Ahad, 20 September 2015

5 manfaat berkebun yang mampu mengelakkan penyakit dan membantu dalam diet

Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada anda semua. Di harap anda semua sihat-sihat hendaknya. Di tempat anda banjir tak? Tempat saya ada sesetengah kawasannya mengalami banjir. Saya berharap agar banjir kali ini tidak terlalu besar dan sesiapa yang terpaksa tinggal di pusat pemindahan banjir dapat pulang ke rumah masing-masing dengan segera. Alhamdulillah, hari ini tidak hujan walaupun nampak seperti berjerebu.

Ok lah, jom kita masuk ke tajuk sebenar saya pada hari ini. Anda tertekan atau migrain? Cuba luangkan waktu untuk berkebun. Menurut kajian, berkebun dapat membantu mengatasi kedua-dua masalah di atas. Selain itu, terdapat beberapa manfaat lain yang dikenalpasti baik untuk kesihatan dan diet anda. Sebelum itu, saksikan dulu promo video yang saya sertakan untuk anda.






5 manfaat berkebun tersebut adalah :


a -  Bakar kalori

Seseorang dengan berat 75kg dapat membakar lebih kurang 162 kalori hanya dengan cara memangkas tanaman, menggali atau mencabut rumput selama 30 minit ketika berkebun. Anak-anak juga boleh mendapat manfaat yang serupa.
    Kajian yang dilakukan pada tahun 2003 mendapati bahawa aktiviti seperti ini dapat memancing minat anak-anak untuk menyertainya sekaligus menjauhkan mereka daripada aktiviti tidak berfaedah seperti bermain permainan video, bermalas-malasan dan sebagainya.



b -  Menguatkan tulang

Pengkaji dari universiti of Arkansas mendapati, kerja-kerja berat di kebun seperti mengendalikan mesin pemotong rumput atau mencabut rumput mempunyai faedah yang sama dengan aktiviti mengangkat beban dalam meningkatkan kepadatan tulang yang tinggi merupakan kunci utama mencegah osteoporosis.


c -  Kurang risiko jantung

Kajian pada tahun 2000 yang dilakukan oleh pengkaji dari Denmark melaporkan bahawa aktiviti sederhana seperti berkebun dapat membantu menurunkan risiko penyakit jantung dengan cara menurunkan tekanan darah dan kadar kolesterol. Oleh itu, cubalah berkebun sekurang-kurangnya 30 minit sehari sahaja!


d -  Menyegarkan fikiran

Melatih fikiran dan tubuh telah terbukti membantu mengurangi risiko lupa. Anda boleh mendapatkan kedua-dua manfaat ini dengan berkebun. Paul NussBaum, Pakar Neuropsychology berkata, aktiviti berkebun merupakan latihan mental yang memerlukan perencanaan dan tinjauan ke masa depan serta mendorong pembelajaran.


e -  Cegah Diabetes

Satu kajian dari Belanda mendapati tukang kebun cenderung memiliki kadar gula darah yang lebih rendah. Selain itu, kajian dari University of Alabama mendapati, pesakit diabetes tahap 2 yang aktif dan sering melakukan aktiviti berkebun (secara teratur) memerlukan sedikit atau langsung tidak memerlukan ubat sama sekali. Seperti abah saya la, gula dalam darahnya hanya 5 sahaja. Abah saya memang gemar berkebun. DI kawasan rumah penuh dengan pokok buah-buahan serta di padang pun ada juga abah saya menanam pokok. Sepagi dihabiskan waktu bersama pokok-pokoknya.



Saya juga akan menyertakan tip-tip untuk membakar lebih banyak lemak di dalam badan. Jom kita lihat tip-tip berikut:


-  Orang yang menjalani rawatan akupuntur seminggu sekali dapat menurunkan berat badan sebanyak 4.5 kg dalam tempoh tiga bulan.


-  Bakar lemak dengan menaburkan sedikit serbuk kayu manis ke dalam yogurt anda setiap hari. Rempah yang satu ini membantu mempercepatkan kadar metabolisme. Setengah sudu teh serbuk kayu manis sehari sudah cukup untuk membakar 1 kg berat badan setiap bulan.


-  Elakkan makan di meja kerja. Ini kerana, orang yang tidak makan di meja kerja mengambil jumlah kalori yang kurang berbanding mereka yang makan sambil bekerja.


-  Ketawa yang bagus selama 10-15 minit sehari meningkatkan penggunaan tenaga sehingga 280 kalori setiap minggu.


-  Minum segelas jus lobak merah setiap hari dapat menurunkan berat badan sekitar 2kg dalam tempoh 12 minggu. Ini kerana lobak merah kaya serat dan nutrisi yang membantu membakar lapisan lemak.


-  Dengarkan muzik yang gembira sepanjang olahraga untuk melawan keletihan.


-  Makan daging merah yang kaya protein untuk membantu mempertahankan massa otot. Otot membakar kalori empat kali lebih banyak dibandingkan lemak.


-  Olahraga bersama teman-teman dapat membakar kalori 33 peratus lebih banyak daripada melakukannya secara sendirian.



Banyak rupanya aktiviti yang boleh kita lakukan sekiranya inginkan badan yang langsing dan sihat. Selain mendapat berat badan yang ideal, dapat juga mengelakkan penyakit seperti kencing manis, darah tinggi, jantung dan sebagainya. Di bawah ini saya sertakan set-set kesihatan yang mungkin sesuai dengan anda. Sampai di sini dahulu, ada masa saya menulis lagi. Assalamualaikum.

Jangan malu-malu call 016-5003075, whatapps 014-3607954, ataupun email ke rosa.pasamana@gmail.com.












Tiada ulasan: