Ketahui 7 punca puting pedih ketika menyusukan bayi anda

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Di harap anda semua sihat-sihat hendaknya. Masuk sahaja minggu terakhir di bulan Ramadhan, terasa sayu sahaja di hati. Tinggal beberapa hari sahaja lagi, ianya akan pergi. Kedatangannya di nanti, kepulangannya di tangisi......

Jalanraya pun sudah mula bersesak. Harus ikuti panduan perjalanan yang telah di tetapkan oleh PLUS. Semoga anda semua selamat tiba dan selamat pulang. Saya tak beli tudung je lagi. Belum jumpa yang sesuai.... huhuhuhuu... Apasal tetiba masuk bab tudung nie... Hihihihihi.... Mood raya dah mai ler tu....

 Ok lah, tak payah nak merepek sangat, hari ini saya hendak berkongsi satu artikel yang selalu atau kadang-kadang di alami oleh ibu yang menyusu. Terutamanya yang baru la. Saya juga tidak ketinggalan mempunyai pengalaman seperti tajuk kita pada hari ini. Pada ketika itu, memang tidak tahu nak rujuk dengan sapa. Menangis je yang saya tahu. Saya tak dapat nak berikan anak saya yang sulung minum susu badan. Last-Last terpaksa minum susu formula.... Sedih tau waktu tu.

Tapi alhamdulillah, sekarang saya tengah mendalami ilmu untuk menyusu dengan baik dan seronok. Jadi, saya boleh aplikasikan pada bayi saya yang bakal lahir nanti. Ins syaa Allah....




Jom kita kenali punca-punca mengapa berlakunya puting pedih. Rasa pedih pada puting semasa
menyusukan bayi adalah perkara biasa bagi ibu yang baru menyusu. Ibu akan mengalaminya pada permulaan penyusuan selama beberapa hari yang pertama. Namun begitu, jika ibu berhadapan kesakitan yang teruk atau berpanjangan, ia sesuatu yang tidak normal kerana penyusuan susu ibu sepatutnya sesuatu yang menyeronokkan bagi ibu dan bayi.

Ada beberapa perkara yang mungkin membuat puting berasa pedih tetapi kemungkinan besar ia berkaitan dengan cara bayi menyusu. Jika tekniknya salah dan bayi tidak melekap dengan betul, ini mengakibatkan ibu merasa sakit. Salah satu atau sesetengah daripada masalah berikut mungkin menyebabkan puting ibu pedih.


Kesukaran untuk melekap

Bayi tidak melekap dengan betul pada payudara ibu akan terpaksa mnyedut atau menarik puting ke dalam mulutnya, hingga menyebabkan kesakitan. Oleh itu, ibu harus memastikan bahawa bayi memasukkan payudara ibu ke dalam mulutnya dan bukan bahagian puting sahaja. Untuk itu, bayi perlu membuka mulutnya dengan luas atau menganggakan mulut.

Jika bayi anda tidak mengangga, jangan tarik puting anda keluar. Sebaliknya, hentikan hisapan dengan memasukkan jari kelingking perlahan-lahan ke dalam bahagian tepi mulutnya. Lepaskan mulut bayi daripada payudara dan mulakan sekali lagi.

Jika puting sangat pedih dan merekah atau berdarah, anda boleh sapukan minyak atau krim lanolin yang ditulenkan. Cara ini, puting dapat sembuh tanpa membentu kerak luka.



Lidah terikat

Bayi mungkin mengalami masalah lidah terikat, iaitu lidahnya terlekat dengan bahagian dasar mulut. Antara tandanya termasuklah bayi tidak boleh melekap dengan betul pada payudara ibu, sering tergelincir keluar dan kerap minum tetapi berat badannya tidak bertambah dengan cukup.

Bayi perlu menggunakan lidahnya untuk menarik masuk susu daripada payudara ibu. Jika bayi tidak boleh menggerakkan lidah dengan sempurna, bayi mungkin tidak boleh menghisap susu dengan jayanya.

Ibu bapa perlu berjumpa dengan doktor untuk memeriksa lidah bayi. Masalah lidah terikat ini boleh diselesaikan satu prosedurmudah yang dipanggil frenulotomi. Selepas menjalani prosedur ini, bayi akan dapat menyusu dengan sempurna.





Jangkitan fungus

Puting berasa sakit selepas beberapa penyusuan yang tidak menyakitkan. Ini mungkin bermakna ibu mengalami jangkitan fungus pada puting. Jangkitan fungus terjadi apabila organisma yang secara semulajadinya hidup dalam badan merebak tanpa kawalan. Sebaiknya, berjumpalah doktor untuk mendapatkan rawatan anti fungus kepada ibu dan bayi. Jika ibu mengalami jangkitan fungus pada puting, ia mungkin juga berlaku pada mulut bayi sama ada ketara atau tidak. Ibu dan bayi perlu menjalani rawatan pada maa yang sama supaya tidak saling menjangkiti antara satu sama lain.


Dermatitis

Puting menjadi merah dan gatal, ini mungkin tanda dermatitis. Ia boleh disebabkan oleh krim, losyen, atau sabun yang tidak sesuai. Sebagai penyelesaian, cuci payudara dengan air bersih sahaja.


Tumbuh gigi

Bayi sedang tumbuh gigi akan suka menggigit. Jika gusi bayi bengkak, bayi mungkin menukar cara penyusuan supaya lebih selesa. Jika bayi menggigit, ini bermakna lidahnya tidak dijulurkan ke bawah dan ke hadapan dengan secukupnya untuk memasukkan payudara ke mulutnya.

Ibu boleh membantu bayi untuk mengganga dan menjulurkan lidahnya dengan cara menyentuh bibirnya pada puting dan setelah bayi memberi respons, dekat dengan cepat ke payudara. Bayi yang lebih besar kadang kala membuka mulut tetapi menarik lidah ke dalam apabila sudah mengganga, jadi ibu perlu bergerak cepat-cepat.





Menyusukan semasa hamil

Puting berasa sakit kerana anda hamil lagi dan masih menyusukan. Oleh itu, harus bersabar kerana puting akan terasa sakit hanya pada awal kehamilan. Gunakan minyak atau krim lanolin untuk melegakannya.





Penggunaan coli atau lapik payudara

Coli yang tidak sesuai memberi tekanan kepada puting. Lapik payudara dan lapisan plastikpada coli juga boleh menjadi penyebabnya. Ia menghalang kulit daripada bernafas dan memerangkap terlalu banyak lembapan, membuatkan masalah ini lebih teruk.

Ibu harus mendapatkan coli bersaiz tepat atau lebih selesa. Gunakan lapik payudara yang diperbuat daripada bahan-bahan semulajadi.




Begitulah tip-tip yang dapat saya kongsikan dengan anda semua. Rupanya, kalau kita buat ikut seperti mana yang telah diberitahu, penyusuan akan menjadi sesuatu yang menyeronokkan. Selain itu dapat merapatkn hubungan di antara ibu dengan bayi. Tak sabar tau nak tunggu saat itu. Di sini saya sertakan video panduan untuk menyusu dengan cara yang betul.



Oklah, sampai di sini dahulu coretan saya. Lain kali saya menulis lagi ye.... Assalamualaikum...

Sumber: mingguan wanita

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Cara merawat penyakit GERD dengan kaedah semulajadi

Sakit telinga - Mari kita kenali punca dan rawatan yang sesuai

Tanda-tanda sakit jantung serta senaman yang dapat mengurangkan gejalanya.