Ahad, 19 Julai 2015

Kejang kaki yang berlaku semasa tidur sewaktu mengandung

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Di harap pembaca semua sihat-sihat hendaknya. Almaklum la mood beraya masih lagi berkobar-kobar. Raya tahun ini saya lebih banyak membantu daripada sebelum ini. Kalau tidak, saya akan membasuh pinggan mangkuk sahaja. Itulah kerja kesukaan saya. Tidak perlu bercampur sangat. Tahun ini lain pula, lebih kepada mengemas dan menyusun serta menunggu kedatangan saudara mara dan jiran tetangga.

Walaupun mood masih lagi berhari raya, menulis pula sentiasa di hati. Menanti masa dan waktu yang sesuai sahaja. Bukan mudah untuk mengasah minda time-time macam ni. Tapi demi minat yang mendalam, saya cuba usahakan juga.

Hari ini, saya ingin mengutarakan mengenai kejang kaki. Selalu di alami oleh ibu-ibu yang mengandung. Saya juga tidak terkecuali. Sewaktu mengandungkan anak yang pertama dulu, kerap juga saya mengalami kejang kaki sewaktu tidur. Hendak menangis bila berlaku kejang kaki. Lepas tu dua atau tiga hari  baru nak lega kesan senggal yang berlaku sewaktu kejang kaki. Memang seksa la.





Alhamdulillah sewaktu mengandung kali kedua, baru sekali saya alami. Mujur juga cepat-cepat saya ambil supplement. Kalau anda hendak tahu, semasa kita mengandung, jantung, buah pingang dan sistem peredaran dalam badan kita bekerja dengan lebih kuat untuk membantu anda berfungsi secara normal. Otot-otot kita pula menyokong pertambahan berat badan yang semakin meningkat dan ini memberi tekanan kepadanya. Akibatnya, otot-otot kaki anda yang keletihan akan menegang dan kejang sebagai langkah memprotes, terutamanya dalam trimester kedua dan ketiga. Kesakitan ini boleh menyebabkan anda tersedar daripada tidur pada waktu malam.





Keletihan otot bukan satu-satunya sebab anda mendapat kejang kaki. Terlalu banyak fosforus (terdapat dalam daging proses, makanan ringan dan minuman bersoda), dan terlalu sedikit kalsium dan potassium dalam darah juga boleh menyebabkan kejang kaki. Sebab ketiga pula ialah apabila uterus anda mengembang, ini boleh memberi tekanan kepada saraf-saraf yang mengunjur dari badan ke kaki anda.

Saya ingin sertakan tip-tip yang boleh kita ikuti supaya kejang kaki boleh diatasi. Sebelum tidur cuba minum segelas susu dan makan pisang untuk meningkatkan tahap kalsium dan potassium dalam darah. Jangan ambil sebarang ubat herba tanpa merujuk atau berbincang dengan doktor anda dahulu.
Berikut ialah beberapa tip untuk menggelakkan kejang kaki :


  • Elakkan berdiri atau duduk dengan kaki bersilang untuk jangkamasa yang panjang.
  • Pusing dan gerak-gerakkan buku lali, dan jari-jari kaki anda apabila anda duduk, semasa makan atau menonton televisyen.
  • Regangkan otot-otot betis anda beberapa kali sebelum anda masuk tidur.





Jika anda mengalami kekejangan, regangkan otot-otot anda serta merta. Tegakkan kaki, tumit dahulu, dan tegangkan buku lali dan jari-jari kaki perlahan-lahan. Anda mungkin rasa sakit seketika, tetapi kesakitan itu akan beransur-ansur hilang. Anda boleh juga melegakan kekejangan dengan mengurut otot atau memanaskannya menggunakan botol air panas. Berjalan-jalan selama beberapa minit juga boleh membantu.

Jika kesakitan otot yang anda alami ini berterusan dan bukannya berlaku sekali-sekala sahaja, atau sekiranya anda dapati kaki anda sembab atau bengkak, hubungilah doktor anda. Dalam kes-kes yang jarang berlaku,( satu dalam 2000) wanita mengandung boleh mengalami masalah trombosis vena dalam (deep vein thrombosis) iaitu masalah darah beku yang memerlukan mereka mendapatkan bantuan perubatan dengan segera.

Saya ada video untuk anda tonton. Sudi-sudilah menontonnya ye...







Jika anda ingin mengetahui dengan lebih lanjut, sms atau call 0109690399 atau whatapps 01115367287 ataupun email ke rosa.pasamana@gmail.com

Ada masa saya menulis lagi. Assalamualaikum...

Tiada ulasan: