Selasa, 14 Julai 2015

KTM menyediakan perkhidmatan ETS (Electric Train Service) Dari Padang Besar Ke KL Sentral

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Salam 27 Ramadhan 1436. Hujan turun mencurah-curah dari awal pagi tadi. Kini hanya tinggal cuaca yang redup walaupun hujan sudah mulai menghilang. Hari ini, saya masih lagi bekerja. Belum lagi bercuti untuk Hari Raya Aidilfitri. Cuaca yang sejuk membuatkan mata seolah-olah layu je.

Oklah kali ini saya ingin berkongsi dengan anda mengenai perkhidmatan ETS Transit yang mana telah pun bermula pada 10 julai 2015 manakala perkhidmatan ETS Ekspress bermula pada 11 julai 2015. Perkhidmatan ETS Ekspress ini menyediakan perjalanan dari KL Sentral ke Padang Besar dan Padang Besar ke KL Sentral. Manakala perkhidmatan ETS Transit pula dari Ipoh-Butterwort-Padang Besar. Ianya akan berhenti di 24 stesen dari Ipoh ke Padang Besar dan 10 stesen hentian yang baru iaitu Anak Bukit, Bukit Ketri, Bukit Tengah, Kamunting, Kobah, Kodiang, Padang Rengas, Simpang Ampat, Tasek dan Tasek Gelugur.









Memang menjimatkan masa kerana hanya empat jam sahaja dari Padang Besar ke KL Sentral. Kiranya boleh pergi membeli belah pakaian atau barangan untuk menyambut Aidilfitri. Buat masa ini KTM hanya menyediakan satu perkhidmatan tren untuk setiap arah dan akan ditambah pada masa akan datang. Melalui televisyen, ramai pengguna berpuas hati dengan perkhidmatan yang diberikan. Cuma mereka meminta untuk menambahkan lagi tren supaya tidak terkejar-kejar.





Hari raya Aidilfitri yang bakal menjelma dalam beberapa hari ini, pihak KTM telah menambah sebanyak empat perkhidmatan dari KL Sentral - Ipoh dan Ipoh ke KL Sentral. Bermula pada 15 julai 2015 ,16 julai 2015, 19 julai 2015 dan  20 julai 2015. Manakala perkhidmatan jarak jauh pula pihak KTM telah menggunakan koc baru iaitu PT Inca untuk perjalanan dari Padang Besar ke KL Sentral dan KL Sentral ke Padang Besar. Bermula 14 julai 2015 hingga 16 julai 2015 dan 19 julai 2015 hingga 21 julai 2015.





Untuk melihat jadual penuh, anda boleh lawati lawan web berikut : http://www.ktmb.com.my

Rasa macam nak cuba naik tapi bila pula ye. Berbagai-bagai kemudahan telah disediakan agar perjalanan yang jauh dapat dipercepatkan. Jagalah elok-elok tren yang ada supaya dapat dinikmati oleh semua lapisan umur dan masyarakat. Di sini saya tunjukkan video pengalaman manis penumpang-penumpang ETS. Di harap anda semua terhibur. Sampai di sini dahulu coretan saya. Ada masa, saya updatekan lagi ye. Apa-apa yang berkaitan dengan ETS, boleh rujuk di laman web yang saya sertakan di atas tadi ye. Assalamualaikum...




Tiada ulasan: