8 tip panduan mengatur kewangan keluarga anda

Julai 10, 2015

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Diharap anda semua beroleh kebahagiaan dan kesihatan yang baik. Seronok juga membaca buku Rich Dad Poor Dad. Walaupun baru baca dua muka surat, keterujaan itu mengatasi segalanya. Pelbagai ilmu baru yang dapat saya pelajari dan kongsikan.




Seperti mana dengan tajuk di atas, masalah di dalam mengatur kewangan adalah perkara yang lumrah dihadapi setiap keluarga , terutama pada tahun-tahun awal sebuah keluarga menjalani kehidupan berumah tangga. Apatah lagi apabila menerima kehadiran anak pertama yang secara automatiknya akan membuatkan tingkat pengeluaran menjadi bertambah.




Ramai juga orang yang beranggapan bahawa kunci daripada masalah kewangan yang terjadi dalam setiap keluarga adalah faktor daripada jumlah pendapatan keluarga tersebut. Hakikatnya ialah bahawa kunci utama daripada masalah kewangan adalah daripada sikap keluarga tersebut dalam menggunakan anggaran yang dimiliki. Apakah mungkin anda juga termasuk di dalam senarai yang tersebut di atas?


Berikut ini adalah beberapa panduan yang boleh anda ikuti di dalam mengatur kewangan keluarga:


1. Memahami portfolio kewangan keluarga

Anda seharusnya mengetahui dan menghitung segala pembiayaan rutin harian seperti bil utiliti, petrol, insurans, perubatan dan sebagainya.



2. Menyusun rancangan kewangan atau anggaran

Anda harus merancang pengeluaran yang realistik yang mana ianya akan membuatkan anda bersikap lebih objektif ketika berlaku satu pengeluaran yang terlalu tinggi. Dengan adanya perancangan kewangan, anda akan tahu batasan apabila berbelanja yang wajar untuk pembelian tersebut.





3. Di antara keperluan dan kehendak

Ramai yang gagal untuk memahami apa yang sebenarnya mereka perlukan dan apa yang sebenarnya sekadar keinginan. Perkara ini seringkali menyebabkan berlakunya pemborosan ketika berbelanja dengan lebih banyak membeli barangan yang diingini berbanding yang sebenarnya diperlukan. Anda haruslah berfikir dengan baik, tuliskan dan asingkan kedua-dua perkara tersebut bagi memudahkan anda mengawal pengeluaran anda.





4. Cuba elakkan hutang

Di dalam dunia yang serba moden, kemudahan untuk akses kepada memiliki barangan yang boleh dibeli dengan kad kredit atau secara ansuran, telah memberi dorongan yang tinggi untuk berhutang. Cubalah belajar hidup dengan kebiasaan kewangan yang lebih sihat dengan meminimumkan hutang.





5. Minimumkan pengeluaran tatkala berbelanja

Apabila bertemu dengan rakan-rakan untuk bersosial memang sangat menyenangkan tetapi itu bukan beerti anda harus melakukan aktiviti tersebut aetiap hari. Anda harus bijak berbelanja di dalam penggunaan dana untuk keperluan seperti ini. Anda boleh juga menggunakan pengeluaran ini untuk menabung atau sebagai persiapan dana ketika berlakunya pengeluaran yang tidak di duga.



6. Tetapkan sasaran kewangan

Anda harus menyusun sasaran kewangan yang anda dan pasangan anda perolehi secara berkala. Anda juga mesti menetapkan tujuannya dengan spesifik, terukur, realistik dalam tempoh waktu tertentu. Ini akan membantu anda mengatur kewangan anda.


7. Anda harus menabung, menabung, menabung

Anda harus mengubah tanggapan bahawa menabung hanya apabila ada lebihan wang sahaja. Sebaiknya apabila anda memperolehi pendapatan, sisihkanlah sesuai dengan perancangan kewangan anda jumlah wang yang harus ditabung. Buatlah menabung sebagai amalan yang wajib.




8. Cuba melabur

Apabila anda mempunyai cita-cita kewangan yang cukup tinggi, maka ia membantu anda untuk mulai memikirkan juga untuk melaburkan pada aset-aset yang nilainya akan terus berkembang. Jika anda memang takut untuk mengambil keputusan, dapatkan nasihat dengan perunding kewangan.






Begitulah tip-tip yang kita boleh gunakan untuk merancang kewangan keluarga kita. Harus bermula dengan dari sekarang kerana kita tidak akan tahu apa akan jadi pada hari esok. Banyakkan membaca buku-buku yang banyak menceritakan tentang perancangan kewangan. Sedikit sebanyak akan menambahkan ilmu dan pengetahuan.





Sampai di sini dahulu coretan saya. Ada masa saya coretkan lagi ye....

Sumber: mingguan wanita

You Might Also Like

0 ulasan