Jumaat, 7 Ogos 2015

Belajar teknik suntikan insulin untuk pengidap kencing manis

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Sejak beberapa hari ini, saya jarang menulis. Ada urusan yang perlu saya uruskan dahulu. Tambahan pula dengan suasana yang sejuk, berangin dan berhujan lagi menambahkan mata dan tangan tertarik dengan bantal dan katil. Hihihihihihihi.....

Hari ini saya usahakan juga untuk menulis artikel yang saya rasa boleh dikongsi dengan ramai orang. Tidak tertakluk kepada pengidap sahaja kerana adakala pengidap merupakan warga emas dan memerlukan bantuan waris atau saudara mara untuk melakukannya. Tidak rugi tau, malahan berguna apabila tiba masa yang memerlukan. Sapa tahu kan????




 Di sini saya terangkan mengenai teknik suntikan insulin untuk pesakit kencing manis. Sebelum itu, kita harus memilih atau mengetahui tapak untuk suntikan kita dahulu. Ini adalah kerana untuk memastikan penyerapan insulin yang sempurna, suntikan mesti dibuat ke dalam tisu di bawah kulit (subkutaneus).





Apabila kita telah mengetahui tapak suntikan kita, kita tidak boleh terus cucuk sahaja jarum insulin kita tu, kita kena cubit ke atas. Kalau anda hendak tahu cara cubitan yang betul adalah dengan menggunakan ibu jari dan jari telunjuk atau jari tengah untuk mengangkat dermis dan tisu subkut tetapi meninggalkan tisu otot.

Lepaskan cengkaman pada lipatan kulit setelah mengeluarkan jarum suntikan, tisu otot akan terkena jika dilepaskan dengan cepat.

Sekarang mari kita lihat cara cubitan yang betul dengan tidak betul.



Cara cubitan yang betul.



Cara cubitan yang tidak betul.

Cubitan kulit yang bersih ke atas di antara ibu jari dan jari telunjuk sebelum mencucukkan jarum dengan lembut ke dalam kulit pada sudut 90 darjah.

Ada juga pada keadaan tertentu anda tidak dapat mencubit ke atas sekiranya anda pesakit artritis atau anda tidak mahu cubit ke atas.




Jika anda tidak mencubit ke atas anda perlu menyuntik pada sudut 45 darjah untuk mengelakkan terkena otot.





Sekarang mari kita lihat pula tempat-tempat suntikan yang di khaskan untuk pesakit kencing manis. Jika anda ingin tahu, terdapat perbezaan dalam ketebalan subkutaneus di antara bahagian-bahagian tubuh badan yang digunakan untuk menyuntik insulin. Masa yang diperlukan oleh badan untuk menyerap insulin adalah penting. Setiap bahagian badan mempunyai tahap penyerapan berbeza dan untuk memastikan kesan dos insulin yang sama, seseorang itu perlu menyuntik pada bahagian yang sama setiap hari, seperti yang ada di dalam gambarajah di bawah.




Kecepatan penyerapan

Peha      - lambat

Lengan  - sederhana

Perut      - cepat

Pinggul  - lambat


Saya sertakan sekali kesan sampingan biasa yang berlaku apabila pertama kali menggunakan suntikan insulin. Antaranya ialah :

a) Jantung berdebar-debar

b) Keliru

c) Berdengung dalam telinga

d) Berpeluh

e) Tisu menjadi keras pada tapak suntikan.


Jika berlaku mana-mana di atas, berbincanglah dengan doktor yang merawat anda. Jangan sesekali berhenti menggunakan suntikan ini tanpa arahan daripada doktor.

Nampak macam mudah tetapi mencabar juga buat sesiapa yang tidak pernah cuba untuk melakukanya. Saya pernah juga menyuntik insulin pada mak mentua saya apabila kali pertama di suruh menggunakannya. Gementar juga tapi berkat doa dapat juga saya lakukan. Alhamdulillah, sudah semakin berani tetapi tertakluk kepada saudara terdekat sahaja ye... Hihihihihihi....

Saya sertakan sekali makanan tambahan yang boleh di ambil untuk mengawal kencing manis. Jika berminat untuk mengetahui dengan lebih lanjut, anda boleh hubungi saya di 016-5003075 atau whatapps 01115367287. Cegah sebelum kena.

Sampai di sini dahulu artikel saya. Ada masa saya updatekan lagi ye. Assalamualaikum....


Sumber : myportal health














Tiada ulasan: