Rabu, 29 Julai 2015

Penyakit berjangkit yang semakin menular, demam campak. Jom kita ambil tahu!

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Di harap anda semua di dalam keadaan sihat sejahtera hendaknya. Sama-sama la kita berdoa agar negara kita sentiasa aman dan damai. Hari ini hari yang amat memenatkan dan juga hari yang memang mengantuk. Huhuhuhuu....

Hari ini saya ingin berkongsi artikel mengenai penyakit berjangkit iaitu demam campak. Banyak juga kes yang berlaku terutama di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur. Di tempat saya pun ada juga beberapa orang yang kena demam campak nie.



Mari kita kenali apa itu demam campak. Seperti mana yang kita telah ketahui, demam campak atau dalam bahasa perubatan ialah Rubeola adalah jangkitan akut pada kanak-kanak disebabkan oleh virus measles. Pesakit demam campak biasanya akan mengalami gejala jangkitan respiratori dan disertai ruam pada kulit.





Penyakit ini sangat mudah menular kepada orang lain melalui udara melalui titisan (droplet) cecair daripada mulut dan hidung semasa bercakap, batuk atau bersin. Walau bagaimana pun kebanyakkan kanak-kanak di Malaysia telah kebal (imun) pada penyakit ini sejak adanya program campak kebangsaan. Akan tetapi, kebelakangan ini terdapat pertambahan dalam kes-kes demam campak di bandar utama dengan kemasukan orang asing. Oleh itu, jika seorang kanak-kanak tidak lagi mendapat vaksin dan terdedah kepada individu yang mengidap penyakit ini, maka kemungkinan besar kanak-kanak ini akan dijangkiti virus ini.

Sekarang kita lihat tanda-tanda demam campak yang biasa berlaku. Antara 10 - 12 hari selepas dijangkiti penyakit, pesakit mula menunjukkan tanda dan gejala demam campak seperti :


   a) Demam tinggi (melebihi 40 darjah celcius)



 

b) Batuk, selesema dan sakit tekak





 c) Mata berair dan sensitif kepada cahaya





 d) Sakit otot.





Dua atau tiga hari kemudian timbul ruam-ruam, bermula di bahagian muka dan kepala kemudian merebak ke bahagian badan, tangan dan kaki.

Ruam akan kekal selama 4 - 7 hari. Semasa ruam timbul, suhu badan biasanya sangat tinggi. Demam campak boleh menjangkiti orang lain dalam masa seminggu sebelum timbul ruam sehingga empat hari selepasnya.

Sesiapa yang pernah mengalaminya akan tahu betapa teruknya demam campak ni. Saya pun turut mengalaminya. Campak besar pun pernah, campak kecil pun pernah. Dia punya lenguh badan tak tau nak cerita la. Memang tak boleh buat keje lain dah.

Kesan demam campak kepada kanak-kanak biasanya jarang berlaku kerana pesakit akan sembuh dengan sempurna. Walau bagaimana pun kadang kala boleh terjadi komplikasi yang serius terutama kepada golongan yang menghidapi kekurangan zat makanan dan mempunyai imun sistem kekebalan yang rendah. Terdapat beberapa jenis komplikasi yang kerap berlaku iaitu:

   a) Jangkitan pada telinga





 b) Jangkitan pada paru-paru ( Pneumonia)





  c) Jangkitan pada otak (encephalitis)





 d) Cirit-birit





Kes yng serius boleh berakhir dengan kematian. Bagi wanita yang hamil pula, boleh menyebabkan keguguran atau kelahiran pra matang.

Sekarang kita lihat bagaimana cara untuk merawat demam campak ini. Tiada rawatan yang spesifik tetapi hal-hal berikut dapat mengurangkan gejala iaitu:


1. Panadol untuk mengurangkan demam.

2. Hindari cahaya terang kerana ia menyakitkan mata

3. Berehat dan minum air cukup.

Ruam di badan tidak perlu dirawat kerana ia akan hilang dengan sendiri. Pesakit dinasihatkan untuk tinggal di rumah supaya tidak menjangkiti orang lain (sehingga empat hari selepas ruam timbul)

Sebenarnya demam campak boleh dicegah melalui pemberian suntikan imunisasi MMR (Measles, Mumps and Rubella) pada usia 12 bulan dan kemudian ketika berumur 7 tahun. Adalah menjadi tanggungjawab ibu bapa untuk memastikan anak mereka mendapat imunisasi. MMR adalah vaksin yang selamat.

Di sini saya sertakan sebuah video untuk memudahkan pemahaman anda yang membaca artikel saya ini. Sudi-sudilah menonton ye....


















Krim ini memang semulajadi. In Sya Allah mampu menghilangkan kesan-kesan ruam demam campak pada bayi dan sesiapa juga. Selain itu sesuai untuk tumit kaki pecah, gatal-gatal dan sebagainya.  Berminat untuk mengetahui lebih lanjut, hubungi saya di 016-5003075 atau whatapp 01115367287.

Sampai di sini dahulu perkongsian saya. Semoga memberi panduan sedikit sebanyak kepada anda semua. Assalamualaikum...

Sumber: Portal Myhealth


Tiada ulasan: