Kenali apa itu Anemia dan cara penyelesaian tanpa menggunakan ubat-ubatan

Julai 16, 2015

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Hari ini hari yang sangat baik dan selesa. Tidak terlalu panas dan tidak terlalu sejuk. Cuaca yang sangat cantik. Ramai juga orang dah mula balik ke kampung. Tadi ada saya tengok dalam facebook, memang banyak kenderaan di jalanraya PLUS untuk ke sebelah utara. So, sapa-sapa yang nak balik ke kampung tu, kena pandai-pandai susun masa la. Saya balik kampung dekat je. Hihihihhihi....

Oklah, saya tak nak berceloteh panjang-panjang kang tak siap pula artikel saya ni. Bila mood dah mai, idea pula mencurah-curah seperti hujan. Seperti mana yang anda tahu, sewaktu mengandung ni la macam-macam nak lekat. Saya dulu waktu mengandung anak sulung, ada GDM (kencing manis semasa mengandung) tu pun masa tujuh bulan ke atas. Sebelum tu, maintain je. Anemia memang tak ada langsung la. Tetapi, time mengandung kali ini, tanda-tanda nak berlaku anemia sudah mula kelihatan. Hemoglobin (HB) dalam darah makin turun graf dia. Huhuhuhuhu....





Kalau anda semua hendak tahu, sebelum kita mengandung kita memerlukan kira-kira 15 miligram zat besi sehari. Jumlah yang memang agak banyak. Kebanyakkan daripada kita mungkin tidak dapat memenuhi keperluan seperti yang disarankan. Tetapi, apabila kita mengandung, kita perlukan lebih zat besi untuk membantu kita mengekalkan kesihatan kita dengan bayi. Jika kita tidak mendapat zat besi yang mencukupi untuk menjana penghasilan hemoglobin, kita mungkin akan mengalami anemia akibat kekurangan zat besi. Jenis anemia ini adalah yang paling biasa berlaku sewaktu mengandung. Kira-kira satu dalam lima wanita akan mengalaminya semasa mengandung. Jom saksikan video ini.


Anemia Ibu Hamil ni Dah Warded Pun Degil - Nasib Kakak Garang from iReach HD on Vimeo.


Perkara yang perlu dilakukan untuk mendapat zat besi secukupnya

Jika anda semua hendak tahu, Ibu mengandung memerlukan 30 miligram zat besi setiap hari. Sperti mana kebanyakkan vitamin dan mineral lain, makanan ialah sumber terbaik bagi zat besi. Anda sepatutnya tidak perlu supplement jika anda makan banyak sumber makanan yang kaya dengan zat besi. Ini bermakna anda perlu makan banyak sayur-sayuran berdaun hijau tua, roti bijian penuh, bijirin yang diperkaya dengan zat besi, kentang, daging merah tanpa lemak, kerang-kerangan, kismis, prun dan kekacang. Lain la jika anda tidak suka dengan makanan yang saya sebutkan di atas, maka anda perlu memikirkan alternatif yang lain seperti pengambilan supplement.

Vitamin C membantu badan kita menyerap zat besi dalam pemakanan. Cuba minum banyak jus oren atau makan buah-buahan atau sayur-sayuran yang kaya dengan vitamin C semasa memakan makanan yang kaya dengan zat besi untuk membantu mengelak daripada mendapat anemia.





Teh dan kopi akan menyukarkan badan kita menyerap zat besi. Oleh itu, lebih baik jika anda elakkan meminumnya semasa waktu makan.


Cara mengetahui diri mengalami anemia

Anemia dapat dipastikan jika tahap hemoglobin kita kurang daripada 11.0gm/dl. Ujian darah yang perlu kita jalani di klinik antenatal dapat menguji sama ada hemoglobin kita berada pada tahap yang memuaskan ataupun tidak. Agak normal juga bagi tahap hemoglobin untuk turun sedikit semasa mengandung kerana terdapat lebih banyak cecair dalam darah kita yang mencairkan sel-sel darah merah. Doktor hanya akan mempreskripsikan pil zat besi jika tahap zat besi anda turun ke tahap yang paling rendah.





