Minyak yang manakah yang mempunyai manfaat yang baik?

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Agak lama juga saya tak update tentang info-info. Ini adalah kerana sibuk dengan rumahtangga dan kerjaya tambahan pula saya baru balik daripada berkursus. Kursus saya dijalankan di pulau langkawi. Tempat shopping tu..... Tapi, saya tak beli banyak sebab sambutan ramadhan lebih menjadi keutamaan.


Kali ini saya ingin bercerita tentang minyak pula. Dalam adunan sesuatu masakan, minyak merupakan bahan masakan yang amat penting. Lebih-lebih lagi dengan gaya masakan Malaysia yang menggemari teknik menggoreng.


Untuk makluman, semua jenis minyak mengandungi lemak. Apa yang kita harus pertimbangkan dan titikberatkan dalam soal pemakanan ialah memilih jenis minyak yang baik untuk kesihatan, insyaallah. Apa yang penting kita harus bersederhana di dalam semua hal termasuklah soal makan. Keterlaluan dalam penggunaan sesuatu yang baik juga akhirnya akan memudaratkan. Hidup harus seimbang. Sedangkan dalam beribadah, kita juga diwajibkan mengimbanginya dengan kehidupan duniawi.
'Beribadahlah seolah-olah kita akan mati keesokan hari dan bekerjalah dengan kuat seolah-olah kita akan hidup selamanya', rangkaian kata ini penuh pengertian dalam menyarankan kehidupan yang seimbang.

Konsep keseimbangan inilah yang saya sentiasa praktikkan dalam kehidupan seharian. Saya tidak memandang sesuatu yang buruk itu, buruk sahaja tanpa menganalisa kebaikan dalam keburukannya. Pisang yang busuk pun jika tidak sihat untuk dimakan, masih boleh dikompos dan dijadikan baja untuk membantu pokok pisang yang lain untuk tumbuh segar.


Minyak asas
Melalui pengalaman dan kajian, saya memilih dua jenis minyak asas dalam masakan saya. Saya menggunakan minyak kelapa sawit. Tumbuhan kurniaan Allah SWT ini bukan sahaja menganugerahkan keuntungan untuk ekonomi negara, malah menganugerahkan rezeki sepanjang hayat kepada mereka yang bekerja di ladang. Namun, minyak sawit sering mendapat 'bad press' dari negara luar didorong oleh agenda politik dan monopoli perniagaan. Bumi Malaysia menghasilkan minyak ini dan merupakan pengeksport kedua terbesar di dunia, selepas indonesia.
Ada yang merasakan ia memudaratkan kesihatan, tetapi sebaliknya minyak kelapa sawit mempunyai banyak khasiat yang baik seperti minyak zaitun, tetapi harganya pastinya jauh lebih murah.
 


Khasiat minyak kelapa sawit
Minyak kelapa sawit memgandungi pelbagai lemak, vitamin, nutrien dan tidak mengandungi asid trans-lemak yang selalunya dijumpai dalam minyak yang telah dihidrogenasi. Kaya dengan vitamin A dan E dan ia boleh mengurangkan tahap kolesterol badan disamping memcegah kanser.
 
Kandungan beta-karotin(yang menjadikannya berwarna oren) dapat membaiki penglihatan rodopsin, iaitu pigmen penglihatan malam yang terdapat di retina mata. Ia juga dapat mencegah katarak.
Minyak ini juga bebas dari kolesterol dan kaya dengan anti-oksidan iaitu elemen yang diperlukan untuk mengekalkan kulit dan wajah sentiasa muda.
 



Khasiat minyak zaitun
Minyak zaitun juga sering digunakan tetapi lebih untuk membuat salad dressing, bahan perapan atau untuk rambut dan melembapkan kulit selepas mandi. Ia juga kaya dengan vitamin E. Jika memasak masakan berunsur itali, saya juga menggunakan minyak zaitun kerana rasanya lebih serasi.
Minyak zaitun malangnya, tidak dapat menampung suhu yang terlalu tinggi berbanding minyak kelapa sawit menjadikan minuak kelapa sawit lebih sesuai untuk teknik memasak secara 'deep fry'. Pun begitu, bayangkanlah kos minyak zaitun jika sesuai untuk menggoreng pisang? Sudah pasti goreng pisang menjadi satu hidangan paling mahal.


Pelbagai kegunaan minyak
Jenis-jenis minyak lain yang digunakan ialah minyak bijan, minyak badam, minyak kacang walnut dan juga minyak argan.

1. Minyak bijan amat kuat rasanya dan cepat hangus bila digoreng. Beberapa titis saja diperlukan di akhir proses pemasakan.
 



2. Minyak badam digunakan untuk salad dressing
 



3. Minyak walnut pula, selain untuk dressing boleh juga digunakan untuk membuat kek dan biskut.
4. Minyak argan digunakan hanya untuk membuay Tajine iaitu juadah yang berasal dari negara-negara di Afrika Utara seperti Morocco, Tunisia dan Algeria. Minyak argan yang berkualiti tinggi mencecah harga ratusan ringgit membuatkan hanya menggunakan sekali sekala.
 
Sebenarnya kesemua minyak yang saya sebutkan di atas mempunyai khasiat, vitamin dan nutrien tersendiri. Cuma sudah hukum alam, sedang hati manusia juga berbeza kejernihannya, pandai-pandailah kita membuat pilihan berdasarkan kegunaan, kelebihan, kos dan ekonomi domestik kita. Bak kata pepatah, ' pisau ditangan kanan, mentimun di tangan kiri, ' maka terpulanglah kepada kita untuk mengukirnya.

Wah, banyak juga yang kita pelajari hari ini tentang minyak. Ada baik dan buruk. Kita kena pandai- pandai menyeimbangkannya. Sampai di sini dahulu tulisan saya. Lain kali saya coretkan lagi ye.
Sumber dari majalah Anis.

Ulasan

Ibu Zarith berkata…
Minyak Zaitun pilihan Zarith =)
suliana yusof berkata…
Minyak yg mmg byk khasiat kak zarith

Catatan popular daripada blog ini

Cara merawat penyakit GERD dengan kaedah semulajadi

Sakit telinga - Mari kita kenali punca dan rawatan yang sesuai

Tanda-tanda sakit jantung serta senaman yang dapat mengurangkan gejalanya.