Kaedah mencari susu formula yang sesuai untuk bayi anda

Jun 22, 2015

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Diharap anda semua sihat hendaknya. Bagaimana dengan keadaan anda pada hari ini? Puasa ok ke? Sekejap je masa berlalu kan? Adakala tak sempat nak kejar pun. Hihihihi......

Pada hari ini saya ingin berkongsi tentang artikel yang saya rasakan sangat sesuai untuk ibu-ibu yang memang mencari susu formula untuk anak mereka. Seperti yang kita ketahui susu ibu ialah makanan semulajadi bayi yang sempurna. Tetapi jika anda tidak dapat menyusu badan, atau jika anda memilih untuk tidak melakukannya, susu formula ialah yang kedua terbaik. Ahli sains dan pakar perubatan telah menghabiskan masa bertahun-tahun mencipta susu formula yang dapat membekalkan nutrisi yang diperlukan oleh bayi kita.

Apabila anda semua sedang menimbangkan susu formula mana yang sesuai untuk bayi kita, anda perlu mengambil kira beberapa faktor. Fikirkan mengenai kesihatan dan keperluan pemakanannya, umur serta kos dan masa penyediaan bagi setiap susu formula.Ikuti panduan yang akan saya kongsikan kepada anda supaya anda dapat memilih susu formula yang sesuai dengan bayi anda.

Perkara utama yang perlu kiita ambil tahu ialah dengan mengetahui jenis-jenis susu formula yang ada di pasaran sekarang. Terdapat tiga jenis susu formula di pasaran iaitu :

1. Susu formula berasaskan susu lembu

2. Susu formula protein dihidrolisi

3. Susu formula berasaskan soya

Berkemungkinan besar bayi anda boleh mengambil susu formula berasaskan susu lembu, kecuali jika terdapat sebarang masalah kesihatan atau sebab-sebab pemakanan mengapa ia tidak boleh. Mari kita baca lebih lanjut untuk mengetahui tentang jenis-jenis susu formula ini.

Susu formula berasaskan susu lembu

Kebanyakan susu formula bayi adalah berasaskan susu lembu yang diubah suai untuk menyamai susu ibu sebaik yang mungkin. Para pengilang mengubah suai susu lembu untuk bayi dengan menyesuaikan tahap karbohidrat, protein dan lemak, serta menambah vitamin dan mineral. Terdapat juga susu jenis formula yang dihasilkan khas untuk bayi pramatang.

Protein dalam susu boleh diuraikan kepada kasein dan whey. Nisbah kasein dan whey boleh jadi berbeza bergantung kepada jenis susu formula bayi. Terdapat dua jenis iaitu:

- Formula peringkat pertama. Kandungan susu formula jenis ini kebanyakannya adalah whey, dengan nisbah kasein:whey sebanyak 40:60, iaitu hampir sama dengan kandungan susu ibu. Susu formula jenis ini sesuai untuk bayi anda daripada baru lahir hingga kira-kira satu tahun, dan ia juga dikatakan lebih mudah untuk dihadam.

- Formula peringkat kedua. Susu formula jenis ini mengandungi kebanyakannya kasein, dengan nisbah kasein:whey sebanyak 80:20. Ia mengambil masa yang lebih lama untuk dihadam dan biasanya dipromosikan sebagai susu formula untuk bayi yang kerap lapar.

Dari segi khasiat, bayi anda hanya perlukan susu formula peringkat pertama, namun anda boleh juga memilih untuk bertukar kepada susu formula peringkat kedua apabila bayi anda sudah besar sedikit.

Walau bagaimanapun, anda perlu berhati-hati apabila menukar susu formula bayi anda. Jika anda beralih daripada formula susu peringkat pertama ke formula susu peringkat kedua terlalu awal, bayi anda boleh mengalami sembelit. Walaupun banyak pengilang susu formula memasarkan susu formula peringkat kedua mereka sebagai sesuai mulai baru lahir, adalah lebih baik jika anda tunggu sehingga bayi anda sekurang-kurangnya empat minggu. Jika bayi anda tidak begitu gembira dengan susu formula peringkat pertama, bincanglah dengan pakar kanak-kanak sebelum anda menukar susu formula.

Apabila bayi anda berusia satu tahun, anda boleh beralih daripada susu formula peringkat pertama ke susu formula peringkat kedua kepada susu lembu. Susu lembu tidak disyorkan sebagai minuman utama bayi dibawah umur setahun kerana kandungan zat besi dan vitamin C yang rendah. Tetapi anda boleh gunakannya dalam kuantiti yang kecil sebagai bahan masakan untuk bayi anda apabila dia mula mengambil makanan pejal, atau untuk diberi bersama bijiran sarapannya.




Susu formula protein dihidrolisis

Ini adalah susu formula yang direka khas untuk bayi yang mempunyai alahan atau intolenrasi terhadap susu lembu. Jika bayi anda alah terhadap susu lembu, protein dalam susu akan menyebabkan reaksi alahan. dan jika dia mempunyai intoleransi terhadap susu lembu, sukar baginya untuk menghadam laktosa, atau gula, yang terkandung dalam susu lembu.

Susu formula protein dihidrolisi adalah berasaskan susu lembu dan mempunyai nilai nutrisi yang sama dengan susu formula. Tetapi bezanya ialah protein dalam susu ini telah dihidrolisis, yang bermakna ia telah diuraikan supaya bayi anda kurang berkemungkinan untuk mendapat reaksi daripadanya. Susu seperti ni juga secara amnya bebas-laktosa, oleh itu bayi yang mempunyai intoleransi terhadap susu lembu boleh menghadamnya dengan mudah.

Jika anda rasa bayi anda mempunyai alahan atau intoleransi terhadap susu lembu, jumpalah doktor keluarga atau pakar kanak-kanak. Doktor anda dapat mempreskripsikan formula protein dihidrolisis untuk bayi anda. Anda juga boleh membeli sus ini daripada farmasi. Selain itu, anda juga boleh membeli formula bebas-laktosa khas yang mungkin disyorkan oleh doktor anda jika bayi anda mempunyai intoleransi terhadap laktosa.




Susu formula berasaskan soya

Susu formula berasaskan soya diperbuat daripada kacang soya. Ia diubah-suai dengan penambahan vitamin, mineral dan nutrien untuk menjadikannya sesuai sebagai susu formula.

Beri bayi anda formula berasaskan soya hanya atas nasihat doktor keluarga anda atau pakar kanak-kanak. Walaupun pengilang-pengilang memasarkan formula soya mereka sebagai sesuai untuk bayi sejak baru lahir, pakar kesihatan profesional tidak mengesyorkannya untuk bayi di bawah enam bulan.

Formula soya juga tidak digalakkan untuk diberi kepada bayi yang mempunyai alahan terhadap susu lembu. Biasanya, bayi yang alah terhadap susu lembu juga alah terhadap soya.

Tiada bukti bahawa bertukar kepada formula berasaskan soya dapat membantu melegakan bayi jika dia tidak selesa atau mengalami kolik. Bayi anda mungkin mengalami kolik kerana dia mempunyai intoleransi terhadap laktosa, maka dalam kes ini formula yang bebas-laktosa ialah yang terbaik. Mintalah nasihat doktor jika anda fikir bayi anda mempunyai alahan atau intoleransi terhadap susu lembu.

Tiada manfaat tertentu dari segi kesihatan yang diperolehi bayi anda daripada formula soya berbanding susu formula lain. Malah, susu formula soya sebenarnya boleh merosakkan gigi bayi dalam jangka masa panjang kerana ia mengandungi sirap glukosa. Jika anda memberi bayi anda susu soya, anda perlu lebih berhati-hati dalam menjaga giginya.
 



Sekarang mari kita lihat susu formula apakah yang sesuai untuk untuk bayi yang lebih besar pula.  Ada formula susu lembu yang dipasarkan untuk bayi daripada usia enam bulan kerana susu jenis ini mengandungi zati besi yang tinggi yang diperlukan oleh bayi yang sedang membesar. Walau bagaimanapun, dari segi nutrisi, susu ini sebenarnya tidak perlu. Bayi anda akan mendapat zat besi dan nutrien lain yang diperlukannya daripada makanan pejal. Tiada keperluan untuk bertukar kepada susu lain jika bayi anda gembira dengan susu badan atau susu formula biasanya.

