8 tip pemakanan yang sesuai untuk ibu hamil sewaktu alahan melanda

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Di harap anda semua sihat-sihat hendaknya. Keseronokkan beraya masih lagi menghantui... Bagaimana hendak mulakan kerja yer.... Hihihihihihi... Kalau dapat cuti sebulan kan seronok? Boleh raya sakan.... Kang tak pasal-pasal budjet lari pulak.... Haru la nanti...

Ok la, sekarang kita masuk ke agenda utama untuk hari ini. Kebanyakkan ibu-ibu hamil akan mengalami alahan. Sama ada teruk atau sederhana. Saya jarang mengalami alahan kecuali mengandung kali ini, saya tak ada selera makan sangat. Kalau nak makan pun, yang betul-betul berkenan sahaja. Alahan yang di alami ketika hamil menyebabkan selera makan hilang. Biarpun begitu makanan tetap perlu dijamah demi kelangsungan kehamilan.





Secara amnya, alahan dalam jangkamasa pendek tidak akan menjejaskan kesihatan anda dan bayi dalam kandungan. Namun, jika alahan yang dialami terlalu teruk sehingga apa yang dimakan akan dimuntahkan semula, bayi berkemungkinan kurang mendapat zat pemakanan yang tentu sahaja sangat diperlukan untuk perkembangannya.





Sementara itu, alahan yang di alami juga akan menjejaskan tahap kesihatan ibu hamil. Anda mungkin mengalami dehidrasi yang biasanya menyebabkan rasa pening, dahaga dan anda membuang air kecil dalam jumlah yang sedikit. Perlu diingatkan bahawa jika anda mengalami simptom-simptom sebegini, segera dapatkan pemeriksaan dan rawatan lanjut.

Ada lapan tip untuk amalan pemakanan yang sihat untuk ibu-ibu hamil yang mengalami alahan. Anda boleh jadikan sebagai panduan ataupun rujukan. Tip-tipnya adalah:


1.   Makan mengikut kumpulan piramid makanan ; protein, karbohidrat, lemak, vitamin, mineral dan air yang mencukupi. Makan dalam jumlah yang sedikit dan terkawal. Makan enam kali sehari tapi dalam jumlah sedikit adalah lebih elok berbanding makan dengan banyak, tiga kali sehari. Amalan ini berupaya membekalkan zat pemakanan untuk pembesaran bayi dalam kandungan.



2.   Makanan berkhasiat dengan serat tinggi penting diambil kerana dapat membantu anda berasa kenyang untuk tempoh masa yang lebih panjang. Namun, jangan ambil berlebihan. Jika terlebih serat, ia akan menyebabkan masalah kembung dan lebihan angin dalam badan.




3.   Selepas bangun pada waktu awal, makan biskut tawar (cracker). Ia akan membantu menyerap asid perut dan menyimpan tahap gula dalam darah daripada menjadi terlalu rendah. Selepas itu, rehat selama 15 minit terlebih dahulu sebelum bangun daripada katil.




4.   Biasakan diri untuk kerap untuk mengambil snek yang berkhasiat seperti buah-buahan segar, buah-buahan kering, biskut, yogurt dan lain-lain di antara waktu makan utama. Makanlah apa sahaja yang anda ingini asalkan ia berkhasiat tetapi elak daripada mengambil makanan pedas, berlemak dan bergoreng dalam jumlah keterlaluan.





5.   Makan makanan yang sudah sejuk berbanding makanan panas kerana biasanya makanan sebegini kurang mempunyai bau yang tanpa disedari boleh menyebabkan anda loya.


6.   Minum air sekurang-kurangnya dua liter sehari untuk menggantikan cecair yang hilang. Anda boleh lakukannya dengan meminum segelas air bagi setiap jam. Elakkan minum sejumlah air yang banyak semasa makan ataupun sebelum dan selepas makan

.



7.   Legakan perut dengan mengambil makanan yang mengandungi halia. Pengambilan air halia juga boleh mengurangkan rasa mual.





8.   Jangan tidur dalam keadaan lapar. Ambil kudapan seperti roti atau biskut. Langkah ini merupakan salah satu cara yang dapat mengatasi rasa loya atau muntah.






Bagus tip-tip ni. Boleh diamalkan oleh sesiapa yang megalami alahan. Kalau pun tidak dapat ikuti semua, sekurang-kurangnya ada juga penyelesaiannya. Yang penting ibu-ibu hamil mesti makan. Tak banyak pun tak apa, sekurang-kurangnya kerap.

Sampai di sini dahulu coretan saya. Lupa pulak, saya sertakan video untuk tatapan anda semua. Semoga memberi manfaat. Assalamualaikum



          Sumber: mingguan wanita

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Cara merawat penyakit GERD dengan kaedah semulajadi

Sakit telinga - Mari kita kenali punca dan rawatan yang sesuai

Tanda-tanda sakit jantung serta senaman yang dapat mengurangkan gejalanya.