Jom kita kenali 7 keajaiban setelah kita menangis

Julai 05, 2015

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Di harap anda semua sihat sejahtera hendaknya. Hari ini hujan dan cerah silih berganti. Hari ahad yang hanya lepak di rumah sahaja. Mujur juga sepupu datang melawat, ada juga rakan untuk dibawa bersembang.

Hari ini saya ingin kongsikan mengenai menangis. Kebiasaannya, kaum wanita yang kerap atau mudah menangis. Kaum lelaki ni jarang la kecuai atas faktor-faktor tertentu sahaja. Wanita ni kira raja menangis la. Tetapi, ramai wanita sendiri tidak tahu keajaiban setelah kita menangis. Atas sebab itulah saya ingin kongsikan dengan anda tentang keajaiban ini.






Ada orang kata tidak ada gunanya menangis. Tapi siapakah orang yang berkata begitu ye? Tetapi, jika anda menangis terlalu lama, mata anda akan membengkak dan menjadi merah.Tetapi janganlah khuatir kerana apabila kita menangis ataupun mengeluarkan air mata ianya akan menjadi ubat ajaib yang yang berguna untuk kesihatan tubuh badan dan fikiran tau.... Macam pelik je kan??? Jom kita terjah di mana yang dikatakan keajaiban tu.

Di antara keajaiban menangis atau mengeluarkan air mata ialah :


1-  Dapat membantu penglihatan anda

Rupanya air mata dapat membantu penglihatan seseorang iaitu bukan dengan hanya matanya sendiri. Cairan yang keluar dari mata kita dapat mencegah dehidrasi (kekurangan air) pada membran mata yang mana boleh menyebabkan penglihatan menjadi kabur.



2-  Dapat membunuh bakteria

Jadi, tidak perlu ubat titis mata lah ye. Air mata sudah cukup untuk menjadi antibakteria semulajadi. Rupa-rupanya di dalam air mata terkandung cecair yang disebut sebagai lisozom yang mana ianya dapat membunuh sekitar 90 hingga ke 95 peratus bakteria yang tertinggal di keyboard komputer, pegangan tangga, bersin dan tempat-tempat yang mengandungi bakteria hanya dalam masa 5 minit sahaja. Wow! macam tak percaya je..... Macam tu boleh menangis selalu la ye......


3-  Dapat meningkatkan mood

Apabila kita menangis, ianya dapat mengurangkan perasaan kemurungan dan emosi akan stabil kembali. Air mata yang terhasil sewaktu menangis mengandungi 24 peratus protein albumin yang berguna untuk meregulasikan sistem metabolisme tubuh berbanding air mata yang dihasilkan melalui iritasi mata.


4-  Dapat mengeluarkan racun dari mata

Menurut seorang ahli biokimia, William Frey telah melakukan beberapa kajian tentang air mata dan menemukan bahawa air mata yang yang keluar melalui tangisan yang emosional ternyata mengandugi racun. Maka, dengan keluarnya air mata yang beracun itu menandakan bahawa ia membawa racun dari dalam tubuh dan mengeluarkan racun tersebut dari air mata.


5-  Dapat mengurangkan stress

Bagaimana ye menangis dapat mengurangkan stress? Air mata juga mengeluarkan hormon stress yang terdapat di dalam tubuh iaitu endorphin leucine-enkaphalin dan prolactin. Selain dapat menurunkan level stress, air mata juga membantu melawan penyakit-penyakit yang disebabkan oleh stress seperti tekanan darah tinggi.


6-  Dapat membangunkan komuniti

Selain baik untuk kesihatan fizikal, menangis juga boleh membantu seseorang untuk membangunkan sesebuah komuniti. Kebiasaanya, seseorang itu akan menangis setelah menceritakan masalahnya kepada rakan-rakan atau seseorang yang dapat memberikan sokongan, dan hal ini boleh membolehkan meningkatkan kemampuan berkomunikasi dan bersosial.


7-  Dapat melegakan perasaan

Semua orang pasti bersetuju dengannya. Walaupun anda diuji dengan dugaan dan cabaran yang mencabar, namun apabila anda menangis, perasaan lega akan muncul. Setelah menangis, sistem otak dan jantung akan kembali lancar dan normal, dan hal itu membuatkan seseorang itu menjadi lebih baik dan lega. Masalah akan keluar dari fikiran.


Bila dapat tahu mengenai kebaikkan air mata, membuatkan saya terfikir sejenak. Bagaimana dengan orang yang tidak pernah atau jarang menangis? Dapatkah ia mengurangkan stress, menjadi antibakteria untuk diri ataupun mengeluarkan racun dari badan?

Ermmmm...... Susah juga ye.....

Sampai di sini dahulu coretan saya. Ada masa saya lakarkan lagi....

Assalamualaikum....


sumber:Wonderful Life.my

You Might Also Like

0 ulasan