Susu yang dipasarkan untuk bayi yang lebih besar termasuk:

Susu lanjutan

Ini adalah susu yang mempunyai kandungan protein dan mineral yang lebih tinggi daripada formula bayi biasa. Ia dipasarkan sebagai sesuai bagi bayi dari usia enam bulan. Susu lanjutan diiklankan sebagai lebih berkhasiat daripada susu lembu kerana ia mengandungi zat besi, vitamin dan mineral tambahan. Walau bagaimanapun, ingatlah bahawa susu lembu tidak sesuai diberi kepada bayi anda sehingga usianya satu tahun.






Susu membesar

Susu membesar dipasarkan sebagai susu yang lebih baik daripada susu lembu kerana ia mengandungi zat besi dan vitamin serta mineral tambahan. Ia dipromosikan untuk diberi kepada bayi daripada usia satu tahun.

Walau bagaimanapun, susu membesar sebenarnya tidak perlu kerana apabila bayi anda sudah mencapai umur satu tahun, dia sudah boleh mengambil susu lembu penuh lemak sebagai minuman utamanya. Dia juga sepatutunya sudah mula makan pelbagai jenis makanan yang seimbang, yang dapat membekalkannya dengan vitamin dan mineral penting tanpa perlu mengambil susu membesar.

Susu formula tambahan ini sebenarnya tidak perlu sama sekali. Bayi anda boleh mendapat apa yang diperlukannya ketika membesar dengan mengambil susu formula biasa di samping makanan yang kaya dengan kalsium dan zat besi. Kemudian, apabila dia sudah berumur setahun, anda boleh memberinya susu lembu.

Satu-satunya sebab mengapa anda mungkin menukar susu bayi anda ialah sekiranya anda membesarkannya sebagai seorang vegetarian. Apabila anda mula memberinya makanan pejal iaitu mulai usianya enam bulan, anda mungkin dapati sukar untuk mencari makanan vegetarian yang kaya dengan zat besi. Oleh itu, formula yang kaya dengan zat besi mungkin pilihan yang bagus.




Sekarang mari kita lihat kos dan masa penyediaan bagi susu formula. Susu formula mengambil masa untuk disediakan. Bergantung kepada kaedah pensterilan dan jenis formula yang anda gunakan, mencuci, mensteril dan membancuh sebotol susu boleh mengambil masa kira-kira 30 hingga 40 minit. Oleh itu, jika anda memberi bayi anda enam botol susu sehari, anda mungkin mengambil masa sehingga empat jam sehari menyediakan susu formulanya.

Kebanyakan susu formula dijual dalam bentuk susu tepung yang dibungkus dalam tin. Cara menyediakannya ialah dengan mencampurkan beberapa sudu susu tepung kering tersebut dengan air masak yang telah disejukkan.

Harganya pula berbeza, bergantung kepada jenama, jenis dan peruncit. Harga formula berasaskan soya dan formula bebas-laktosa secara umumnya agak sama. Formula protein dihidrolisi pula biasanya mempunyai harga yang lebih tinggi.

Jika bayi anda sudah berumur setahun dan boleh minum susu lembu, anda mungkin boleh menimbangkan untuk berhenti memberinya susu formula. Susu formula lebih mahal daripada susu lembu dan anda mungkin rasa agak leceh untuk menyediakannya. Sebaliknya, susu lembu hanya perlu dituang ke dalam cawan, atau dipanaskan sedikit jika bayi anda suka meminumnya suam.


Banyak juga ye kita belajar tentang susu formula yang terdapat dipasaran. Sekurang-kurangnya kita ada ilmu jika kita ingin memberi anak kita susu formula. Tetapi seperti yang kita tahu, susu ibu adalah yang terbaik untuk anak anda. 
 
Kredit diberikan kepada  http://www.babycenter.com.my.

Jika anda ingin memberikan anak anda susu badan tetapi susu anda tidak berapa ada, anda boleh menggunakan makanan tambahan jenama Shaklee. Terdapat pelbagai set menyusu daripada set basic sehingga ke set premium.
 
 
 
Jika berminat boleh call atau sms 0109690399 atau whatapps 01115367287. Saya sedia memberi panduan untuk anda. Sampai di sini dahulu coretan saya, lain kali saya kongsi lagi artikel yang baru.
 
 










You Might Also Like

0 ulasan