Selasa, 9 Jun 2015

Sakit kepala yang menyerang boleh diatasi dengan makanan tambahan.

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Alhamdulillah, idea semakin mencurah setelah balik dari bercuti ni. Nampak gayanya kena kerap makan angin la untuk dapatkan idea-idea yang baru. Hihihihi......

Kali ini saya ingin mencoretkan mengenai masalah sakit kepala. Sakit kepala adalah gejala yang kerap berlaku di kalangan rakyat Malaysia. Ia biasanya tidak menggambarkan suatu penyakit yang serius. Ia melibatkan semua peringkat umur dan hampir semua di antara kita pernah mengalaminya. Walaupun ia tidak serius, ia menyakitkan dan boleh mengganggu aktiviti harian.
 


Terdapat beberapa jenis sakit kepala iaitu:


1. Resdung


2. Kesakitan di belakang tulang kening atau tulang pipi.
 


3. Tekanan.
 


4. Kesakitan seperti menekan-nekan kepala.


5. Migrain
 


6. Kesakitan, loya, perubahan penglihatan daripada biasa kepada bentuk suram.


7. Berkelompok
 

8. Kesakitan sekitar sebelah mata.


Banyak juga ye jenis-jenis sakit kepala ni. Anda pernah kena yang mana ye? Saya pernah kena yang migrain dengan kesakitan sekitar sebelah mata. Selalu kerap jadi pulak tu....

Sekarang mari kita lihat bagaimana kita nak buat penjagaan sendiri untuk mengawal sakit kepala. Di bawah ini diterangkan cara-caranya.


1. Cari punca sakit kepala dan cuba elakkannya.

2. Elakkan daripada mengambil makanan dan minuman yang boleh menyebabkan sakit kepala.


3. Minta bantuan seseorang untuk mengurut otot-otot yang tegang.
 


4. Makan ubat penahan sakit untuk mengurangkan sakit kepala. Namun kawal kuantiti pengambilan ubat ini.
 

5. Berehat dengan menutup mata dan menarik nafas panjang dengan perlahan-lahan.

6. Tutup mata anda dengan kain basah.

7. Mandi.
 


Selain itu juga, ada disertakan tip untuk hilangkan sakit kepala iaitu :

1. Beristirehat
 

2. Banyakkan bersenam
 

3. Elak stres dengan merancang aktiviti yang sihat.

4. Dapatkan tidur yang tetap dan mencukupi.
 
5. Makan makanan yang berkhasiat dan seimbang.

6. Minum air yang secukupnya, terutamanya semasa cuaca panas.
 


7. Jangan ambil ubat penahan sakit yang terlampau banyak.


Mari kita lihat makanan apa yang sesuai untuk elak daripada sakit kepala.



1. Tembikai

Dehidrasi adalah antara penyebab terjadinya sakit kepala. Minumlah banyak air dan ambil makanan  yang kaya dengan air seperti buah tembikai. Buah yang kaya dengan air mengandungi mineral penting seperti magnesium yang merupakan kunci untuk melegakan sakit kepala.
 


2. Kentang

Sakit kepala juga terjadi disebabkan hilangnya eletrolit seperti kalium. Nikmatilah makanan yang kaya dengan kalium kerana ia dapat membantu meringankan sakit kepala. Kentang mengandungi kalium sebanyak 100 gram dan kentang panggang (dengan kulit) mengandungi kalium sehingga 600 gram.
 


Wow! Banyak tu.... tak sangka kan tembikai boleh melegakan sakit kepala. Selalunya buah tembikai dimakan semasa cuaca panas. Dapat juga sejukkan badan.


Saya juga ingin kongsikan petua-petua untuk menghilangkan sakit kepala secara semulajadi.

1. Daun bunga raya
Cuci bersih daun tersebut dan ramas bersama beberapa gelas air. Sapu air daun bunga raya tadi di atas kepala selama setengah jam. Daun bunga raya dikatakan mampu menyejukkan kepala dan mengurangkan rasa sakit kepala.


2. Jus limau kasturi

Perah jus limau kasturi di atas kepala. Kemudian, ramas lembut sambil picit kulit kepala supaya aliran darah berjalan lancar. Masukkan kulit limau tadi ke dalam besen berisi air. Kemudian jiruskan air tersebut  di atas kepala dan seluruh badan.
 


Sepertimana yang kita telah ketahui, penggunaan ubat penahan sakit tidak boleh melebihi had yang digunakan. Tetapi semakin banyak anda mengambilnya, semakin lama semakin kurang kesannya kepada anda. Beerti anda perlukan dos yang lebih lagi apabila ia kurang berkesan. Itulah yang bahayanya.
Penggunaan ubat tahan sakit boleh menyebabkan pendarahan di dalam perut dan buah pinggang. Eeee..... takutnya dengar. Dulu saya kerap ambil ubat penahan sakit. Tapi bila dapat tahu kesan jangka panjang dia, saya tak berani nak ambil ubat penahan sakit.
Sekarang saya hanya menggunakan makanan tambahan sahaja. Alhamdulillah, sakit kepala yang kerap saya alami semakin berkurang. Tidak perlu langsung ubat penahan sakit.

Saya akan ceritakan manfaat makanan tambahan tersebut. Makanan tambahan yang disyorkan ialah B complex shaklee dan Ostematrix.


1. B complex shaklee
Seperti mana yang kita ketahui, vitamin B2 (riboflavin) dan vitamin B6 ( pyridoxine) telah terbukti boleh membantu mengurangkan kesakitan akibat migrain. Vitamin B lengkap dalam B complex shaklee memastikan anda bukan sahaja mengurangkan risiko diserang migrain, tetapi juga mencegah penyakit-penyakit lain seperti depresi, strok dan sebagainya.
Kesimpulannya, B complex shaklee boleh mengurangkan sakit kepala, tekanan, kemurungan dan insomnia. Selain itu, memastikan fungsi saraf sempurna.
 

2. Ostematrix ( kalsium, magnesium, Vitamin D)
Kalsium bukan sahaja membina tulang dan gigi, malah ia membantu menetapkan ritma jantung, menyelesaikan masalah insomnia, membantu pengaliran gizi masuk dan keluar daripada membran dan membantu dalam pembekuan darah. Kalsium juga sangat diperlukan dalam mempertahankan fungsi saraf dan otot serta buah pinggang, ia juga mengurangkan kadar kolestrol dalam darah.

Magnesium pula penting untuk metabolisme kalsium. Ia membantu untuk mengelakkan pembuluh darah menjadi kejang, salah satu punca yang dipercayai penyebab migrain. Satu kajian telah dibuat ke atas magnesium dan di dapati ia membantu mengurangkan sakit kepala migrain dan mengurangkan frekuensinya.

Vitamin D pula penting untuk penyerapan kalsium. Kalsium yang tiada vitamin D tidak boleh diserap oleh tubuh dan boleh tertinggal sebagai batu dalam ginjal atau pundi kencing.
 

Penggunaan makanan tambahan semulajadi amat baik untuk tubuh badan kita. Jika anda ingin tahu lebih lanjut sms atau call 0109690399 atau whatapps 01115367287.

Setakat ini dahulu dari saya. Ada masa saya update lagi ye. Sumber dari majalah rapi.

Tiada ulasan: