8 tip untuk mengelakkan perasaan mengantuk menghantui diri anda.

Julai 03, 2015

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Bertemu lagi kita pada hari yang indah dan damai ini. Alhamdulillah, mood menulis dan idea yang mencurah-curah mendorong saya untuk melakarkan coretan. Pada hari ini saya ingin berkongsi artikel tentang mengantuk dan kurang fokus. Bila sudah mengantuk sudah semestinya kita akan kurang fokus.

Saya pun mudah mengantuk sekarang. Jadi saya harus mencari bagaimana cara untuk menghilangkan perasaan mengantuk dan lebih fokus pada kerja dan rumahtangga. Banyak masa akan terbuang jika kita kerap sangat mengantuk. Adakala boleh menyebabkan kehilangan nyawa juga la disebabkan kecuaian.

Di sini saya kongsikan tip-tip yang dapat menghilangkan perasaan mengantuk dan menggalakkan fokus.

1. Dapatkan tidur yang cukup. Berapa jam? 5 jam semalam sudah memadai - dari jam 12.30 tengah malam sehingga 5.30 pagi. Tetapi anda sering tidur sehingga 8 jam. Ini bermakna anda telah kerugian selama 3 jam sehari iaitu bersamaan dengan 1/8 hari. Jika anda berusia 24 tahun ini bermakna anda telah kerugian selama 3 tahun. Fuhh.... lama tu.....


2. Jika anda terlalu letih dan memerlukan penumpuan disebelah petang, tidurlah 30 - 45 minit sebelum waktu zohor (tidur Qailullah - ini sunnah Rasulullah SAW). 1 jam tidur Qailullah menyamai 3 jam tidur di waktu malam.


3. Bila anda belajar atau bekerja, anda mesti bersedia melakukan 2 kerja :

a) Kerja utama

b) Kerja sokongan yang aktif.

Sebaik anda mula mengantuk, terus lakukan kerja sokongan iaitu :

a) Mencari rujukan

b) Menyusun fail atau data

c) Bangun dan berkomunikasi sebentar dengan kawan atau rakan sekerja.

d) Mencari bahan dari internet.


4. Lakukan aktiviti yang memerlukan pergerakkan seperti :

a-  Melakukan kerja sambil berdiri atau berjalan.

b-  Melihat permandangan hijau yang saujana melalui tingkap atau keluar bangunan.

c-  Mengemas bilik pejabat atau meja belajar.


5. Buat secawan kopi panas.


6. Berwuduk dengan memasang niat untuk menghalau syaitan.


7. Membaca akhbar (jangan lebih dari 10 minit)


8. Buat senaman setempat untuk meregangkan otot-otot yang letih seperti :

a-  Meramas dan menggerakkan jari kaki dan tangan.

b-  Menggerakkan bahu dan leher

c-  Meregangkan lengan


Tip-tip yang kita boleh gunakan untuk mengurangkan perasaan mengantuk. Tetapi yang paling utama ialah tanamkan motivasi yang tinggi untuk menyiapkan kerja anda dengan pencapaian yang paling cemerlang. Anda hendaklah mengejar masa yang ada. Seolah-olah anda tiada masa untuk berpaling ke kiri dan ke kanan. Lakukan banyak perkara dalam masa yang singkat.


Selain itu, hendaklah kita menggelakkan dari makanan seperti:

1. Makanan pagi yang berat iaitu nasi (makanan ini sesuai jika anda hendak bekerja keras seperti ke sawah atau ke ladang.

2. Nasi pulut.

3. Makanan tengahari yang berat.



Makanan waktu pagi yang tidak menyebabkan mengantuk adalah ;

1. Bijirin yang mudah hadam dan memberi banyak tenaga.

2. Fresh orange

3. Buah-buahan

4.Air mineral

5. Susu yang memberi anda tenaga


Jika anda masih mengantuk? Itulah kelemahan makhluk manusia berbanding malaikat yang tidak pernah mengantuk dari mencatat setiap detik kebajikan dan dosa yang kita lakukan. Malaikat juga tidak pernah mengantuk dan letih dalam menarik matahari dan bulan mengikut orbit peredarannya.


Sampaikan malaikat juga tidak pernah mengantuk dari menggerakkan bulu mata kita ketika ada serangga yang terbang ke arahnya atau mengantuk ketika menggerakkan jantung dan darah kita ke segenap sel di tubuh badan.

Itulah dia sedikit sebanyak tentang topik kali ini. Kredit diberikan kepada blog Motivasi Hji Muhammad Zakaria. Semoga mendapat sedikit manfaat untuk diri kita.

Saya juga ingin share video ini khas untuk anda. Diharap anda sudi menontonnya. Jika ada pertanyaan boleh call atau sms 0109690399. Whatapps saya ada masalah sikit. Bila dah ok, saya bagitahu ye.




Ubat Tahan Mengantuk Tanpa Dadah: Cergas Sokmo! from iReach HD on Vimeo.

You Might Also Like

0 ulasan