10 jenis makanan yang terbaik dan semulajadi untuk Milk Booster

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Di harap anda semua sihat sejahtera selalu. Bagaimana dengan persiapan untuk menyambut lebaran yang bakal menjelma? Sudah tentunya meriah bukan? Saya tidak ramai adik beradik. Jadi, kemeriahan tu kurang sikit la dari yang mempunyai adik beradik yang ramai. Apa-apa pun saya bersyukur sebab ada juga keluarga. Boleh ziarah-menziarahi nanti.

Wah! tak sabarnya hendak menunggu. Hihihihihihi.... Macam la saya larat sangatkan. Mesti saya larat sebab saya pengamal supplement semulajadi. Aktif je siap boleh naik turun tangga di tingkat tiga lagi. Hiihihihiih.... Ok lah, saya bukan hendak cerita tentang rumah ke, tingkat ke, saya cuma nak kongsi artikel tentang Milk Booster ni. Ramai ibu-ibu di luar sana sangat-sangat mencari info-info berkenaan dengan Milk Booster ini. Saya pun salah seorang dari mereka, tetapi itu dahulu. Sekarang saya dah tahu dah apa yang perlu saya lakukan.




Jom kita terjah apa dia jenis makanan yang menjadi Milk Booster untuk ibu-ibu menyusu di luar sana ye.


Lobak merah atau putih

Lobak sangat dipercayai di dalam membantu penghasilan susu ibu yang banyak. Tidak kira lobak putih atau pun merah. Caranya ialah dengan diparut lalu diperah airnya untuk diminum. Lobak putih boleh dijadikan sup manakala lobak merah boleh dijadikan hidangan salad yang berkhasiat. Rasa lobak putih memang akan membuatkan anda tidak akan tersenyum tetapi khasiat yang diperolehi tersangat bagus.





Bayam

Ada sesetengah ibu tidak mengambil bayam kerana terikut dengan cara orang-orang tua yang mengatakan bayam itu adalah makanan yang sejuk yang mana boleh memudharatkan ibu-ibu yang lepas bersalin dan boleh menyebabkan bayi kembung perut. Walaupun begitu, cuba dahulu di dalam kuantiti yang sedikit dan lihat kesannya.





Sawi

Sayur yang terkenal kerana kepahitannya. Selain mengandungi vitamin, sayur sawi juga mempunyai khasiat memperbanyakkan susu badan. Ibu-ibu yang mengandung juga amat digalakkan untuk mengambil sayur sawi di dalam diet harian kerana membantu di dalam masalah sembelit. Cubalah untuk mempelbagaikan resepi supaya menjadi kegemaran seisi keluarga.





Barli

Barli seperti mana yang kita ketahui banyak kegunaannya terutamanya untuk menyejukkan badan. Sekiranya demam, kita disarankan untuk meminum air barli. Selain itu juga, barli dapat menjadi milk booster juga. Untuk itu, anda hanya perlu memasak barli sehingga kembang dan menjadikannya sebagai minuman sama ada dihidangkan secara suam atau sejuk.





Durian

Ramai juga orang yang tidak mengetahui bahawa durian juga mampu menjadi milk booster. Ada sesetengah ibu akan mendapat susu yang melimpah ruah setelah memakan durian dan makanan berasas durian. Tetapi harus diingatkan supaya jangan makan durian terlalu banyak kerana akan menyebabkan suhu badan meningkat.






Anggur hitam

Penggunaan anggur hitam untuk milk booster jarang di amalkan. Namun ada sesetengah ibu menyusu mengakui bahawa anggur hitam boleh menjadi milk booster. Kepada yang belum mencuba, boleh la mencubanya. Mana tahukan meriah susu dik non.... Selain itu, boleh juga dicuba kismis hitam kerana kismis hitam dikeringkan daripada anggur hitam juga.





Oat

Bijirin yang sangat terkenal dalam penurunan kolestrol dalam darah. Selain itu juga ia menggalakkan susu badan dan melawaskan sistem pembuangan dan mengenyangkan juga. Oat boleh disudukan bersama milo ataupun susu. Oat juga dapat dinikmati dengan hidangan yang lazat dengan menambahkannya dengan madu atau buah-buahan segar.



Horlicks

Minuman yang sedikit sebanyak membantu di dalam penghasilan susu ibu, selain berkhasiat dan menambah tenaga sesuai dengan para ibu yang sentiasa cergas. Harganya juga boleh tahan mahal juga la. Kebiasaannya ia dijual dalam bentuk pek atau dibotolkan. Ada juga dijual di kedai-kedai makanan dalam bentuk bancuhan segera.



Keju

Keju adalah salah satu daripada produk tenusu yang sesuai untuk pelbagai kegunaan. Keju boleh diambil semasa bersarapan dengan roti. Boleh juga memasak keju untuk pelbagai masakan seperti lasagna. Kebanyakkan pencuci mulut menggunakan keju. Tetapi harus berhati-hati kerana keju mengandungi kadar lemak yang tinggi.




Makanan sunnah

Setiap rumah seharusnya mempunyai makanan sunnah di rumah. Bukan sahaja berkhasiat untuk menggalakkan susu badan tetapi juga bermanfaat untuk setiap isi rumah. Ibu yang mengandung dan menyusu paling sesuai untuk mengamalkan makanan sunnah.

Tiga jenis makanan sunnah yang kerap kita dengar iaitu kurma, habbatussauda dan madu. Buah kurma boleh dimakan begitu sahaja atau dikisar bersama badam dan susu untuk menambahkan susu. Di pasaran terdapat juga jus kurma. Habbatussauda atau jintan hitam boleh dimasukkan ke dalam minuman ataupun di makan begitu sahaja. Manakala madu boleh dibancuh dengan air suam dan diminum sebaik-baiknya semasa perut kosong. Amalkan sekali sehari.





Selesai sudah 10 jenis makanan untuk milk booster susu ibu. Kalau hendak diikut tu, banyak lagi makanan yang boleh menjadi milk booster. Saya hanya senaraikan separuh sahaja. Di sini saya ada video yang ingin dikongsikan bersama anda. Pemakanan yang digunakan sangat sesuai dan mudah sahaja. Boleh digunakan pada bila-bila masa. Banyak kelebihan pulak tu. Jom kita saksikan....




Sebarang pertanyaan boleh hubungi saya di 0109690399 atau whatapps 01115367287 ataupun email ke rosa.pasamana@gmail.com. Saya akan cuba melayani pertanyaan anda. Jangan malu-malu ye, nanti diri sendiri yang rugi.

Sampai di sini dahulu coretan saya. Ada masa saya lakarkan lagi. Saya ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri. Maaf Zahir dan Batin. Assalamualaikum...



Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Cara merawat penyakit GERD dengan kaedah semulajadi

Sakit telinga - Mari kita kenali punca dan rawatan yang sesuai

Tanda-tanda sakit jantung serta senaman yang dapat mengurangkan gejalanya.