Jumaat, 3 Julai 2015

Tanda-tanda sakit jantung serta senaman yang dapat mengurangkan gejalanya.

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Diharap anda semua sihat sejahtera hendaknya. Tadi semasa saya balik rehat di rumah, saya buka la radio di dalam kereta. Tup-tup keluar lagu raya. Rasa sayu pula di hati apabila mendengarnya.... Serupa kampung jauh sangat, padahal tak jauh mana pun. Hihihihihi..... Feeling raya pula.

Hari ini, saya ingin berkongsi artikel mengenai penyakit jantung. Seperti mana yang kita semua ketahui, penyakit jantung adalah merupakan pembunuh utama. Setiap saat yang berlalu ketika pesakit tersebut mengalami sakit jantung adalah amat berharga. Ini kerana ia menentukan hidup dan mati.





Sekarang kita lihat tanda-tanda penyakit jantung. walaupun bukan semua orang akan mengalami simptom yang sama, namun ianya boleh dijadikan sebagai rujukan.





1. Lidah atau gusi menjadi bengkak atau sakit - berkemungkinan jantung kita ada masalah seperti lemak berlebihan, injap jantung lemah atau saluran koronari tersumbat.

2. Terasa kebas tangan kiri dan lengan - jika sakitnya berpanjangan pada lengan tangan kiri ada kemungkinan anda akan diserang sakit jantung dalam masa terdekat. (Bagi perempuan sakit pada kedua-dua belah tangan).

3. Lidah terasa tegang dan pendek.

4. Rasa seronok teruja atau rasa bimbang tiba-tiba tanpa sebab.

5. Rasa sakit pada dada (ulu hati sedikit ke sebelah kiri) - biasanya terasa seperti dada sedang dihempap dengan benda berat.

6. Daripada sakit dada, rasa sakit mula merebak pada tangan, lengan, tengkuk, belakang, abdomen dan rahang.

7. Rasa tidak selesa pada dada seperti di pam angin penuh atau rasa pedih.

8. Batuk tiba-tiba dan berpanjangan atau terasa ada kahak dan sentiasa mahu berdehem.

9. Rasa kepala berpusing tidak seimbang.

10. Rasa keletihan setiap masa.

11. Rasa meloya dan tiada selera makan.

12. Degupan jantung tidak menentu.

13. Nafas terasa pendek.

14. Berpeluh dengan tiba-tiba walaupun sedang duduk rehat atas kerusi.

15. Membengkak pada bahagian seperti sendi-sendi di kaki atau abdomen.

16. Saat-saat paling hampir pada serangan jantung biasanya membawa kepada keletihan atau tidak bermaya paling teruk.






Walaupun sakit dada dan ketidakselesaan adalah simptom utama dan tanda-tanda sakit jantung, sesetengah orang mungkin tidak alami sebarang sakit dada. Ada juga yang alami sedikit sakit dibahagian dada sahaja. Ada yang alami hanya satu simptom sahaja  dan tidak kurang juga ramai yang alami beberapa simptom yang membuktikan serangan jantung sedang berlaku.

Rupanya, banyak juga simptom-simptom sakit jantung ni. Sekarang jom kita sama-sama mengetahui senaman yang sesuai untuk mencegah daripada sakit jantung. Antara senaman yang dilakukan adalah berbasikal. Aktiviti berbasikal boleh dilakukan bersama-sama keluarga atau rakan-rakan.


Senaman adalah penting untuk kesihatan fizikal dan emosional kita. Selain daripada mampu menggembirakan kita melalui pelepasan hormon “endorphin”, ia juga membantu kita mengawal berat badan dan memastikan setiap sel tubuh berada dalam keadaan optimum.

Kajian terbaru yang dijalankan oleh salah sebuah jurnal perubatan terkemuka dunia, The Lancet, mendedahkan bahawa satu pertiga daripada golongan dewasa di dunia tidak aktif secara fizikal, dan gaya hidup ini mengorbankan lebih kurang lima juta orang setiap tahun. Malaysia diletakkan pada tangga ke-10 bagi negara paling malas di dunia dengan kadar tidak aktif di kalangan dewasa pada 61.4%.

Aktiviti berbasikal adalah cara terbaik untuk kekl sihat dan cerdas. Berbasikal merupakan cara yang ideal dan sesuai untuk semua peringkat umur. Berbasikal juga tidak tertumpu pada bahagian kaki.





Berbasikal merupakan aktiviti kardio pernafasan yang menguatkan badan dan pada masa yang sama membolehkan pengamalnya bergembira dan bersosial. Berbasikal secara kerap membantu mengelakkan penyakit seperti barah, kencing manis, obesiti, artritis dan juga kemurungan. Berbasikal secara keseluruhannya dapat meningkatkan kadar kecergasan seseorang, namun kelebihan berbasikal bagi jantung adalah lebih besar.


Melancarkan aliran darah


Aliran darah yang lancar dapat meningkatkan daya ingatan dan konsentrasi seseorang kerana pengumpulan toksin dalam badan dihalang. Berbasikal mampu mengerjakan jantung dan saluran darah dengan mengalirkan darah yang tinggi kandungan oksigen ke seluruh badandi samping membakar lemak badan dan mengurangkan selulit. Ia juga mengalakkan jantung menjadi lebih efisien dan memperbaiki sistem pernafasan dan aliran darah dengan menguatkan otot jantung.


Mampu mengawal tekanan darah


Berbasikal meningkatkan kawalan tekanan darah sebanyak 10/8 mmHg bagi pesakit yang mengalami darah tinggi dan membantu merendahkan kadar tekanan darah sewaktu rehat bagi mengurangkan risiko kematian secara mengejut bagi mereka yang sihat (Journal of Cardiovascular Pharmacology, 1995).

Ia juga mengurangkan mendapan darah dan lemak badan pada arteri, serta meningkatkan kemampuan badan untuk mencegah pelbagai jenis penyakit termasuklah kencing manis dan darah tinggi. Berbasikal secara kerap menjadikan kadar kematian bagi kedua-dua jantina bagi semua peringkat umur turun sebanyak 40% (Journal of Internal Medicine, 2000).


Mengurangkan paras kolesterol `jahat’



Berbasikal juga berfungsi sebagai pengawal tubuh yang baik. Ia memainkan peranan dalam mengurangkan kadar kolesterol jahat, LDL, sambil meningkatkan kadar kolesterol baik, HDL. Semakin tinggi nisbah HDL/LDL anda, lebih sihat badan anda kerana kolesterol lebih banyak dibuang berbanding dikumpulkan. Ini bermakna terdapat kurang kolesterol dalam badan yang akan diserap masuk ke dalam tisu dan arteri, lantas mengelakkan keadaan bergelar arteriosklerosis.
Berbasikal secara kerap mengurangkan sebanyak 50% risiko menghidap penyakit kardiovaskular seperti stroke, penyakit yang keempat paling banyak membunuh di Malaysia. (Helping Needy Stroke Victims, The Star Online, 2011).


Di sini saya senaraikan beberapa tip senaman yang kita boleh gunapakai bagi meningkatkan prestasi semasa berbasikal.

Pemakanan yang seimbang – Amalan pemakanan yang baik merupakan langkah pertama untuk kekal cergas. Memakan makanan yang berkhasiat dengan sayur-sayuran hijau, buah-buahan serta hidangan yang terdiri daripada protein dan karbohidrat yang lambat dihadamkan dapat membantu badan anda mendapatkan nutrien yang diperlukan, menggantikan tisu yang terpakai serta menghasilkan tenaga.


Menghidratkan tubuh – Penyahhidratan mengehadkan prestasi anda dalam acara kompetitif dan boleh mengakibatkan kekejangan otot serta masalah lain. Malah, kekurangan air dalam badan walaupun pada kadar yang sedikit boleh merendahkan metabolisme dan mengurangkan kemampuan anda untuk bersenam secara efisien. Amalkan pengambilan air pada selingan masa yang tetap sepanjang 2-4 jam selepas anda berbasikal bagi menghidratkan tubuh anda semula.


Kekal fleksibel – Aktiviti memanaskan dan menyejukkan badan yang dijalankan dengan cara yang betul merupakan faktor penting bagi mengelakkan kecederaan. Pemanasan badan membantu anda untuk bersedia secara mental dan fizikal bagi aspek-aspek sukan yang lebih mencabar, manakala penyejukan badan membantu badan anda untuk kembali ke mod rehat secara perlahan-lahan.


Mendapatkan tidur yang cukup – Kebaikan tidur memberi kesan kepada hampir semua aspek kehidupan seharian kita. Badan anda menghasilkan molekul protein dengan lebih banyak ketika anda tidur, dan ini menjadikan anda lebih kuat melawan jangkitan serta membantu anda untuk kekal sihat.

Banyak juga yang kita pelajari pada hari ini. sekurang-kurangnya kita dapat aplikasikan dalam kehidupan apabila terdapat ahli keluarga atau rakan-rakan yang mengalami simptom-simptom seperti di sebutkan di atas. Selain itu, kita juga boleh nasihatkan mereka dan diri saya agar berbasikal sekerap yang mungkin.

Mari kita tonton video ini.....


Omega Guard Shaklee - Ibu Hamil/Menyusu, Kanak2, Pesakit from iReach HD on Vimeo.


Sampai di sini dahulu saya menulis. Lain kali saya menulis lagi ye....

Tiada ulasan: