Isnin, 7 September 2015

9 khasiat buah Beet di dalam bidang kesihatan dan perubatan

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Di harap anda semua sihat sejahtera hendaknya. Beberapa hari ini, keadaan amat tidak mengizinkan saya untuk melakarkan sepatah dua kata. Sibuk dengan urusan kerja dan juga keluarga. Memandangkan ada sedikit masa terluang, saya isikan dengan menulis tentang tajuk di atas.

Pernah dengar tak nama Buah Beet? Mungkin ada di antara kita yang tidak pernah tahu pun kewujudannya dan ada juga yang hanya pernah mendengar nama sahaja. Kali ini saya akan terangkan dengan jelas serta gambarnya untuk tatapan anda.





Beet Merah (Red Beet) atau akar Beet (Beetroot) adalah sejenis ubi yang ditanam sejak berkurun lagi. Maksudnya, memang dah ada la cuma mungkin kita tidak perasan ataupun mungkin kerana ianya tidak ditanam di Malaysia. Bentuknya bulat seperti ubi kentang dan mempunyai warna merah-ungu gelap. Rasanya yang manis semulajadi dan kandungan galian yang terdapat dalam beet merah dapat dijadikan penawar kesihatan.






Di antara kajian yang dijalankan terhadap Beet ialah :

1. Hasil kajian beberapa saintis mengatakan beet merah amat sesuai untuk dijadikan makanan tambahan terutamanya bagi mereka yang prihatin menjaga kesihatan diri.


2. Dalam 'Encyclopedia of Healthy Juice', Dr. John Heinerman mengatakan beet merah boleh membantu menambahkan darah dan membersihkan secara semulajadi melalui kandungan galian dan gula semulajadi yang terdapat di dalam ubi beet tersebut.


3. Manakala sebuah artikel yang bertajuk 'Issue of Cancer' bertarikh 27 Februari 1996 mengatakan beet merah baik untuk mencegah berlakunya kanser.


4. Selain itu, pendapat dan pandangan ini turut dikemukakan oleh Hugo Schulz, ahli Farmasi dari Jerman, melalui hasil kajian akademiknya pada tahun 1964 dan H. O Kleine, Pakar kanser dari Jerman, yang membuat kajian pada tahun 1983.




Sekarang mari kita lihat kandungan buah Beet yang banyak memberi manfaat ini. Pernahkah anda minum jus yang berwarna merah seperti darah? Benar, jus yang dicampur dengan akar beet mempunyai warna yang amat merah seperti darah. Bertenaga dan segar. Itulah salah satu khasiat jus beet.

Selain itu anda boleh memanfaatkan beet ini untuk dijadikan jus, direbus untuk salad atau sup dan sebagainya. Beet mengandungi karbohidrat dengan sedikit protein dan lemak. Ada juga yang beranggapan jus beet adalah jus yang terbaik untuk kesihatan kerana mengandungi sodium, potassium, kalsium, magnesium, sulfur, klorin, iodin, zat besi, vitamin B1, B2, C dan P.


Khasiat buah BEET di dalam bidang kesihatan dan perubatan :


Buah beet yang tumbuh secara semulajadi mempunyai khasiat yang bernilai tinggi. Antaranya manfaat yang boleh diperolehi ialah:


Tekanan darah, Jantung dan Pembuluh Darah


-  Ahli gizi dari Amerika Syarikat menyarankan kepada pesakit tekanan darah agar minum 500ml jus beet setiap hari. Minum jus beet yang dicampur dengan jus lemon dan epal hijau mampu membantu menurunkan tekanan darah.

-  Menurut profesor Barts & London School of Medicine bahawa minum jus beet bersama campuran sayuran lain yang kaya dengan kandungan nitrat dapat memelihara kesihatan jantung.





Tingkatkan stamina


Mengikut penelitian di University of Exeter, kandungan nitrat yang terdapat dalam jus beet dapat membantu pembakaran oksigen dalam olahraga. Malah, ia dapat menambahkan tenaga dan melancarkan pengaliran darah.





Atasi Anemia


Warna kemerahan Beet ini turut dihubungkan dengan warna darah dan dipakai untuk mengatasi masalah anemia, selain kandungan zat besi yang tinggi  dalam beet itu.





Masalah penghadaman


Minum jus Beet yang dicampur dengan satu sudu madu setiap pagi sebelum sarapan, dapat membantu mengurangkan masalah penghadaman. Manakala, daun beet pula dapat mengurangkan demam kuning.





Mengatasi masalah kelemumur


Untuk mengatasi masalah ini, rebuskan beet dengan sedikit cuka. Sapukan ke kulit kepala. Bungkus dengan tuala bersih danbiarkan semalaman. Esoknya, bilas dengan air bersih. Lihat hasilnya!





Pewarna makanan semulajadi


Kandungan buat beet yang menghasilkan warna merah boleh digunakan untuk pewarna semulajadi makanan seperti untuk agar-agar, aiskrim dan sebagainya.


Detoksifikasi


- Beet juga bermanfaat untuk detoks. Cuba lakukan dengan setengah biji buah beet dan satu batang timun ukuran kecil dikisar. Tambahkan satu setengah cawan air dan campurkan dengan jus lemon.


- Selain itu, anda boleh rebuskan beet yang dihiris kecil. Minum airnya sebelum tidur. Ini baik untuk melancarkan proses pencernaan.





Antioksidan


Jus beet amat baik untuk antioksidan. Amat mudah untuk membuatnya. Setengah beet dicincang, dua batang seleri, 30 gram bayam dan empat batang parsli. Kisar bersama dan minum jus tersebut.






Untuk kecantikan


- Buah beet mengandungi komponen penting DNA dan RNA yang berguna untuk pertumbuhan dan gantian sel-sel kulit mati.

- Kalium yang tinggi dalam buat beet dapat membantu keseimbangan cairan dalam tubuh.

- Kandungan buah beet membantu menjaga kulit muka daripada jerawat dan jus beet yang dicampur bersama sayuran hijau lain dapat melancarkan pengaliran darah dalam tubuh.

- Mewarnakan rambut dengan inai dan dicampurkan bersama akar beet menghasilkan rambut yang sihat dan cantik.





Begitulah banyaknya kebaikan dari segi perubatan kandungan buah beet ini. Jika ada terjumpa di mana-mana cubalah beli untuk merasa sendiri kebaikannya. Bukan sahaja untuk dalaman, luaran pun boleh juga dirawatnya.

Sampai di sini dahulu coretan saya. Ada masa saya update lagi ye. Assalamualaikum....

















Tiada ulasan: