7 sikap yang mampu mencantas setiap kejayaan yang ingin dikecapi

September 18, 2015

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Semoga hari ini memberi sinar kejayaan dan kebahagian buat anda semua. Alhamdulillah, hari ini dapat juga saya mencoretkan sedikit mengenai sikap-sikap orang yang tidak mahu berjaya. Adakah anda dan saya tergolong di dalamnya???


Setiap individu yang berkerjaya pasti mahu melakar kejayaan yang tersendiri. Untuk mencapainya bukan mudah. Ianya menuntut usaha berlipat ganda bagi merealisasikan impian tersebut.

Sambil-sambil tu cuba tengok video ini... Mungkin dapat menambahkan lagi pengetahuan.




 Bagaimanapun, dalam mengejar impian, anda harus mengelak daripada melakukan beberapa perkara yang boleh menjadi faktor utama menutup laluan anda untuk mencapai kejayaan.


Sikap-sikap tersebut adalah :


1. PASIF


Anda boleh memilih pekerjaan yang kurang mencabar tugasnya. Bagaimanapun, ini bukan bermakna anda tidak boleh mencabar diri melakukan pekerjaan yang lebih hebat tanggungjawabnya. Jangan pasif dalam melakukan sesuatu. Sikap negatif tersebut hanya akan membuat membuat kerjaya anda terbantut dan tidak berkembang.






2. MENUNDA KERJA


Perilaku ini membawa banyak akibat buruk kepada anda. Kebiasaannya menyerahkan tugasan di saat-saat akhir tentunya bukan sesuatu yang baik di mata majikan. Ini belum lagi jika ada perkara atau hal diluar dugaan yang terjadi. Misalnya, komputer yang rosak atau dokumen penting hilang. Pasti kelam-kabut dibuatnya.






3. BERPOLITIK


Sekiranya anda mahu karier meningkat, terlibat di dalam politik pejabat adalah perkara yang tidak harus dilakukan. Bagaimanapun, pastikan anda mengikuti jalur politik pejabat yang baik dan bukan menjadi penyampai gosip atau menyebar maklumat palsu.

Langkah terbaik dalam usaha melibatkan diri dalam politik pejabat yang baik adalah menjalinkan hubungan baik dengan rakan sekerja, meminta bimbingan pihak atasan dan membantu meringangkan tugas rakan sekerja.






4. SEGERA NAIK PANGKAT


Generasi pekerja hari ini adalah generasi 'segera'. Mereka seolah-olah telah terbiasa mendapatkan apa yang mereka mahukan dengan pantas. Tentunya perkara ini tidak boleh diterapkan di dalam dunia pekerjaan.

Sebaiknya, sebelum berada di atas, anda perlu terlebih dahulu melalui pelbagai cabaran dan dugaan. Lebih baik lagi jika anda memulakan tugas dari bawah. Pastinya banyak pengalaman yang dapat dikumpulkan dan ini memberikan satu kelebihan kepada anda.






5. MALAS MENGEMBANGKAN JARINGAN


Jaringan kerja amat penting untuk kejayaan pekerjaan dan karier seseorang. Dengan jaringan hubungan yang luas dan kuat, secara tidak langsung, peluang akan terbuka luas. Berbeza dengan anda yang malas membangunkan jaringan kerja, pasti tidak akan menemui peluang besar dalam karier.





6. TIADA SEMANGAT BERPASUKAN


Bekerja dalam satu pasukan, seseorang individu itu harus aktif dan mampu bekerjasama dengan baik bersama ahli kumpulannya yang lain. Sekiranya gagal berbuat demikian, kehadiran anda dalam kumpulan tersebut tidak membantu sekali gus tidak memberi sebarang makna, malah mungkin menjadi beban kepada ahli kumpulan yang lain.






7. TIDAK KEMAS


Setiap individu berkerjaya pastinya ingin dilihat sebagai seorang yang profesional dan boleh dipercayai. Namun sekiranya penampilan anda tidak dijaga, kebarangkalian majikan atau rakan sekerja sukar percaya pada kebolehan dan kredibiliti anda.

Tidak dinafikan, perkara penting yang harus diberi keutamaan adalah mutu kerja. Namun begitu, penampilan juga sebenarnya turut memberi kesan pada persepsi pihak atasan, rakan sekerja atau klien.






Rupanya ini adalah sikap yang kadang kala ada di dalam diri kita termasuk saya juga. Kita harus mengubahnya sedikit demi sedikit. Jika kita ingin berjaya, kita harus memandang dari bawah. Biarlah lambat asalkan selamat. Tidak rugi pun, malah memberi kejayaan yang adakalanya luar biasa. Yang penting kita mesti berusaha bersungguh-sungguh dan sentiasa berlapang dada. Jika boleh jangan ada perasaan yang tidak elok kepada rakan sekerja kita. Kita bantu setakat yang boleh kerana ilmu yang bermanfaat sangat-sangat menguntungkan bukan sahaja buat rakan sekerja tetapi bekalan kepada diri sendiri.

Sampai di sini dahulu coretan saya. Ada masa saya lakarkan lagi. Assalamualaikum....

p/s : call @ sms 016-5003075, whatapps 014-3607954, email rosa.pasamana@gmail.com.my.

You Might Also Like

0 ulasan