Rabu, 10 Jun 2015

Gout penyakit eksklusif untuk lelaki dan cara bebas tanpa ubat

Assalamualaikum. Salam sejahtera juga diucapkan kepada anda yang sudi singgah di blog saya. Semoga anda mendapat ilmu atau manfaat walaupun hanya sedikit. Saya pun bukannya pandai sangat, namun berusaha supaya kita sama-sama dapat manfaat darinya.


Pada kali ini saya ingin bercerita mengenai penyakit Gout. Pernah dengar tak tentang penyakit Gout ni? Kalau pernah dengar baguslah,  boleh kita guna untuk membantu orang yang mempunyai sakit Gout.
Penyakit Gout dikatakan eksklusif untuk lelaki kerana jarang sekali berlaku kepada wanita. Jika ada pun, kemungkinan berlaku hanya selepas wanita mengalami menopaus. Apabila Gout menyerang, kaki akan menjadi bengkak, panas dan amat sakit hingga ada sesetengah pesakit tidak boleh berjalan.
 


Gout kronik berupaya untuk mengganggu kehidupan harian yang normal. Paling digeruni adalah kecacatan sendi dan otot, sama ada kecacatan ringan atau berat. Kajian menunjukkan bahawa pesakit Gout juga berisiko untuk mendapat penyakit sistem kardiovaskular serta berupaya menyebabkan kegagalan ginjal.
Serangan Gout berlaku akibat pemendapan kristal asid urik dalam rongga sendi. Lama-kelamaan akan menyebabkan kristal garam dan mencetuskan rasa sakit sendi teramat sangat. Selalunya bermula dari sendi ibu jari kaki dan menular ke sendi lain.

Serangan Gout berpunca dari peningkatan kadar asid urik dalam darah (hyperuriaceramia).
Pengumpulan asid urik boleh dilihat melalui pembentukan benjolan kecil di permukaan kulit yang dipanggil tofus. Pada keadaan yang lebih serius, tofus yang terlalu besar mungkin pecah dan mengeluarkan bahan seperti kapur. Selain kaki, Gout juga boleh berlaku pada anggota badan yang lain seperti buku lali, lutut, tangan dan pergelangan tangan.

Jumlah tofus berkait rapat dengan berat badan dan kadar urik asid di dalam tubuh manusia. Tofus akan berkurangan apabila kadar asid urik berada di bawah paras empat mg/dl dan menjadi lebih besar jika paras asid urik berlebihan dari 11 mg/dl.

Bagaimanapun, bukan semua sakit sendi disebabkan kristal asid urik kerana pemendapan kalsium pirofosfat dihidrat juga boleh menyebabkan kesakitan pada pergelangan kaki, lutut dan pergelangan tangan - yang dipanggil Gout palsu atau pseudogout.


Golongan yang berisiko untuk mendapat Gout adalah :

1. Jantina - lelaki lebih berisiko mendapat Gout pada kadar 90%.


2. Gaya hidup - individu yang banyak minum minuman keras terutama bir dikatakan lebih berisiko mendapat Gout.


3. Obesiti - individu yang mempunyai berat badan berlebihan lebih berisiko daripada mereka yang mempunyai berat badan normal.


4. Sesetengah penyakit - tekanan darah tinggi yang tidak dikawal, diabetes, hiperdislipidemia (paras lemak dan kolestrol yang tinggi) dan arteriosklerosis (penyempitan salur darah)


5. Individu yang menjalani pembedahan atau mendapat sakit tenat secara tiba-tiba.

6. Ubat tertentu - ubat mengawal tekanan darah dan kemoterapi juga dikenal pasti boleh meningkatkan paras asid urik dalam badan.

7. Genetik - kajian mendapati satu daripada empat pesakit datang daripada keluarga yang ada masalah Gout.

8. Umur - Gout biasa menyerang pesakit tua tetapi kini banyak kes membabitkan pesakit berumur 30 hingga 50 tahun.


Gout boleh menyebabkan kerosakan sendi. Bahaya juga ye! Apa yang perlu kita lakukan ye?

Dapatkan rawatan doktor dengan segera apabila sendi berasa panas, bengkak dan sakit kerana jika tidak dirawat masalah ini akan bertambah buruk serta boleh menyebabkan kerosakan sendi. Walaupun tiada rawatan khas untuk menyembuhkan Gout tetapi ia boleh dikawal dengan pengambilan ubat penahan sakit bukan steroid. Individu yang kerap mengalami serangan Gout akan dibekalkan dengan ubat allopurinol oleh doktor untuk mengimbangkan paras asid urik dalam badan yang perlu diambil sepanjang hayat.

Manakala untuk serangan mendadak, pesakit boleh mengambil ubat antiinflamatori bukan steroid, colchinice (untuk serangan yang kurang kerap) dan corticosteroids. Bagi pesakit darah tinggi yang juga mengalami Gout, disarankan untuk mengambil ubat darah tinggi yang dipanggil Losartan yang juga berkebolehan untuk menurunkan paras asid urik.



Disini, saya kongsikan diet untuk pesakit yang mengalami masalah Gout.


1. Makanlah buah ceri dan strawberi kerana ia didapati mampu mengurangkan asid urik.


2. Elakkan makanan tinggi purin iaitu yang berasal dari sumber protein.


3. Hadkan memakan daging kepada satu hidangan sehari.


4. Kurangkan memakan organ dalaman haiwan, sardin, ikan bilis dan hasil daging.


5. Makan secara sederhana asparagus, kacang pea, cendawan, bunga kubis dan bayam.


6. Minum banyak cecair terutamanya air untuk mencairkan dan membantu proses penyingkiran asid urik.


Suka saya ingin memberitahu bahawa, terdapat makanan tambahan yang boleh diamalkan oleh pesakit Gout. Makanan tambahan yang saya cadangkan adalah :

Alfalfa

Merupakan detoks semulajadi yang bertugas untuk menyingkirkan toksin dari badan. Pengamal alfalfa perlu mengambil air kosong yang banyak ( sebaik-baiknya 3-4 Liter sehari) untuk membantu melancarkan proses detoks.

Performance Drink

Memelihara atau menyeimbangkan kandungan air dalam badan supaya badan tidak mengalami dehidrasi. Pesakit Gout perlu menyingkirkan asid urik dengan lebih kerap kencing. Air yang mencukupi dalam badan penting untuk melancarkan proses pembuangan asid urik. Performance Drink berfungsi mengantikan air yang hilang dan memelihara tahap air dalam badan pesakit.

Omega Guard

Untuk mengelakkan keradangan sendi dan mengurangkan kesakitan.
Kredit diberikan kepada link di bawah.
(http://naturalvitaminshop.blogspot.com/2013/07/vitamin-shaklee-untuk-gout.html)




Sampai di sini dahulu coretan saya. Ada info terbaru saya update lagi ye. Sumber saya perolehi daripada majalah wanita. Semulajadi lebih bermakna untuk diri sendiri. 
Sms atau Call 0109690399 atau whatapps 01115367287.

Tiada ulasan: