8 tip untuk memperolehi bilik tidur yang selesa

Julai 08, 2015

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Di harap anda semua sihat sejahtera hendaknya. Cuaca di sini hujan dan besertakan dengan ribut. Walaupun tidak hujan seharian, sudah cukup untuk menyejukkan bumi dan diri. Mengantuk pun apa lagi, mula la hendak menyerang. Harus kuatkan semangat.

Kali ini saya akan bawakan info yang saya rasa amat sesuai untuk anda. Sebagaimana yang kita tahu, bilik tidur adalah bilik privacy bagi kita. Kalau boleh tidak mahu ada orang tahu ataupun ganggu. Di situ ada bermacam-macam benda yang kita masukkan. So, sekarang mari kita lihat apa yang perlu kita lakukan.





Bilik tidur menjadi ruang rehat penghuni rumah dan seharusnya bilik tidur di tata kemas agar dapat memberikan keselesaan. Janganlah pula ruang ini dibiarkan tidak teratur kerana ianya akan menjejaskan mood dan kerehatan penghuninya. Mana mungkin kita dapat berehat jika bilik tidur berselerak.


Bagi memastikan bilik tidur anda selesa dan dapat mendatangkan mood yang baik, jom kita ikuti tip-tip berikut:


1-  Elakkan banyak penggunaan komponen eletrik

Jika terlalu banyak peralatan elektrik, ia akan menyebabkan ruang bilik tidur menjadi panas. Malahan juga akan membahayakan sekiranya anda terlupa menutup suis salah satu daripadanya. Peralatan eletrik yang banyak juga akan membuatkan ruang bilik tidur kelihatan sesak. Oleh itu, kurangkanlah penggunaannya dan dalam masa yang sama kita dapat jimatkan elektrik.



2-  Buka tingkap

Buka tingkap di dalam bilik tidur anda sekerap yang mungkin untuk pengudaraan yang baik. Sekiranya tingkap selalu ditutup, kemungkinan besar udara tidak dapat keluar dan masuk dan akan menyebabkan ruang bilik tidur kita berbau. Tingkap yang selalu dibuka akan dapat memastikan bilik tidur kita sentiasa mendapat udara yang segar.





3. Kedudukan katil sentiasa mengadap pintu

Pastikan kedudukan katil anda sentiasa mengadap pintu agar sebarang kejadian yang tidak diingini berlaku, anda sudah tahu kedudukan pintu. Kaum cina percaya bahawa katil yang membelakangkan pintu akan membawa perkara yang buruk.



4. Bantal tidur yang baik

Anda pastinya memerlukan bantal yang selesa agar dapat tidur dengan lena. Ini adalah kerana, apabila anda tidur kepala anda memerlukan sokongan yang baik dan perlindungan yang sama seperti belakang anda yang memerlukan sokongan apabila duduk atas kerusi untuk tempoh masa yang panjang.





5. Pilih katil yang besar

Sekiranya anda tidur dengan pasangan, perkara utama yang harus di beri perhatian ialah saiz katil. Bagi mendapatkan keselesaan yang maksimum, pilihlah katil yang sesuai dengan tubuh badan sama ada katil saiz 'queen' atau 'king'. Kemudian letakkan katil dalam ruang yang luas supaya kedua-duanya mempunyai ruang untuk bergerak kiri atau kanan.

Jangan sesekali meletakkan katil anda rapat dengan dinding kerana ia akan membuatkan pasangan yang tidur disebelah dinding menghadapi kesukaran untuk bergerak. Lagipun, katil yang dirapatkan ke dinding akan menyebabkan ruang menjadi sempit.



6. Lampu bilik tidur yang sesuai


Penggunaan lampu yang sesuai dapat menghasilkan suasana yang anda ingini. Bagi mendapatkan kerehatan yang maksimum, gunakan lampu dengan cahaya yang redup. Boleh juga menggunakan lampu yang boleh diselaraskan cahayanya. Pastikan anda turut memilih mentol yang menjimatkan tenaga. Jangan pula gunakan lampu dalam kuantiti yang terlalu banyak untuk mengelakkan suasana menjadi panas.





7. Pilih meja sisi sepadan dengan katil


Meja sisi yang diletakkan berhampiran dengan katil juga mempunyai fungsinya tersendiri. Namun perlu diingat, tidak semua meja sisi sesuai untuk diletakkan di sisi katil. Pastikan meja sisi tidak mempunyai bucu yang tajam kerana ia akan membahayakan anda ketika tidur. Sebaliknya, pilihlah meja sisi yang mempunyai bucu yang bulat.





8. Jangan simpan barang di bawah katil


Pastikan katil anda berada pada ketinggian yang sesuai dan elakkan dari menyimpan barang-barang di bawah katil. Selain ia mencacatkan pandangan, ia juga akan mengumpulkan habuk.

Anda juga pastinya susah untuk membersihkannya memandangkan bawah katil anda penuh dengan barang-barang. Lagipun, ia akan mendatangkan minat kepada seranga-seranga kecil untuk bersarang di situ.




Begitulah tip-tip yang dapat saya kongsikan kepada anda. Supaya anda dapat lelapkan mata dengan selesa dan mimpi-mimpi yang indah sahaja. Sampai di sini dahulu coretan saya. Ada masa saya kongsikan lagi.


Sumber: mingguan wanita

You Might Also Like

0 ulasan