9 tip makan untuk tubuh yang sihat dan cergas

Jun 08, 2015

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Hari ini hari kedua saya masuk kerja setelah bercuti selama seminggu. Seronok bercuti lagi kot! Tapi kerja hakiki harus dilakukan sebab sudah terikat. Asalkan saya dapat bercuti pun sudah cukup baik kan??? Itu pun nak bising lagi....

Hari ini saya nak bercerita tentang makan. Sudah la tak lama lagi nak berpuasa, boleh pulak cerita tentang makan. Nanti kena luku kepala baru tahu..... Hihihihihi..... Kali ini bukan cerita makan yang macam-macam tu tapi makan untuk tubuh yang sihat dan cergas.

Semua orang memerlukan makanan untuk kelangsungan hidup. Namun kesilapan memilih makanan dan mengambilnya secara berlebihan bukan sahaja bakal memendekkan usia bahkan membuatkan hidup menderita akibat risiko pelbagai penyakit. Sebaiknya, pastikan amalan pemakanan kita adalah seimbang mengikut piramid makanan yang ditetapkan. Usah tinggalkan khasiat utama yang tubuh perlukan. Makanlah untuk hidup dan bukannya hidup untuk makan.

Di sini, saya senaraikan jenis pemakanan untuk tubuh sihat iaitu:


1. Gula, anti awet muda

Gula memang membahayakan. Ia boleh menyebabkan pelbagai penyakit terutamanya diabetes dan darah tinggi. Tahukah anda, gula juga menjadikan anda kelihatan lebih tua. Bagaimana gula bertindak? Apabila kadar gula dalam darah menjadi tinggi, gula akan masuk ke kolagen kulit sehingga menjadikan kulit kelihatan kaku. Oleh itu awasilah juga pemakanan yang tinggi kandungan gula.

2. Daun pegaga redakan ketegangan

Daun pegaga mengandungi bahan aktif, triterpenoidglikosida yang kaya dengan vitamin A dan C. Ia juga kaya zat besi untuk menguatkan daya ingatan, melancarkan peredaran darah dan melegakan ketegangan akibat tekanan. Menurut kajian penyelidik dari Universiti Putra Malaysia, tumbuhan herba yang lazimnya di jadikan ulam-ulaman ini juga membantu meningkatkan keupayaan dari segi pengawalan saraf dalam kalangan kanak-kanak kurang upaya.

3. Diet tinggi protein jadikan anda lebih tua

Jika anda mengamalkan diet tinggi protein, kemungkinan besar anda akan kelihatan 3 ke 8 tahun lebih tua dari usia sebenar. Diet tinggi protein sebenarnya menyebabkan sumber kalori hadir daripada lemak yang memberi kesan kepada jantung. Jika sebelum ini anda menggemari daging merah, cuba tukar kepada ikan dan tambahan sayur-sayuran.

4. Keju kurangkan berat badan

Keju tinggi dengan kalori dan lemak? Benar! Namun, terdapat juga kelebihan yang ada disebalik keju. Pengambilan produk tenusu dalam pemakanan harian dapat membantu mengurangkan risiko penyakit jantung dan kencing manis. Selain itu, kajian juga mendapati ia dapat membantu dalam proses mengurangkan berat badan. Keju adalah tinggi protein dan merupakan sumber kalsium yang terbaik.

5. Baiknya daging merah

Daging merah adalah sumber vitamin D yang terbaik. Selain itu, daging merah juga mengandungi zinc yang penting untuk fungsi-fungsi fisiologi dan merupakan sebahagian daripada struktur bagi banyak protein dan enzim.

6. Tingkatkan mood dengan kopi

Amalan meminum kopi kosong mempunyai beberapa kelebihan yang tidak kita ketahui. Kopi dapat meningkatkan mood, masa reaksi, ingatan, kewaspadaan dan fungsi kognitif umum. Selain itu, ia boleh membantu anda membakar lemak dengan merangsang sistem saraf pusat dan meningkatkan metabolisme anda.

7. Durian kawal kadar jantung dan tekanan darah

Pasti ramai yang kurang gemar dengan bau Raja Buah ini. Tahukah anda, durian tinggi dengan nilai serat. Ia juga mengandungi vitamin C, vitamin B6 dan folat. Ia juga tinggi dengan potassium di mana ia dapat membantu mengawal kadar jantung dan tekanan darah.
 

8. Tingkatkan daya ingatan dengan minyak sapi

Minyak sapi penuh dengan vitamin larut lemak A, D, E dan K. Kandungan yang terdapat di dalam minyak sapi ini mengandungi asid linoleik conjugated(PTK). Ia adalah asid lemak antioksidan yang boleh mengurangkan risiko beberapa jenis kanser dan membantu dalam penurunan berat badan. Namun, untuk mendapatkan khasiat dari penggunaan tersebut, elak menggunakan minyak sapi ini secara berlebihan.

9. Nutrien tambahan dalam hati lembu

Hati lembu mengandungi pelbagai nutrien tambahan seperti zinc, vitamin B12 dan vitamin A. Sumber ini dapat membantu mengurangkan penyakit yang berbahaya. Ia adalah sumber protein yang baik. Ia juga dapat melindungi daripada kanser, keletihan dan mengoptimakan sistem imun anda. Walaubagaimanapun, hadkan pengambilannya agar tidak berlebihan.
Banyak juga makanan yang mampu membuatkan tubuh kita sihat tetapi harus di hadkan pengambilannya agar tidak berlebihan. Bimbang akan timbul kesan sampingan yang tidak kita ingini. Berpada-padalah di dalam membuat sebarang keputusan untuk pemakanan supaya kita dapat mengekalkan tubuh yang sihat bukan sahaja di luar tetapi juga di bahagian dalam.

Disebabkan itulah kita perlu mengambil makanan tambahan yang mampu memberikan kesan yang baik untuk tubuh badan kita. Makanan tambahan tidak semuanya tidak elok untuk kesihatan. Kita harus mengkaji dahulu sebelum membelinya. Jika anda ingin mengetahui dengan lebih lanjut, boleh call atau sms 0109690399 atau whatapps 01115367287.

Sumber saya perolehi daripada majalah Rapi januari 2015.

Sampai disini dahulu coretan saya. Ada masa saya lakarkan lagi ye.....

You Might Also Like

0 ulasan