Penyakit-penyakit ringan yang dihadapi oleh Jemaah haji semasa berada di Tanah Suci

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Di harap anda semua sihat-sihat hendaknya di samping keluarga tercinta. Cuaca hari ini berangin kencang, tambahan pula saya tinggal di tingkat tiga. Bunyi menderu seperti berada di pantai.. Hihihihihihihi....

Dapat juga berimaginasi berada di Pulau Maritius. Hahahahah.... Tahun bila nak sampai tu tak tau la. Berangan je lebih. Tak salah jika berangan asalkan kerja jalan. Kali ini saya ingin kongsikan panduan untuk para jemaah haji yang akan berangkat ke Tanah Suci pada bulan Ogos 2015. Ada yang sudah mengetahui tarikh penerbangan dan ada yang baru hendak tahu. Yang pasti Kursus Haji Perdana sedang dilaksanakan untuk memberi panduan dan tunjuk ajar.





Para jemaah mudah mendapat kurang daya pertahanan badan iaitu sistem daya tahan badan menjadi lemah dan mudah dijangkiti penyakit berjangkit. Ianya adalah disebabkan oleh beberapa faktor iaitu :


a)   Keadaan cuaca yang panas atau sejuk.

b)   Kekurangan air/garam dalam badan.

c)   Makan/Minum yang tidak teratur.

d)   Tempat tinggal yang sesak.

e)   Kurang rehat.

f)   Keletihan badan.

g)  Usia lanjut.


Di sini saya sertakan penykit yang sering dihadapi serta langkah-langkah pencegahan yang boleh kita ambil.


1. Batuk dan demam selesema (hampir 90% dari jemaah haji menghidapi penyakit batuk)





Langkah pencegahan:

-  Rehatkan badan.
-  Banyak minum air 3-4 liter sehari terutama selepas menggunakan tenaga fizikal.
-  Makan makanan yang berzat.
-  Dapatkan rawatan di klinik Maktab/Zon sebelum keadaan bertambah teruk.


2. Penyakit kulit





Pesakit mengalami gatal-gatal di kulit, pecah tumit/mulut/bibir, kulit kering dan ruam. Ruam akan timbul di seluruh badan kecuali di bahagian muka. Keadaan ini berlaku disebabkan :

a) Cuaca yang sejuk dan kulit menjadi kering khususnya di Madinah.

b) Kerap mandi dengan menggunakan sabun, menyebabkan kulit menjadi lebih kering dan mengurangkan kelembapan semulajadi kulit.

c) Air yang diproses dari air laut juga boleh menyumbang kepada sakit kulit.

Langkah pencegahan :

- Kurangkan mandi.
- Guna stokin dan baju lengan panjang untuk mengurangkan kulit kering.
- Guna losyen pelembap pada kulit yang terdedah.
- Sapukan krim atau minyak zaitun di tempat yang pecah atau pergi ke Klinik Malaysia untuk mendapatkan rawatan.
- Banyak minum air, 3-4 liter sehari terutama selepas banyak menggunakan tenaga fizikal.
- Lap kaki selepas mengambil wuduk/keluar dari tandas dan selalu memakai stokin/sarung kaki.


3. Hidung berdarah





Keadaan cuaca panas dan kering atau sejuk boleh menyebabkan tahi hidung menjadi keras, berkeping-keping dan mudah berdarah.


Langkah pencegahan :

- Kurangkan berjalan di waktu panas atau dedahkan diri kepada cuaca sejuk.
- Jangan selalu mengorek hidung dengan paksa dan kasar. Ini boleh membuatkan hidung berdarah.
- Lap rongga hidung dengan kapas atau tuala yang basah.
- Picit hidung yang berdarah dengan ibu jari dari luar selama satu atau dua minit.
- Bernafas melalui mulut sambil mendongak ke atas.
- Dapatkan rawatan dari doktor jika masalah hidung berdarah berlarutan.



4. Bisul (abcess)





Bisul terjadi apabila pengumpulan nanah di mana-mana bahagian badan yang disebabkan jangkitan dan pembiakan kuman. Bisul boleh berlaku di kepala, muka, badan, tangan dan kaki. Bisul berlaku disebabkan oleh :

a) Kurang menjaga kebersihan diri.

b) Kekurangan air untuk bersuci dan mandi.

c) Udara yang kurang bersih dan berdebu.

d) Mengidap kencing manis.

Tanda-tanda berlakunya bisul adalah :

a) Demam

b) Kurang selera makan.

c) Bisa-bisa dalam otot.

d) Kawasan bisul membengkak dan mengumpul nanah.

e) Sakit berdenyut.

f) Jika bernanah dan tidak mendapat rawatan, pesakit boleh mengalami demam teruk (high fever), keracunan darah dan boleh membawa maut.


Langkah pencegahan :

- Sentiasa menjaga kebersihan diri.
- Pakai kasut/sepatu yang sesuai dan tidak terlalu sempit/ketat.


5. Cirit-birit ringan





Langkah pencegahan :

- Rehatkan badan.
- Banyakkan minum air, 3-4 liter sehri.
- Bersihkan tangan sebelum makan.
- Elak makanan yang terdedah kepada lalat dan debu.
- Elak makanan yang lama dan berbau basi.
- Basuh buah-buahan sebelum dimakan.
- Dapatkan rawatan di klinik.
- Makan ubat mengikut peraturan doktor.


6. Kurang buang air besar (sembelit)





- Banyak minum air, 3-4 liter sehari, terutama selepas menggunakan pergerakkan fizikal yang banyak.
- Banyakkan makan buah-buahan.
- Lebihkan sayur-sayuran ketika makan nasi.
- Jika minum teh arab (shasi), selepas minum dinasihatkan minum segelas/secawan air sejuk.




Begitulah antara penyakit-penyakit ringan yang selalu di hadapi oleh jemaah haji. Ibu dan bapa saya juga turut mengalaminya. Yang paling biasa ialah batuk. Tiga bulan juga la baru nak lega. Itu pun kerap ke klinik untuk mengambil ubat batuk. Sesiapa yang berpengalaman berada di Tanah suci pun akan mengakui perkara yang sama. Semoga kali ini, Jemaah haji kita kurang mendapat penyakit-penyakit ringan ini. Semoga mereka dapat melakukan aktiviti dengan sempurna.

Sampai di sini dahulu coretan saya. Ada masa saya menulis lagi. Assalamualaikum.


p/s : Saya sertakan set-set yang boleh digunakan oleh Jemaah haji yang ingin berangkat ke Tanah suci nanti. Terdapat pelbagai set mengikut budjet anda. Boleh juga dijadikan hadiah untuk kedua ibu bapa, sanak saudara ataupun jiran tetangga. Jika berminat boleh hubungi saya di 016-5003075 atau whatapps di 01115367287.












Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Cara merawat penyakit GERD dengan kaedah semulajadi

Sakit telinga - Mari kita kenali punca dan rawatan yang sesuai

Tanda-tanda sakit jantung serta senaman yang dapat mengurangkan gejalanya.