sihat di samping keluarga tercinta. Jerebu seperti ada kembali jadi banyakkan minum air suam dan kurangkan aktiviti di luar rumah. Hari ini walaupun hari cuti, namun disebabkan tanggungjawab yang telah di amanahkan, saya menghadiri juga Kem kesihatan tersebut.

Saya ada nak share sesuatu dengan anda. Di harap sudi menontonnya. Mana tahu berguna nanti...



Berhenti Merokok Dengan Cepat untuk Selama-Lamanya from iReach HD on Vimeo.

Kem kesihatan yang dijalankan oleh klinik saya bertempat di perkarangan masjid di daerah Arau. Terdapat beberapa unit yang turut serta seperti unit pendaftaran, unit farmasi, unit pemakanan, unit ibu dan anak, unit OPD serta unit pergigian. Masing-masing membawa replika yang bertajuk       "TAK NAK MEROKOK'








































Aktiviti bermula seawal pukul 7.30 pagi. Bermacam-macam acara dijalankan antaranya pakaian beragam untuk kanak-kanak, pertandingan mewarna, pertunjukkan Doktor Muda, Acara cuci tangan, Senam aerobik dan sebagainya. Booth saya mengadakan pertandingan kuiz. Siapa yang dapat jawab soalan yang diberi, akan dapat goodies bag. Maka ramai juga budak-budak serta orang dewasa tidak melepaskan peluang untuk mencubanya.










































Perasmian dilakukan oleh YB Tuan Nurulhisham Bin Yaakob. Selepas itu barulah bermacam aktiviti dijalankan. Memang meriah sungguh kawasan kami ini kerana mejadi tumpuan penduduk kampung di situ. Pengarah Kesihatan Negeri Perlis, Yang BHG Dr Zaini Bin Hussin juga turut hadir. Doktor Junaidah pula mewakili PKD kangar yang tidak dapat hadir kerana berada di luar kawasan.
Warga emas dan orang dewasa pula banyak tertumpu di unit OPD kerana menjalankan pemeriksaan saringan secara percuma. Jadi, boleh lah mereka memeriksa tekanan darah tinggi dan juga kandungan gula dalam darah. Bukan selalu dapat peluang seperti ini, sebab itulah booth OPD mendapat sambutan yang luar biasa.


Saya serta rakan-rakan tidak menyangka rupanya ada pertandingan booth tercantik. Booth saya mendapat tempat ketiga. Seperti tidak percaya pula, padahal pagi tadi sahaja baru setting tempat booth. Siap kena tukar tempat lagi tau. Geram rasa hati tetapi berbaloi jugalah... hihihihihihih....
Selain itu juga, ada cabutan nombor bertuah. Memang ramai orang menunggu sehingga habis aktiviti kerana ingin mengetahui sama ada nombor mereka bertuah ataupun tidak.


























Kem kesihatan mula menutup tirai pada pukul 11.45 pagi. Kami pun apa lagi, kemaskan barang-barang untuk dibawa pulang semula ke farmasi. Sambil-sambil itu, kami dijamu nasi tomato dengan air mineral serta buah epal. Rasa puas hati sangat-sangat dengan aktiviti kem kesihatan pada tahun ini. Terima kasih diucapkan kepada rakan-rakan dia atas kerjasama yang padu untuk menjayakan kem kesihatan pada kali ini. In Sya Allah, tahun hadapan kita bertemu lagi tetapi di tempat yang berbeza. Penduduk Tambun Tulang terbaik......








Sampai di sini perkongsian saya. Nanti jika ada info atau saya dapat idea untuk menulis, saya akan kongsikan bersama anda. Assalamualaikum....


p/s : Anda boleh call @ sms 016-5003075, whatapps 014-3607954, email ke rosa.pasamana@gmail.com. Masa tidak akan pernah menunggu. Kita yang harus kejarnya.


You Might Also Like

0 ulasan