7 jenis minuman yang perlu anda awasi ketika anda sedang hamil

September 17, 2015

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Di harap anda semua sihat sejahtera selalu. Saya alhamdulillah, semakin bertenaga dan segar dengan idea-idea yang datang mencurah-curah. Perlu disusun dengan jayanya. Hujan sekali-sekala membuatkan mata pun semakin layu. Namun kerana hendak berkongsi dengan anda, saya gagahkan diri kerana saya tahu anda semua sedang menantikan coretan dari saya. Cewahhh!!!...




Seperti mana yang kita tahu, semasa hamil, bukan sahaja makanan perlu dijaga. Pengambilan minuman juga perlu diteliti dengan sebaik-baiknya. Apakah yang boleh diminum? Adakah minuman itu akan memberi kesan buruk kepada bayi dalam kandungan. Perkara sebeginilah yang perlu diberi perhatian. Antara minuman tersebut adalah:


Minuman beralkohol

Jangan ambil minuman beralkohol semasa hamil. Ramai sedia maklum minuman beralkohol memudaratkan ibu hamil dan juga bayi dalam kandungan. Ia boleh mengundang masalah keguguran atau anak meninggal sebaik sahaja dilahirkan . Jika bayinya selamat dilahirkan sekalipun, anak itu akan mengalami masalah berat badan dan masalah-masalah lain seperti pertuturan, kurang tumpuan, bahasa dan hiperaktif.






Minuman berkafein

Tiada maklumat lengkap mengenai kesan kafein kepada ibu hamil. Kafein sejenis bahan perangsang dan ia boleh mengurangkan perjalanan darah ke kantung rahim dan menyempitkan saluran darah. Secara teorinya, ia boleh membahayakan bayi dalam kandungan.

Namun, tiada bukti kukuh mengenai kesan kafein ini memudaratkan ibu dan bayi dalam kandungan. Paling penting adalah mengambil minuman ini dalam kesederhanaan. Cukup sekadar meminum segelas kopi sehari atau ambil 200mg kafein sehari.






Teh herba

Bergantung kepada keadaan ibu hamil. Sebaik-baiknya elakkan mengambil minuman berherba semasa trimester pertama. Pada waktu ini janin belum betul-betul 'kuat' sepenuhnya. Minuman jenis teh yang mengandungi bahan-bahan untuk melangsingkan perlu dielakkan. Ada juga teh yang boleh diambil oleh ibu hamil misalnya teh yang diproses dari daun teh dan daun rasberi.






Susu lembu yang diberi hormon penggalak pengeluaran susu

Ada sejumlah lembu yang diberikan Bovine Growth Hormone untuk menambah pengeluaran susu, dan ia akan mengeluarkan IGF-1. Bahan ini boleh ditemui dalam susu lembu itu sendiri. Belum ada kajian yang lengkap mengenai kesan bahan ini kepada manusia. Meminum susu yang mengandungi bahan ini pada kadar yang sedikit tidak akan menjejaskan kandungan ibu hamil. Sungguhpun, isu berkaitan hormon ini agak kontroversi, Food and Drug Administration (FDA) sendiri memaklumkan hormon itu selamat kepada manusia.

Sesetengah pengguna yang prihatin dan kumpulan pembela alam sekitar bimbang sekiranya susu lembu yang diberikan hormon itu mengandungi bahan berbahaya kepada manusia. Buat masa ini tiada siapa yang mendakwa tentang bahaya hormon itu kepada manusia, namun ia berkemungkinan memberi kesan sampingan kepada lembu itu sendiri.






Minum air paip yang tidak dimasak

Sukar untuk menjelaskan mengenai perkara ini. Sesetengah kajian mencadangkan, di sesetengah kawasan meminum air paip yang tidak dimasak semasa hamil boleh dikaitkan dengan perihal keguguran, kelahiran cacat dan bayi kurang berat badan. Namun, kajian yang dijalankan itu tidak dijelaskan dengan sebaik-baiknya.

Apakah air dari paip itu sendiri yang menyebabkan masalah itu berlaku. Secara logiknya, anda tentu tidak sanggup untuk meneguk segelas air yang mengandungi benda asing mahupun kekotoran. Belum ada kajian terperinci mengenai perkara ini di negara barat, maka sebab itulah tiada kesimpulan yang khusus tentang wanita hamil tidak selamat meminum air paip yang tidak dimasak.






Minuman soda untuk diet

Minuman soda untuk diet biasanya mengandungi kafein dan pemanis tiruan. Terdapat beberapa jenis pemanis tiruan yang boleh anda baca pada label tin minuman jenis ini.

Aspartame (NutraSweet) - tidak memudaratkan jika diambil secara sederhana (kira-kira 12 auns soda sehari)

Saccharin (Sweet'n Low) - kajian yang dijalankan ke atas tikus mendapati pengambilannya secara berlebihan menyebabkan anak tikus yang dilahirkan cacat.

Sucralose (Splenda) - pemanis jenis baru ini selamat digunakan. Belum ada kajian susulan yang dijalankan mengenainya. Sebaik-baiknya gunakan secara sederhana.





Bukan setakat pemakanan sahaja kita perlu awasi sewaktu hamil, minuman juga kita perlu ambil berat. Bimbang akan memberi kemudaratan kepada si ibu dan bayi. Sekarang banyak lambakkan minuman yang dijual di pasaraya kecil mahupun besar. Seeloknya kita baca label dan kandungan yang terkandung di dalam minuman tersebut. Agar minuman yang kita minum tidak mengandungi bahan-bahan yang berbahaya secara berlebihan.



Jom kita lihat jumlah air yang diperlukan oleh ibu-ibu sewaktu hamil.


Ibu hamil perlu ambil sekurang-kurangnya enam ke lapan gelas air masak setiap hari. Minuman jus boleh membekalkan cecair di dalam tubuh tetapi ia juga boleh menambah bilangan kalori dalam badan.
Air memainkan peranan yang penting kepada tubuh ibu hamil. Ia merupakan agen pengangkutan yang paling penting dalam tubuh ibu hamil. Yang mana ia membawa nutrisi melalui perjalanan darah kepada janin di dalam kantung  rahim. Air juga menghalang jangkitan kuman pada pundi kencing (biasa dialami ketika hamil).






Setakat ini sahaja celoteh saya. Ada masa saya lakarkan lagi ye. Assalamualaikum


Sumber : mingguan wanita



p/s : Whatapps di 014-3607954 @ call 0165003075 @ email ke rosa.pasamana@gmail.com

You Might Also Like

0 ulasan