Bayi tidur sendiri dapat membina yakin diri.

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Diharap pembaca sekalian sihat sejahtera hendaknya. Bagaimana dengan persiapan untuk hari raya yang bakal menjelang tiba? Sesetengah orang suka buat persiapan awal-awal dan ada juga yang suka buat last minute. Terpulang kepada masing-masing asalkan bahagia.

Hari ini saya ingin berkongsi dengan anda tentang tajuk di atas. Jika anda mempunyai cahayamata, tentu anda lebih faham. Yang belum mempunyai cahayamata pula jangan sedih-sedih ye, boleh belajar untuk di buat panduan. Tidak rugi pun. Menambah ilmu lagi.

Ada ibu bapa mengajar anak berdikari dan ia harus dimulai dengan membiasakan bayi tidur bersendirian di bilik tidurnya. Namun sebahagian ibu bapa pula merasa bayi masih perlu ditemani (co-sleeping)agar lebih mudah memenuhi keperluan bayi pada setiap masa.





Banyak pendapat mengatakan sikap berdikari dibentuk sejak bayi iaitu dengan membiarkan bayi tidur berseorangan. Menurut pakar psikologi, Nessi Purnomo, tidur berasingan tidak menimbulkan masalah kepada bayi jika keperluannya dipenuhi. Sayangnya ada ibu bapa yang tidak mendengar dan tetap tidur dengan lena apabila anak terbangun di tengah malam. Apabila ini kerap terjadi, bayi akan merasa ditinggalkan.

Dengan tidur berasingan, bayi belajar mengenai privasi. Namun menurut Dr. Bill dan Martha Sears, penulis The Attachment Parenting Book, terdapat beberapa kelebihan yang diperolehi daripada tidur bersama. Bayi akan mendapat tidur yang lebih berkualiti, selain ia memudahkan ibu menyusui bayi. Malah ia membantu bayi berkembang, merapatkan lagi hubungan antara ibu bapa dengan anak dan mengukuhkan kepercayaan antara mereka.

Bagaimanapun, sama ada tidur berasingan atau bersama, anda perlu menyediakan ruang tidur yang sesuai untuk anak. Ia harus memberi keselesaan kepada bayi. Berikut beberapa panduan yang perlu anda ikuti :

1. Gunakan tempat tidur yang berukuran besar. Jika perlu, rapatkan tempat tidur bayi ke tempat tidur anda.

2. Cuba pelbagai cara tidur yang selesa untuk semua orang. Bayi berada di tengah ibu bapa atau di antara ibu dengan dinding.

3. Jangan tidur bersama dengan lebih dari seorang anak kerana ia menyebabkan ketidakselesaan. Ketika tidur, kanak-kanak lebih lasak sehingga boleh membahayakan bayi. Jika masih ingin tidur bersama, kanak-kanak diletakkan di tempat tidur lain di samping tempat tidur anda, sementara bayi tidur bersama ibu dan bapa.

4. Jika ingin privasi, tidur bersama bayi hanya pada sebahagian malam. Letakkan bayi di tempat tidurnya dan ketika dia terbangun, pindahkan semula untuk bersama anda atau ibu berpindah bersama bayi tanpa suami. Dengan begini anda mempunyai waktu privasi tanpa khuatir menggangu bayi.

Banyak juga yang kita boleh pelajari. Ianya merupakan pengalaman buat saya yang jarang membaca. Terasa begitu banyak yang saya tidak tahu. Malunya kan..... Tetapi kini, saya sudah mula meminati buku dan mencari artikel atau info yang dapat menambahkan ilmu. Bukan untuk saya sahaja tetapi untuk anda juga.

Sekarang mari kita lihat posisi tidur lena. Terdapat beberapa posisi untuk tidur iaitu posisi meniarap, mengiring atau terlentang, namun yang pasti tidur lena penting untuk perkembangan bayi. Berikut posisi tidur bayi yang disesuaikan dengan keadaan bayi.

Meniarap

Posisi ini masih diperdebatkan. Di satu pihak, secara statistik, SIDS ( sudden infant death syndrom) atau sindrom meninggal dunia mendadak banyak terjadi pada bayi yang tidur meniarap. Namun sebahagiannya berpendapat bahawa tidur bayi menjadi lebih nyenyak, kurang menangis, penafasannya teratur dan perkembangan motornya lebih baik.

Pilih jika: Ingin bayi tidur lena tetapi perlu sentiasa diawasi. Usahakan mulut atau hidung bayi tidak tertutup hingga boleh menghalang pernafasannya.


Image result for bayi tidur sendiri


Mengiring

Mengiring ke kanan biasanya dipilih untuk bayi pra matang, terutamanya yang minum menggunakantiub atau masih dibantu alat bantu pernafasan. Ketika bayi hendak dibawa pulang, jururawat menganjurkan agar bayi sering ditidurkan dalam posisi ini bagi mengelakkan penghasilan air liur.

Pilih jika: Bayi sering mempunyai air liur yang banyak.





Telentang

Ini posisi tidur yang lazimnya bagi bayi. Bayi belum mampu berguling dan posisi ini terbukti paling selesa. Tidurkan telentang mengurangkan risiko kematian bayi akibat SIDS sehingga 50 peratus.

Pilih jika: Ingin memperkecilkan risiko SIDS.





Anak saya yang sulung, saya suka bagi tidur posisi telentang. Kadang kala sahaja saya bagi anak saya tidur mengiring. Alhamdulillah dia selesa dengan posisi begitu.

Sampai disini dahulu celoteh saya. Nanti saya kongsikan lagi info-info atau artikel yang membina.
Sumber saya perolehi daripada mingguan wanita.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Cara merawat penyakit GERD dengan kaedah semulajadi

Sakit telinga - Mari kita kenali punca dan rawatan yang sesuai

Tanda-tanda sakit jantung serta senaman yang dapat mengurangkan gejalanya.