Sabtu, 4 Julai 2015

Resepi asam pedas ikan pari johor mari

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Apa yang sedang anda lakukan sekarang? Saya baru sahaja sudah memasak di dapur. Menu untuk hari ini adalah asam pedas ikan pari johor, kelempung rendang asam, sambal telur dan yang paling best sekali ada air jus buah durian belanda. Yummy.......


Saya ambil resepi asam pedas ikan pari johor dari blog resepi bonda (http://resepibonda.com/resepi-ikan-pari-asam-pedas-johor/)  tetapi saya olah semula mengikut kesesuaian. Asam pedas ikan pari johor ni memang kegemaran suami saya. Jadi, bila dah jumpa ikan pari di pasar tadi memang tak lepas peluang la beli seekor.





Sekarang kita masuk ke bahagian resepi asam pedas ikan pari johor ye.

Bahan-bahan yang digunakan ialah :

1/2 kilo ikan pari

10 ke 15 biji cili kering (dikisar) - saya tambah cili merah 2 biji

2 ulas bawang merah

2 ulas bawang putih

sedikit belancan (dikisar)

1 batang serai (dititik)

1 batang bunga kantan ( tadi tak ada jadi saya tak masukkan)

sedikit daun kesum

1 sudu lada hitam (ditumbuk) - saya tak masukkan pun

1 sudu jintan manis (ditumbuk) - saya masukkan sedikit sahaja, ikut kesesuaian

1 mangkuk ai asam jawa - saya cuma masukkan 1/2 mangkuk sahaja

garam, gula dan perasa

minyak untuk menumis

bendi dan tomato - yang ini memang saya suka-suka masukkan

Bahan-bahan dah siap saya coretkan. Sekarang kita masuk ke bahagian cara untuk memasak asam pedas ikan pari johor. Senang je hendak buat. Saya dah buat tiga kali dah. Tetapi belum boleh masuk kategori terer lagi la. Kena belajar lagi.... Hihiihihihihii...... Jangan duk merepek la, terus ke cara nak memasak ye.


Cara memasak asam pedas ikan pari johor :

1. Cili kering hendaklah direndam di dalam air panas selama 10 ke 15 minit, kemudian dibersihkn dan dikisar. ( saya guna pes cili yang memang sudah siap sedia saya buat. So, step ni saya boleh tinggal)


2. Kemudian kisar pula bawang merah, bawang putih dan belacan. Panas minyak dan tumis bawang merah yang dikisar bersama bawang putih dan belacan kacau sehingga bawang kekuningan.


3. Masukkan cili yang telah dikisar. Kacaukan sebentar, masukkan serai, lada hitam dan jintan manis, biarkan sehingga pecah minyak.

- Cara saya ialah, saya blend pes cili yang memang dah dicampur dengan bawang merah dan putih dengan cili merah sekali dan masukkan belacan. Selesai blend, saya masukkan jintan putih. Kemudian saya panaskan minyak dalam kuali dan masukkan bahan-bahan yang dikisar tadi. Biarkan sehingga pecah minyak.

Ini cara saya buat, terpulang kepada anda hendak ikut cara yang mana satu. Yang penting sedap dan menyelerakan.


4. Setelah pecah minyak, bolehlah di masukkan air asam jawa. Biarkan sehingga mendidih kemudian boleh lah di masukkan ikan pari, bunga kantan dan daun kesum.


5.Akhir sekali perasakan dengan garam, sedikit gula dan serbuk perasa mengikut selera masing-masing. (saya masukkan bendi)


6. Biarkan sebentar sehingga kuah agak pekat. Masak sehingga ikan pari masak. (saya masukkan tomato last sekali)

Ada yang saya ubahsuai mengikut citarasa saya sendiri. Saya sesuaikan dengan keadaan dan benda yang sedia ada di dapur.



pari-asam-pedas

Best tak.......

Abaikan gambar yang saya sisipkan sekali tu ye. Gambar saya tak ada bunga kantan. Hahahhahhaha....


Opsss.... sudah hampir masa untuk menghidang makanan. Sampai di sini dahulu coretan saya. Ada masa saya kongsikan lagi ye...

Assalamualaikum.....

Tiada ulasan: