7 tip cara pernafasan yang pengaruhi kesihatan anda

Julai 27, 2015

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Bertemu kembali setelah menyepi. Banyak keerja-kerja yang perlu dihabiskan sebelum memulakan penulisan. Jika tidak terbengkalai pula. Huhuhuhuhu.... Hari ini cuaca alhamdulillah indah dan permai.

Hari ini saya ingin berkongsi dengan anda semua mengenai cara pernafasan juga dapat mempengaruhi kesihatan tubuh badan. Pernafasan bukan sekadar menghirup oksigen masuk ke dalam tubuh untuk terus hidup tapi punya makna yang lebih daripada itu. Pernafasan sebenarnya turut mempengaruhi kesihatan tubuh badan anda sekiranya ia di lakukan dengan betul.





Ia mampu menarik tenaga positif masuk ke dalam tubuh hingga memberi kesan kepada kecergasan dan juga aspek mental tubuh. Sekiranya anda masih belum mengetahui cara pernafasan yang betul, berikut diberikan panduannya :

1. Kosongkan fikiran

Fikiran yang bercelaru tidak akan memberi hasil yang berkesan. Oleh itu sebelum memulakan latihan pernafasan, kosongkan dan tenangkan fikiran. Bayangkan anda memasukkan tenaga ke dalam tubuh dan mengeluarkan semua unsur negatifyang tidak berguna dari tubuh.

Bayangkan anda memasukkan tenaga positif yang sejuk dan pada masa yang sama mengeluarkan semua amarah anda. Minda sentiasa mempengaruhi segala tindakan kita. Oleh itu, pernafasan yang betul bermula dari pengawalan minda anda.






2. Posisi selesa

Pastikan posisi tubuh anda selesa sewaktu melakukan latihan pernafasan. Bagi memastikan ia berjalan lancar, besarkan sedikit perut anda ketika menarik nafas dan kecilkan perut ketika menghembus nafas (Bernafas cara bayi).

Selepas nafas ditarik dalam-dalam, lepaskannya dengan perlahan. Sewaktu melakukan latihan ini pastikan anda mendapat keselesaan yang cukup untuk bernafas. Maksudnya, kedudukan serta persekitaran anda sesuai.


3. Duduk bersila

Kedudukan seperti senaman yoga dengan kedua tangan diletakkan di atas lutut dan posisi terbuka iaitu telapak tangan ke atas. Jika anda perasan, sebahagian urat-urat dan otot anda akan mula kendur.

Waktu ini penting bagi anda untuk memfokuskan fikiran kepada latihan pernafasan. Bayangkan sebiji bola cahaya putih yang terang berada betul-betul di atas kepala anda. Tariklah nafas anda perlahan-lahan sambil membayangkan cahaya itu memasuki kepala anda sehingga ke bahagian abdomen anda.

Tahan nafas selama yang boleh sambil membayangkan anda turut menahan cahaya tersebut di dalam tubuh anda. Kemudian lepaskan perlahan-lahan sambil membayangkan cahaya itu keluar dari tubuh.





4. Sambil berdiri

Berdiri di tempat terbuka paling elok di padang yang hijau yang bersih udara persekitarannya. Namun sebelum itu pastikan anda memakai pakaian yang sesuai. Letakkan kedua-dua tangan anda terbuka ke depan.

Lakukan pernafasan dengan membayangkan udara masuk melalui ubun-ubun dan kedua tapak tangan anda. Rasakan udara memenuhi keseluruhan tubuh anda melalui setiap pusat cakra anda. Kemudian keluarkan nafas perlahan-lahan. Rasakan pernafasan anda lebih lancar selepas latihan ini.






5. Amalkan buah-buahan

Memakan buah-buahan segar akan membantu menyegarkan pernafasan. Keadaan ini akan membuatkan anda lebih yakin bila bertemu dengan orang ramai. Anda tidak perlu risau lagi tentang bau nafas yang busuk.

Selain mempengaruhi pernafasan, enzim yang terdapat dalam buah-buahan juga akan turut membantu mencernakan bahan-bahan buangan dalam tubuh menjadikan tubuh bersih dan proses pembuangan lancar.





6. Air suam

Sekiranya anda suka mengamalkan minuman sejuk dan bergas sebaiknya hentikan. Sebagai ganti ambillah ir suam. Amalan minum air suam bukan sahaja baik untuk kesihatan tapi juga baik untuk membuka ruang kepada kelancaran sistem pernafasan.

Selepas mengamalkan latihan pernafasan, berehatlah sambil minum sekurang-kurangnya tiga dan seelok-eloknya lapan gelas sehari bagi membantu pernafasan.






7. Berehatlah

Seharian menghabiskan masa di pejabat bekerja memang meletihkan. Bagi mereka yang aktif di tempat kerja, pernafasan yang baik cukup diperlukan. Namun, seperti tubuh, sistem pernafasan anda turut memerlukan rehat yang cukup.

Tidur dengan teknik yang betul merupakan kaedah yang baik untuk merehatkan sistem pernafasan anda. Jangan tidur secara meniarap kerana ia boleh menghalang pernafasan anda dengan lancar.

Bagus juga ye, jika kita tahu teknik-teknik pernafasan yang betul. Dapat merehatkan minda dan membuang unsur-unsur negatif di dalam pemikiran kita. Sebab itu kita perlu tahu teknik-teknik bernafas dengan betul. Posisi juga haruslah sesuai. Jangan main hentam sahaja. Nanti lain pula jadinya.

Di sini saya kongsikan video cara-cara pernafasan yang betul. Semoga anda mendapat manfaat darinya.




Sampai di sini dahulu perkongsian saya. Ada masa saya menulis lagi artikel-artikel yang lain pula. Assalamualaikum......

Sumber : mingguan wanita

You Might Also Like

0 ulasan