Wanita lebih mudah alami kemurungan. Anda bersetuju?

Jun 30, 2015

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Alhamdulillah, apa yang saya impikan terlaksana jua. Berkat kesabaran yang kuat. Bukan senang hendak dapatkan sesuatu itu. Walaupun kecil, besar nikmatnya. Syukur.....

Hari ini saya ingin mengenengahkan tajuk kemurungan. Tajuk ini sentiasa ada di paparan televisyen dan akhbar-akhbar. Kadangkala kita akan berasa sedih atau sugul. Perasaan tersebut adalah keadaan normal. Tetapi jika perasaan itu berterusan dari hari ke hari, ia berkemungkinan menandakan diri mengalami kemurungan.






Kemurungan major adalah episod atau peristiwa yang sangat sedih atau apati (sikap tidak peduli) yang disertai dengan gejala-gejala yang berterusan sekurang-kurangnya dua minggu berturut-turut dan teruk untuk mengganggu kegiatan seharian. Kemurungan bukan tanda kelemahan atau personaliti negatif. Ia adalah masalah kesihatan utama dan masalah perubatan yang boleh dirawat.

Sekarang mari kita kaji gejala emosi untuk kemurungan. Gejala-gejala utama kemurungan adalah perasaan sedih atau hilang minat dalam hidup. Aktiviti yang dahulunya amat menyeronokkan telah hilang daya penariknya. Pesakit juga boleh dihantui dengan perasaan bersalah atau rasa tidak berguna, putus asa dan fikiran untuk membunuh diri yang sentiasa muncul berulang-ulang kali.





Gejala Fizikal

Kemurungan kadangkala boleh dikaitkan dengan gejala-gejala fizikal. Ini termasuklah :

- Kelesuan dan tenaga yang berkurangan

- insomnia

- Tidur berlebihan

- Berulang kali mengalami rasa sakit, lenguh, sakit kepala, kejang atau masalah pencernaan yang tidak sembuh walaupun telah menjalani rawatan.





Kemurungan boleh menjadikan masalah-masalah kesihatan lain terutamanya sakit kronik menjadi semakin teruk. Kimia utama dalam otak mempengaruhi rasa sakit dan perasaan. Merawat kemurungan dikatakan telah menunjukkan mampu memperbaiki masalah-masalah kesihatan lain yang wujud.

Hilang selera makan

Perubahan dalam selera makan atau berat badan adalah petanda kemurungan. Sesetengah pesakit akan mengalami peningkatan selera makan. Manakala ada juga yang hilang selera makan. Mereka yang mengalami kemurungan boleh mengalami masalah kehilangan dan kenaikan berat yang serius.





Kesan dalam kehidupan

Tanpa rawatan, masalah fizikal dan emosi yang dialami akibat kemurungan boleh menjejaskan kerjaya, hobi, dan perhubungan. Penghidap kemurungan kerap mendapati amat sukar untuk menumpukan perhatian dan membuat keputusan. Mereka tidak suka melakukan aktiviti yang sebelum ini amat menyeronokkan. Dalam kes yang teruk, kemurungan boleh membahayakan nyawa.

Cubaan bunuh diri

Mereka yang mengalami kemurungan lebih mudah untuk cuba bunuh diri. Tanda-tanda amaran termasuklah bercakap mengenai kematian atau cubaan membunuh diri, mengancam untuk mencederakan orang lain atau terlibat dalam kelakuan agresif dan berisiko. Jangan teragak-agak meminta pertolongan jika anda pernah terfikir untuk cuba membunuh diri.





Siapa berisiko?

Sesiapa sahaja boleh mengalami kemurungan tetapi kebanyakkan pakar mempercayai genetik memainkan peranan penting. Memiliki ibu bapa atau adik-beradik yang mengalami kemurungan meningkatkan risiko untuk seseorang itu mengalami kemurungan. Wanita dua kali ganda mudah mengalami kemurungan jika dibandingkan dengan lelaki.

Penyebab

Penyebab kemurungan tidak jelas tetapi mengikut teori ia adalah disebabkan struktur otak dan fungsi kimia yang telah diubah. Litar otak yang mengatur perasaan boleh kurang bekerja dengan berkesan semasa kemurungan. Ubat yang merawat kemurungan dipercayai mampu memperbaiki komunikasi antara sel-sel saraf dan memastikan ia bergerak dengan normal. Pakar juga berfikir walaupun tekanan juga boleh mencetus kemurungan , seseorang itu perlusecara biologinya mudah untuk mendapat masalah ini. Pencetus lain termasuklah ubatan tertentu, alkohol atau bahan terlarang, perubahan hormon, malah musim.

Kemurungan bermusim

Jika perasaan anda sepadan dengan musim, sebagai contoh ceria pada musim panas dan sugul pada musim sejuk, anda boleh mengalami bentuk kemurungan yang dikenali sebagai kecelaruan afektif bermusim (SAD).

Kemurungan selepas bersalin

Kemurungan selepas bersalin boleh berlaku terhadap ibu muda. Gejala-gejalanya sama seperti kemurungan major. Perbezaan penting adalah kesihatan bayi turut menjadi pertaruhan. Ibu yang murung boleh mengalami masalah untuk bermesra dan mengikat hubungan dengan bayi mereka.





Kemurungan terhadap kanak-kanak

Gejala-gejala kemurungan terhadap kanak-kanak hampir sama dengan kemurungan terhadap orang dewasa. Tetapi sesetengah kanak-kanak boleh kelihatan lebih marah atau terlibat dalam kelakuan berisiko. Agak sukar untuk mendiagnosis kemurungan terhadap kanak-kanak.





Diagnosis

Bagi melakukan diagnosis tepat, doktor bergantung pada penerangan pesakit terhadap gejala-gejala yang mereka alami. Pesakit akan ditanya mengenai sejarah perubatan dan ubatan yang digunakan semenjak perkara ini menyumbang kepada gejala-gejala kemurungan. Membincangkan perasaan, kelakuan dan aktiviti seharian boleh membantu mendedahkan keterukan dan jenis kemurungan. Langkah kritikal ini memastikan rawatan yang paling berkesan.

Terapi percakapan

Kajian mencadangkan jenis terapi percakapan berbeza boleh menentang kemurungan ringan sehingga sederhana. Terapi kelakuan kognitif mensasarkan untuk mengubah fikiran dan kelakuan yang menyumbang kepada kemurungan. Terapi interpersonal mengenal pasti sejauh mana perhubungan memberi kesan terhadap perasaan.

Psikoterapi psikodinamik membantu manusia memahami sejauh mana kelakuan dan perasaan terjejas melalui isu-isu yang tidak dapat diselesaikan dan perasaan tidak sedar. Sesetengah pesakit mendapati bahawa terapi selama beberapa bulan adalah apa yang mereka perlukan, sementara sesetengah pesakit terus mengikuti terapi buat jangka masa yang panjang.

Ubatan

Ubat antidepresan atau antikemurungan memberi kesan pada tahap-tahap kimia otak, seperti serotonin dan norepinephrine. Terdapat banyak pilihan. Antidepresan mengambil masa beberapa minggu untuk memberi kesan. Rawatan susulan dengan doktor adalah penting untuk menilai keberkesanan dan menyesuaikan dos yang diambil. Jika ubat pertama tidak dapat membantu, terdapat peluang ubat lain memberikan kesan yang baik. Gabungan terapi percakapan dan ubatan dikatakan kelihatan boleh memberi kesan.





Senaman

Penyelidikan mencadangkan senaman adalah senjata berkuasa menentang kemurungan ringan hingga sederhana. Aktiviti fizikal melepaskan endorphin yang boleh membantu merangsang perasaan. Senaman secara tetap dikaitkan dengan harga diri yang tinggi, tidur lebih baik, kurang tekanan dan lebih bertenaga. Sebarang jenis aktiviti sederhana seperti berenang sehinggalah melakukan kerja rumah boleh membantu. Pilihlah sebarang aktiviti yang anda suka dan sasarkan dalam 20 hingga 30 minit selama empat atau lima kali seminggu.





Pelihara binatang

Memelihara binatang peliharaan dikatakan boleh melegakan gejala-gejala kemurungan ringan hingga sederhana bagi sesetengah orang. Binatang peliharaan memberikan rasa sayang yang tidak berbelah bahagi, melegakan kesunyian dan memberikan pesakit rasa hidup ada tujuan.





Dan yang terakhir sekali ialah

Sokongan sosial

Disebabkan kesunyian boleh membantu menyebabkan kemurungan, adalah penting untuk membentuk rangkaian sokongan sosial sebagai sebahagian daripada rawatan. Ini termasuklah menyertai kumpulan sokongan, mencari kumpulan sokongan online atau melakukan usaha untuk bertemu keluarga dan rakan-rakan dengan lebih kerap.

Banyak juga yang saya pelajari tentang kemurungan. Saya dulu pun pernah juga mengalami kemurungan dan hampir-hampir kena dapatkan rawatan. Mujur rakan-rakan sekerja dan keluarga banyak memberi sokongan moral. Ianya banyak merubah cara saya berfikir. Kena sentiasa positif. Banyakkan mencari dan membaca.

Sampai di sini dahulu coretan saya. Positifkan diri anda maka hidup anda pun akan positif.

Sumber saya perolehi daripada mingguan wanita 2014.

You Might Also Like

2 ulasan

  1. Artikel yang menarik mengenai kemurungan yang kian melanda rakyat Malaysia terutamanya golongan wanita. Statistik ini kian meningkat disebabkan tahap sosio-ekonomi yang semakin mencabar dan hubungan kekeluargaan yang tidak rapat. Pada pendapat saya, masalah kemurungan ini sebaik-baiknya dirawat dengan kaedah-kaedah yang tidak melibatkan penggunaan ubat psikiatrik seperti mengadakan sesi kaunseling dan sebagainya. Ubat psikiatrik hanya diberi sekiranya masalah pesakit telah menjadi serius seperti ada perasaan membunuh diri atau mencederakan orang lain dan sebagainya.

    BalasPadam
  2. Terima kasih di atas komen anda. Saya sangat hargai. Sebetulnya, saya pun suka jika menggunakan kaedah selain dari pemakanan ubat. Melainkan jika tidak terkawal, barulah digunakan kaedah perubatan.

    BalasPadam