7 tip memilih yogurt yang terbaik untuk diri sendiri

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Di harap anda semua berada di dalam kesejahteraan bersama keluarga tercinta. Hari ini saya menghadiri kenduri di rumah saudara sebelah suami. Memang meriah sangat tetapi saya tidak mampu untuk menghabiskan makanan kerana perut sudah mula sengkak. Mujur anak saya tolong habiskan. Heheheheheh.....





 Pada tulisan kali ini, saya ingin berkongsi dengan anda semua panduan membeli yogurt. Ramai di antara kita mengemari yogurt. Tambahan pula dengan pelbagai jenis perisa dan jenama yang dijual di pasaraya. Di musim perayaan ini ramai juga yang memilih untuk berdiet. Yogurt antara satu hidangan untuk mereka ini. Akan tetapi bagi memastikan anda mendapat khasiat terbaik maka pilihlah yogurt yang betul. Berikut beberapa tip yang boleh dijadikan panduan untuk anda memilih yogurt yang baik.


1. Lihat kandungan kalori dan kuantitinya.

    Kini, jarang terdapat yogurt yang dibungkus dengan kemasan yang besar. Kebanyakannya, diletakkan di dalam kemasan yang kecil sehingga mudah dibawa ke mana-mana dan cukup diambil untuk sekali hidangan sahaja. Jika anda sedang menjaga pengambilan kalori anda, kriteria ini amat penting untuk anda periksa terlebih dahulu.




2. Pastikan kandungan gula.

    Anda mungkin fikir, kandungan gula yang sedikit membuatkan yogurt tidak enak dan tawar. Tetapi, harus diingat yogurt mengandungi laktosa iaitu pemanis semulajadi yang memang terdapat pada produk susu. Bila anda sukakan yogurt dengan pelbagai rasa, rasa manis juga didapati daripada laktosa bahan lain seperti di dalam buah atau gula organik semulajadi. Jika ia menjadi kegemaran anda, teruskan membeli kerana ia tidak mengandungi pemanis buatan seperti fruktosa dan jagung.


3. Pilih rendah lemak tepu

    Kebanyakan yogurt memang tidak mengandungi banyak lemak. Tetapi, awas. Pastikan terlebih dahulu kandungan lemak tepu pada label kemasan. Pilihlah yogurt yang mengandungi lemak tepu kurang dari 2 gram dalam setiap kemasan.





4. Pilih tinggi kalsium

   Setiap kemasan yogurt mengandungi kandungan kalsium yang berbeza dan biasanya antara 10 - 40 peratus dari keseluruhan kandungannya. Ini bermakna, yogurt menjadi salah satu daripada makanan yang kaya kalsium. Yogurt tawar cenderung mengandungi kalsium paling tinggi, sedangkan yogurt perasa soya mengandungi kalsium paling rendah. Oleh itu, bijaklah memilih yogurt yang mengandungi kalsium yang rendah.




5. Pilih yang organik

    Walaupun kebanyakan yogurt menyihatkan, tetapi ada juga yang mengandungi pewarna, rasa dan pemanis buatan. Cara mudah menghindari kandungan bahan seperti ini adalah memilih yang organik.







6. Jangan tertipu dengan buah

   Rasa buah pada yogurt belum tentu rasa asli buah tersebut. Ada yang diletakkan perasa dan pewarna buatan. Ketahuilah bahawa kebanyakan yogurt rasa buah hanya mengandungi 4 peratus keperluan vitamin C setiap hari.

Jadi, cara terbaik adalah dengan menikmati yogurt tawar dengan tambahan buah-buahan segar yang dibuat sendiri. Jika anda ingin mendapatkan vitamin C pada yogurt, pastikan yogurt mengandungi buah-buhan semulajadi sehingga memenuhi kadar 25 peratus daripada keperluan vitamin C setiap hari.








7. Beli kebaikannya

   Kini, yogurt dilengkapi dengan beberapa tambahan kesihatan lain seperti kandungan probiotik. Lihat di label kemasan nama-nama seperti bifidus, S thermophilus, L Acidolophilus dan L casei. Kajian mendapati bahawa probiotik dapat meningkatkan kesihatan saluran pencernaan dan imunisasi tubuh. Selain daripada itu, ada juga yogurt yang ditambahkan dengan serat dan omega-3. Oleh itu, belilah kebaikan yang terdapat pada yogurt, bukan semata-mata kerana rasanya sahaja.






Tip-tip yang diberikan akan dapat membantu anda untuk membuat keputusan sebelum membeli yogurt yang terdapat di pasaran. Jika anda mementingkan diet, anda harus ikuti tip-tip berikut. Semoga anda mendapat berat badan yang anda ingini. Sampai di sini dahulu coretan saya. Ada masa saya lakarkan lagi. Assalamualaikum...


p/s: Anda boleh call @ sms 016-5003075 atau whatapps 014- 3607954 ataupun email ke rosa.pasamana@gmail.com. Hope to hear from u soon.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Cara merawat penyakit GERD dengan kaedah semulajadi

Sakit telinga - Mari kita kenali punca dan rawatan yang sesuai

Tanda-tanda sakit jantung serta senaman yang dapat mengurangkan gejalanya.