Selasa, 7 Julai 2015

10 tip untuk kembalikan tenaga yang hilang pada wanita

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Di harap anda semua sihat sejahtera dan ceria-ceria selalu. Pada waktu ini baru saya berkesempatan untuk menulis. Tulisan saya pada kali ini berkisarkan tentang kesihatan. Penting tau kesihatan pada diri kita. Sebab tu harus tahu atau mencari ilmu mengenainya.

Seperti mana tajuk di atas, pertambahan usia akan membuatkan wanita lebih cepat berasa penat dan tidak bertenaga. Namun, itu tidak beerti anda harus terus hidup di dalam keadaan sebegini sehingga ke akhir usia. Masih terdapat beberapa cara untuk anda mengembalikan tenaga yang semakin surut.







Antara yang boleh anda lakukan adalah dengan mempraktikkan beberapa tip tersebut iaitu :



1. Mulakan dengan sarapan yang berkhasiat.

Di antara penyebab utama anda rasa seperti kehabisan tenaga adalah kerana amalan pemakanan yang tidak baik. Salah satunya adalah dengan meninggalkan sarapan pagi. Sebenarnya, sarapan sangat penting untuk memberi bekalan tenaga yang mencukupi untuk sepanjang hari.

Di antara menu yang dicadangkan adalah seperti telur separuh masak, roti bakar, jus oren atau buah-buahan segar. Ketiga-tiga menu tersebut mengandungi protein dan karbohidrat yang membekalkan gula dalam tubuh.

Sementara protein pula bertindak sebagai sumber tenaga yang berpanjangan dan juga mengawal kadar gula dalam sistem koordinasi tubuh badan. Buah-buahan pula membekalkan antibodi untuk melindungi tubuh dari sebarang penyakit.






2. Melakukan diet yang seimbang

Diet yang ketat akan membuatkan tubuh badan kehilangan banyak zat yang diperlukan dalam membekalkan tenaga. Ramai orang dikalangan kita masih tidak memahami apa sebenarnya diet.

Diet bukanlah menahan diri dari makan dan berlapar sepanjang hari tetapi sebaliknya bermaksud mengambil makanan yang seimbang setiap hari agar tahap metabolisme dalam badan meningkat.

Di sini saya sertakan menu yang mungkin boleh dijadikan panduan:

a)  Sarapan - sebiji telur rebus dan sekeping roti bakar. Kedua-dua makanan ini mengandungi 2mg zat besi. Pengambilan bersama jus oren yang mengandungi vitamin C akan membantu penyerapan zat besi di dalam tubuh.


b)  Tengah hari - Ikan ataupun ayam beserta sayur-sayuran dan juga sedikit nasi.


c)  Petang - Buah aprikot yang telah dikeringkan dalam pek yang kecil.


d)  Malam - Stik yang dipanggang bersama brokoli ataupun mi sup



3. Minum air kosong dengan kadar yang mencukupi

Hampir 90 peratus daripada kita kekurangan air dan akan menyebabkan tubuh berasa letih selain menjadi punca kepada sakit kepala, masalah pencernaan dan juga ketidakstabilan emosi. Air juga dapat meningkatkan daya tumpuan dan pemahaman. Sebab itulah kita harus mengamalkan meminum sekurang-kurangnya lapan gelas air kosong setiap hari.







4. Melakukan senaman yang rutin

Senaman secara rutin dapat membantu mengekalkan stamina. Ia membantu anda berasa lebih cergas sehari-hari. Selain itu juga, senaman seperti yoga dapat membantu untuk melepaskan tekanan.

Antara yang boleh dicuba ialah, dengan cara menarik nafas dan melepaskannya dengan cepat tanpa henti melalui hidung. Kemudian lihat kepantasan jantung anda. Berkemungkinan anda akan mengalami sedikit sakit kepala tetapi jangan bimbang.

Proses ini sebenarnya akan meredakan tekanan gelombang alfa di dalam otak dan menambahkan lagi oksigen di dalam darah. Keadaan ini akan membuatkan mental anda lebih cergas.





5. Pengambilan makanan yang banyak folat


Makanan yang kaya dengan folat akan dapat membantu membekalkan tenaga dan menghasilkan mood yang lebih ceria dan anda juga akan lebih cergas. Jika seseorang itu kekurangan kadar folat di dalam tubuh, dia akan murung dan tidak bermaya.

Pakar pemakanan percaya bahawa nutrien mampu mempengaruhi kestabilan emosi. Makanan yang mengandungi folat adalah seperti sayuran hijau kekacang, bijirin dan jus oren. Selain itu juga, makanan yang kaya dengan folat sangat sesuai untuk orang berdiet.





6. Pengambilan snek ringan


Anda juga oleh menggantikan makanan ruji dengan snek ringan yang mempunyai kandungan zat yang hampir sama seperti roti, kacang dan apa juga makanan yang anda ambil antara waktu makan.

Anda juga boleh mengambil salad buah-buahan bersama-sama yogurt, bijirin dan oat yang di makan bersama pisang ataupun sekadar biskut. Fungsinya adalah tetap sama iaitu membekalkan tenaga di dalam tubuh di samping mengawal kandungan gula dalam darah.


7. Pengaruh warna

Selain daripada pemakanan, faktor lain yang boleh memastikan kita cergas dan aktif sepanjang hari adalah melalui terapi warna. Oleh sebab itu, pilihlah pakaian daripada warna-warna ceria seperti merah, hijau, biru muda dan sebagainya. Jangan pula anda jadikan usia sebagai penghalang untuk anda mengenakan pakaian dari warna ini. Kita kena cuba dulu, padahal anda sebenarnya cukup serasi dengan warna-warna yang memberikan tenaga.







8. Aromaterapi


Kembalikan tenaga dengan menggunakan pati minyak aromaterapi. Pilih aroma yang sesuai bagi membangkitkan kembali mood anda. Pilihlah dari jenis sitrus kerana ia dapat mengembalikan semula tenaga yang telah hilang dan juga dapat memberikan kesegaran kepada tubuh.

Selain itu, haruman lavnderpula sangatlah sesuai untuk melegakan stress. Titiskan ke dalam tab mandi, semburkan pada bantal, menyalakan lilin dn pelbagai cara lagi yang boleh digunakan.





9. Lakukan uji minda


Dengan usia yang semakin bertambah menjadikan diri semakin pelupa. Namun begitu terdapat beberapa cara bagi memastikan fikiran anda sentiasa aktif, sihat dan kuat. Anda boleh menguji minda dengan cara seperti berikut:

-  Cuba sebutkan 20 perkataan yang bermula dengan huruf B dalam masa 30 saat.

-  Cuba cari perkataan lawan bagi perkataan-perkataan berikut dalam tempoh 30 saat ; Besar, lemah, gagal, gemuk, gembira, bersemangat, tenat, buka, dan cuai.

- Dalam masa seminit, cuba cari perkataan yang sama erti dengan perkataan-perkataan berikut: Ramah, bersih, cerah, sejut, hangat, takut, berat dan lain-lain.





10. Segarkan fikiran


Tanamkan keinginan untuk memberi tumpuan sepenuhnya kepada pekerjaan anda. Jika anda merasakan karier sebagai satu bebanan, ambil langkah untuk menghilangkan stress tersebut. Pergilah bercuti, manjakan diri di salun kecantikan ataupun lakukan sesuatu yang dapat menyegarkan kembali minda dan membuatkan anda rasa kembali bersemangat untuk bekerja dan meneruskan hari-hari berikutnya.





Itulah antara tip-tip yang dapat kita ikuti supaya badan serta minda kembali segar dan bersemangat seperti sediakala. Sampai di sini dahulu coretan saya. Akhir kata ada masa saya tuliskan lagi.


Sumber: Mingguan wanita



Tiada ulasan: