Ahad, 2 Ogos 2015

Jom kita kenal penyakit berjangkit Cacar air atau lebih dikenali dengan nama Chicken pox

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Di harap anda semua sihat-sihat hendaknya. Saya balik kampung petang tadi. Seronok juga dapat kumpul ramai-ramai. Bukan selalu boleh dapat peluang berkumpul bersama dengan ahli keluarga. Bermacam-macam yang kami bualkan. Kalau boleh tak mau tidur, hendak sembang sahaja. Boleh ke????

Hari ini saya hendak berkongsi artikel mengenai cacar air. Macam lebih kurang dengan demam campak pulak kan? Ada perbezaan dia rupanya. Selama ini mungkin kita tidak perasan. Kalau hendak tahu, cacar air ialah jangkitan biasa yang berlaku di kalangan kanak-kanak yang disebabkan oleh virus. Virus cacar air juga dikenali dengan nama virus varicella. Ia adalah virus sama yang menyebabkan kayap. Merupakan penyakit yang senang berjangkit dan boleh merebak daripada seorang ke seorang. Seeorang yang dijangkiti virus ini akan mengalami demam dan timbul ruam lepuh (blisters). Ianya merebak :

a) melalui udara apabila seseorang yang mengidap cacar air itu mengalami batuk atau bersin.

b) dengan menyentuh atau bernafas masuk 'partikel virus' yang terdapat pada cecair yang keluar daripada lepuh (blisters)





Sekarang mari kita lihat tanda atau gejala cacar air. Anak anda akan mendapat cacar air 10-21 hari selepas terdedah kepada seseorang yang mengidap cacar air. Cacar air boleh merebak 1-2 hari sebelum ruam kelihatan pada orang yang dijangkiti sehingga semua ruam kering. Kebanyakkan kanak-kanak mengalami jangkitn yang tidak serius. Namun jangkitan cacar air bagi orang dewasa, remaja serta anak kecil kurang dari setahun boleh menjadi lebih serius.

Di antara gejala-gejalanya ialah :

a)   Demam, rasa tidak sihat dan letih lima hari sebelum ruam timbul.

b)   Ruam bermula bintik merah yang kecil dan gatal (seperti jerawat) pada semua badan termasuk mulut. Biasanya ruam bermula di dada dan belakang, kemudian merebak ke muka, kepala, kedua-dua lengan dan kaki.

c)   Dalam masa 24 jam, ruam-ruam akan kelihatan seperti lepuh air (blisters), kemudian pecah, kering dan menjadi keruping (4-5 hari)

d)   Bintik-bintik baru akan terus timbul untuk lima hari dan mengambil masa dua minggu untuk hilang.





Kebiasaannya jangkitan cacar air ini menghasilkan perlalian seumur hidup. Walau bagaimanapun, virus ini mungkin bersembunyi dan berulang sebagai kayap (shingles) kepada orang dewasa dan kadang kala kepada kanak-kanak.


Cacar air ini kebiasaannya adalah masalah kesihatan ringan bagi kanak-kanak dan kebanyakkannya akan pulih. Walau bagaimanapun, sesetengah orang berisiko mendapat komplikasi yang teruk, iaitu bayi yang baru lahir, orang dewasa dan seseorang yang mempunyai sistem pertahanan badan yang lemah.

Di antara komlpikasi lain yang boleh berlaku adalah :


-   Jangkitan kuman pada kulit.

-   Jangkitan pada darah ( blood stream infection)

-   Radang paru-paru

-   Keradangan otak ( encephalitis, cerebella ataxia)


Secara amnya, cacar air dirawat dengan


a) Elakkan anak anda ke sekolah atau taman asuhan kanak-kanak sehingga ruam menjadi berkerak ( lebih kurang tujuh hari dari permulaan ruam). Jika tidak kemungkinan kawan-kawannya akan turut dijangkiti. Elakkan dari naik kapal terbang pada masa ini.


b) Ambil ubat paracetamol untuk mengurangkan demam.





c) Minum banyak air masak.





d) Ambil makanan yang seimbang.


e) Sentiasa membasuh tangan.






Untuk mengurangkan rasa gatal, rawatannya ialah :

a) Sapu lotion kalamine di tempat ruam.





b) Potong kuku pendek untuk mengelakkan kecederaan kulit semasa menggaru.


c) Ubat antihistamine mungkin diberi oleh doktor jika rasa gatal yang teramat sangat sehingga anak anda tidak dapat tidur.





Ubat antivirus untuk cacar air (dalam bentuk makan) boleh didapati dan selalunya akan diberi oleh doktor kepada mereka yang berisiko mendapat jangkitan yang teruk iaitu :




- Berumur 12 tahun ke atas.

- Mengidap penyakit paru-paru/kulit yang kronik.

- Mereka yang menjalani terapi lama dengan mengambil ubat 'salicylate' seperti aspirin.

- Mereka yang menjalani terapi steroid sama ada jangka pendek, atau berkala (dalam bentuk sedut)



- Segolongan ibu-ibu mengandung.



Sekarang, jom kita lihat pencegahan untuk cacar air.

1- Cacar air boleh dicegah dengan suntikan perlalian. Vaksin 'Varicella' ini tiada didapati dalam program imunisasi sekarang akan tetapi terdapat pada sektor swasta. Minta nasihat doktor.





2- Jika anda mendapat cacar air, elakkan jangkitan kepada orang lain dengn tidak pergi ke sekolahatau ke tempat kerja sehingga lepuh menjadi kering dan berkerak.

3- Vaksin juga boleh diberi kepada anak anda yang belum dijangkiti penyakit ini jika terdedah kepada individu yang mengidap cacar air untuk mengelakkan anak anda daripada mendapat penyakit ini. Sila berjumpa doktor untuk mendapatkan nasihat.

4- Seseorang yang berisiko mendapat cacar air yang teruk ( seperti bayi yang baru lahir, yang mempunyai sistem pertahanan badan yang lemah, wanita mengandung) yang terdedah kepada seseorang yang mengidap cacar air, mungkin diberi antibodi dalam bentuk imunoglobulin untuk memberi perlindungan segera.


Rupanya ada perbezaan di antara campak dengan cacar air. Di harap penerangan kali ini akan memberi kefahaman yang luas kepada anda semua. Sampai di sini dahulu perkongsian saya. Ada masa saya menulis lagi. Assalamualaikum....


Sumber : Portal myhealth.







2 ulasan:

Ira Arinza berkata...

Masa kena chicken pox masa kecik dulu kena mandi dengan daun apa tah...petua org tua2 :)

suliana yusof berkata...

Setahu saya, dulu saya guna daun semambu sahaja sis. Lepas tu makan mkanan yang bersup sahaja. Maaf lambat reply, kesihatan tidak mengizinkan.