Ingin tahu teknik seni memuji yang betul? Jom kita bongkarkan....

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Di petang hari ahad yang berangin dan berhujan ini, idea untuk menulis mencurah-curah pula. Mungkin disebabkan kesibukan masa dan kesuntukkan untuk menulis membuatkan saya menyimpan idea-idea yang ada di dalam buku nota. Maka, apabila tiba masa untuk menulis, idea-idea yang ada itu menambahkan lagi jalan ceritanya.

Kali ini saya ingin berkongsi teknik untuk memuji dengan betul supaya orang tidak salah sangka. Seringkali memuji rakan sekerja atau atasan dianggap sebagai membodek dan mengampu. Apatah lagi sikap seakan sebati dengan budaya di dalam organisasi. Sama ada itu membentuk ke arah persekitaran sihat atau sebaliknya, ianya banyak bergantung kepada keadaan. Tetapi dalam banyak keadaan, memuji yang keterlaluan dan ketara memang tidak baik. Ia akan menyebabkan orang lain meluat dan menyampah.

Agar anda tidak dilihat seperti membodek atau dibenci rakan kerana suka memuji ada baiknya anda mempelajari tip memuji yang sebetulnya.






Pujian berpada-pada


  • Kalau hendak memuji tu, biarlah pujian itu benar-benar layak diterima oleh orang yang berkenaan, bukan berlebihan hingga nampak anda seperti hendak mengampunya pula. Contohnya, rakan anda memang sedar dirinya tidak layak dipuji, pujian anda yang terlebih itu akan memakan diri anda sendiri. Dia akan pantas sedar bahawa anda sebenarnya hendak mengampu sahaja. Malukan????
  • Ketika memuji jangan terlalu menunjukkan bahawa anda mahukan sesuatu daripadanya.
  • Pujilah seseorang itu dalam perkara yang dia tahu dirinya layak dipuji.
  • Biarkan orang ketiga menyampaikan pujian anda kepada orang yang berkenaan.





Fikir sebelum memuji




  • Agar tidak ketara ada baiknya anda lebihkan kritikan positif dalam perkara yang rakan sekerja anda tidak yakin akan kebolehannya. Umpamanya, dia tidak yakin mengenai kebolehannya dalam menulis, jadi anda memujinya hingga dia berasa yakin.
  • Tunjukkan pada orang lain bahawa anda punya standard yang tinggi dan hanya memuji pada orang yang benar-benar layak.
  • Sebelum memuji, tunjukkan pada rakan bahawa anda tidak ada apa-apa kepentingan dengannya. Kritik dan puji biarlah seiring tetapi kemudian perlahan-lahan tunjukkan bahawa anda sukakan dia.

Tip memuji ketua


  • Jangan gunakan teknik puji-pujian yang melampau-lampau dan terang-terangan. Majikan biasanya sangat cepat menangkap maksud yang ingin disampaikan oleh anak buahnya melaui pujian yang terang-terangan itu.
  • Anda boleh memuji bos tetapi hanya dalam perkara yang anda sudah diiktiraf pakar atau dalam perkara mengenai bos anda yang tidak ada kena-mengena dengan urusan kerja.
  • Lebih selamat menggunakan teknik yang lembut, yang dianggap sopan seperti memuji dengan bahasa badan, antaranya mengangguk-angguk, ketawa, senyum, dan sebagainya.
  • Boleh juga memuji bos anda dibelakangnya, mudah-mudahan orang yang mendengar itu akan menyampaikan kepada bos anda. Cara itu lebih sopan dan tidak keterlaluan menunjuk-nunjuk.



Begitulah teknik-teknik memuji yang dapat kita sama-sama pelajari dan kongsi. Memuji pun kena ada cara tau. Bukan boleh main hentam sahaja. Kang tak pasal-pasal terkena batang hidung sendiri. Malu tau..... Eeeee.... tak mahu la....

Ok lah, kita pun dah tahu teknik-teknik memuji dengan betul. So, sampai di sini dahulu coretan saya. Ada masa dan ketika, saya akan menulis lagi. Assalamualaikum...

sumber : mingguan wanita

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Cara merawat penyakit GERD dengan kaedah semulajadi

Sakit telinga - Mari kita kenali punca dan rawatan yang sesuai

Tanda-tanda sakit jantung serta senaman yang dapat mengurangkan gejalanya.