Semua wanita akan mengalami anemia ataupun hanya sesetengah sahaja

Wanita yang mengamalkan diet yang rendah zat besi akan lebih berkemungkinan mengalami anemia. Kita juga akan lebih berkemungkinan menghidap anemia akibat kekurangan zat besi semasa mengandung jika bekalan zat besi dalam badan kita telah sedia berkurangan, Mungkin kerana jarak mengandung semasa dahulu dengan mengandung masa kini terlalu rapat atau darah haid kita keluar sangat banyak sebelum mengandung.

Jika mengandungkan anak kembar, maka keperluan setiap bayi juga boleh meningkatkan risiko untuk mengalami anemia.





Penyakit Thalassemia juga adalah penyebab biasa bagi anemia semasa mengandung. Thalassemia adalah sejenis penyakit kecelaruan darah yang diwarisi, di mana keupayaan untuk menghasilkan rantai hemoglobin, sama ada alfa atau beta, terjejas. Thalassemia alfa lebih banyak berlaku di Malaysia berbanding Thalassemia beta.




Simptom-simptom anemia

Keletihan dan sesak nafas adalah tanda-tanda biasa bagi anemia. Namun kita mungkin tidak sedar bahawa kita mengidap anemia kerana simptom-simptom ini juga dialami oleh ramai lagi wanita mengandung yang tidak mengalami anemia.

Sakit kepala, tinnitus (telinga berdengung) dan jantung berdebar-debar adalah simptom-simptom lain anemia, selain mempunyai tabiat mengidam makanan yang tidak biasa. Kelopak mata, dasar kuku dan lidah juga kelihatan pucat.





Cara merawat anemia

Doktor akan berbincang dengan kita mengenai pemakanan untuk memastikan kita cukup makanan yang betul, dan mungkin akan mempreskripsikn pil zat besi.





Keburukkan pil zat besi ialah walaupun ia boleh memperbaiki tahap zat besi dalam badan, ia juga mempunyai kesan sampingan yang kurang menyenangkan. Pil zat besi boleh menyebabkan sembelit dan masalah perut yang lain seperti loya, cirit-birit dan sakit perut. Kita kena meningkatkan pengambilan serat dalam diet semasa mengambil pil zat besi supaya dapat mengelakkan berlakunya masalah sembelit. Selain itu, mengambil pil zat besi semasa makan juga dapat membantu mengurangkan kesan sampingan yang lain.





Jika kesan sampingan tersebut menjadi serius, mintalah doktor untuk mempreskripsikan jenama yang lain atau mengurangkan dos yang perlu di ambil kerana lebih baik mengambil dalam bentuk dos rendah daripada tidak mengambil langsung.




Saya ingin menceritakan tentang satu produk supplement yang dapat membantu mengurangkan masalah anemia yang selalu dihadapi oleh ibu-ibu mengandung. Supplement yang saya ingin ceritakan ialah mengenai Vita-Lea. Viya-Lea ini dirumus khas bagi memenuhi keperluan terhadap 28 vitamin dan mineral yang diperlukan oleh orang dewasa.

Apabila diambil setiap hari, Vita-Lea :


  • Membantu mengekalkan kesihatan yang sempurna.
  • Mengandungi beta carotina yang bermanfaat untuk menggalakkan pertumbuhan, memelihara penglihatan dan menjanakan semula tisu.
  • Membekalkan kalsium, fosforus serta vitamin C dan D untuk kesihatan tulang dan gigi.
  • Biotin dan asid pantotenik menyokong metabolisme lemak dan karbohidrat.
  • Vitamin B12 merangsang pembentukan sel-sel darah merah.

Saya sertakan juga faedah-faedah yang akan kita perolehi dengan mengamalkan Vita-Lea ini.








Jika berminat untk mengetahui dengan lebih lanjut, Jangan malu-malu sms atau call 0109690399 atau whatapps 01115367287 ataupun email ke rosa.pasamana@gmail.com. 

Sampai di sini dahulu coretan saya. Ada masa saya kongsikan lagi ye. Assalamualaikum.

Sumber:http://www.babycenter.com.my/a25006493/anaemia-kekurangan-zat-besi

You Might Also Like

0 ulasan