Bahaya penggunaan kasut tumit tinggi kepada kesihatan wanita

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Hari ini hujan turun dengan mencurah-curah sejak awal pagi lagi. Suasana sejuk dan mendamaikan di rumah ibu bapa saya. Harapan saya anda semua sihat sejahtera hendaknya. Sekarang musim demam, batuk dan selsema. Banyakkan minum air kosong ye walaupun hati meronta-ronta hendak minum air berais dan manis. Bimbang lepas raya lain pula jadinya.

Hari ini saya ingin mengetengahkan topik yang berkaitan dengan wanita. Sebagai seorang wanita, kita sentiasa mahu dilihat cantik, elok, kemas dan bergaya. Adakalanya sampai membahayakan nyawa pun ada. Isk... Isk... Isk.... Tidak boleh sampai macam tu sekali sebenarnya.




Anda penggemar kasut tumit tinggi atau nama lain dia stilletto? Dulu saya akui, sangat meminati stilletto yang kaler merah cili. Bila terpandang stilletto di pasaraya, saya akan berhenti untuk membelek-belek serta menyarungkannya di kaki saya. Hahahahhh.... Teringin giler kot masa tu tetapi kewangan terbatas, jadi hanya mampu menjadi pemerhati sahajalah.Tambahan pula kaki saya jenis B iaitu kembang di bahagian hadapan, tidak sesuai kot. Boleh sakit adalah. Hihihihihihih...

Penggunaan kasut tumit tinggi akan membuatkan pinggul anda miring ke dapan dan akan menambah lengkungan pada tulang belakang. Ini memaksa tulang belakang untuk condong ke belakang kerana menyokong keseimbangan kita. Ini akan menyebabkan pemampatan pada punggung di bahagian bawah.

Kita semua sedia maklum bahawa perkembangan manusia dalam memulakan langkah pertama adalah menggunakan kedua belah kaki. Dari situ kaki kita akan berubah menjadi penyerap kepada hentakan dan menyokong berat badan dan juga daya yan dikenakan ke atasnya. Apabila kita memakai kasuit tumit tinggi, pergerakkan kaki kita telah terkunci. Ia juga dikenali sebagai gaya jalan bertumit tinggi yang mana telah menyebabkan peningkatan tekanan 30 peratus terhadap bahagian tapak kaki hadapan. Ianya menyebabkan tekanan keretakan dan 'bunion'.

Bunion (juga dikenali sebagai 'hallu valgus' atau 'hallux abductor valgus) adalah sebuah benjolan di sisi sendi tulang ibu jari kaki.






Mengikut kajian yang di jalankan oleh College of Podiatry, terdapat 10 senarai masalah kaki yang dialami wanita yang gemar kasut tumit tinggi iaitu :

1. Lepuh - sebanyak 55 peratus

2. Rekahan tumit - sebanyak 45 peratus

3. Veruccas - sebanyak 28 peratus. (sejenis ketuat yang disebabkan oleh 'human papilloma virus'(HPV), yang berlaku pada tapak kaki ataupun jari-jemari kaki.

4. Kematu (kulit yang menebal, menimbulkan kesakitan) - sebanyak 24 peratus

5. Kuku mencengkam dan kutu air - sebanyak 20 peratus

6. Bunion (kecacatan bertulang pada pangkal ibu jari kaki yang besar) - sebanyak 13 peratus

7. Masalah sendi - sebanyak 11 peratus

8. Bau kaki yang keterlaluan - sebanyak 9 peratus

9. Artritis (keradangan menyakitkan dan kekakuan sendi) - sebanyak 8.8 peratus

10. Masalah otot - sebanyak 8 peratus


Banyak juga masalah bila kita menggunakan kasut tumit tinggi ye. Bila dapat tahu rasa gerun pula. Mujur lah kaki saya jenis yang tidak sesuai untuk menyarung stiletto. Kalau tidak, senarai di atas tu, mungkin saya akan alami nanti.





Sekarang kita tengok pula bahaya yang akan kita perolehi jika kerap memakai kasut tumit tinggi. Di antaranya ialah :

1. Postur yang dihasilkan ketika kita berjalan dengan kasut tumit tinggi, menambahkan paksaan pada bahagian belakang lutut iaitu kawasan umum osteoatritis di antara wanita.






2. Kasut tumit tinggi mendorong pusat massa pada tubuh ke depan, akan membuatkan tulang pinggul dan tulang belakang tidak sejajar lagi. Tubuh akan kelihatan melengkung.




3. Otot di bahagian betis akan berkontaksi dan menyesuaikan sudut dari kasut tumit tinggi akan menyebabkan otot menjadi lebih pendek dan tegang.

4. Tinggi tumit kasut dan bahagian depan yang sempit boleh menimbulkan penebalan jaringan saraf di antara jari ketiga dan keempat yang mana akan menimbulkan rasa sakit dan tiada rasa pada jari.

5. Kaki akan lebih mudah tercedera terutama sekali di bahagian buku lali.

6. Otot kaki dibahagian bawah tidak akan bekerja secara maksimum.

7. Peredaran darah akan menjadi tidak lancar dan akan terkumpul di beberapa tempat.

8. Otot akan lebih mudah tercedera dan akan berkumpul pada suatu tempat akibat aliran darah tidak lancar.

9. Tekanan pada jari kaki lebih besar sehingga jari kaki akan membengkok dan bentuknya tidak lagi seperti asalnya.

10. Pemakaian kasut tumit tinggi dapat mempengaruhi ketidaklancaran sistem urogenital iaitu sistem pembungan air besar dan kecil tidak tidak lancar dan susah.

11. Mempengaruhi tulang dan tubuh.

12. Kesuburan dan seksual akan terganggu.

Banyak juga bahaya penggunaan kasut tumit tinggi ni ye. Walaupun begitu, ianya tidak dapat dipisahkan dengan wanita. Sebaiknya, gunakan kasut tumit tinggi yang sesuai atau seperlunya sahaja. Seeloknya, penggunaan kasut tumit tinggi tidak melebihi 24 jam sehari.

Semakin tinggi tumit kasut tinggi anda, semakin anda berisiko untuk mencederakan kaki dan dapat mengubah bentuk kaki anda.

Jadi, kepada wanita di luar sana, berhati-hati semasa ingin menggunakan kasut tumit tinggi. Ia akan menggalakkan kecederaan tulang belakang dan tulang kaki. Bersederhana di dalam setiap apa yang kita buat dan pakai. Jangan lupa, beri kaki dan badan anda berehat dengan rehat yang secukupnya.

Sampai di sini dahulu coretan saya. Nanti kita bersua lagi ye. Tata..







Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Cara merawat penyakit GERD dengan kaedah semulajadi

Sakit telinga - Mari kita kenali punca dan rawatan yang sesuai

Tanda-tanda sakit jantung serta senaman yang dapat mengurangkan gejalanya.