Selasa, 30 Jun 2015

5 tip diet mudah untuk tubuh badan yang menarik

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Di harap anda semua sihat sejahtera di samping keluarga.
Sudah beli baju raya ke? Kasut raya, beg tangan ataupun kuih raya? Saya tak beli kuih tahun ini, hanya beli kek sahaja. Inginkan kelainan sedikit. Hihihihihi.....


Hari ini saya ingin bercerita mengenai tip-tip mudah untuk kita berdiet. Tidak perlu terlampau ekstrim sehingga boleh menyebabkan kerosakkan dalaman tubuh badan kita.
Berat masih belum turun walaupun pelbagai program diet telah dilakukan. Usah cepat berputus asa kerana anda masih belum terlambat untuk mengamalkan kaedah lain meskipun usia semakin menginjak naik. Sekiranya anda masih sukar mematuhi nasihat pakar maka mulakanlah dengan program baru.

Peruntukkan enam minggu untuk laksanakan kaedah ini dan biarkan tubuh merasai perubahannya secara perlahan-lahan. Selain mudah, ia juga menyeronokkan selain tidak membebankan.


Antara 5 tip yang boleh diikuti ialah :


1. Pilih hanya makanan sihat

Ambillah makanan sihat. Jangan kerana berputus asa maka anda kembali ke tabiat lama. Terdapat satu kajian yang dijalankan di Amerika Syarikat yang mengatakan mana-mana individu cenderung mengambil apa jua makanan yang terhidang di hadapannya. Disebabkan itu maka hidanglah makanan sihat dan memberi manfaat buat tubuh.

Dalam kajian berbeza, seseorang yang mempunyai kebiasaan menyimpan buah dan sayur di bahagian tengah peti ais cenderung mengalami penurunan berat badan sebanyak 0.5kg sebulan. Oleh itu, bersihkan almari menyimpan makanan dan peti ais daripada makanan-makanan tidak sihat seperti minuman bergas, krim keju dan macam-macam lagi. Sekiranya ada buah-buahan maka potong dan letakkan di dalam bekas di ruang tengah peti ais sementara lebihan makanan segera yang maaih ingin disimpan sebaiknya diletakkan dibahagian bawah peti ais bagi mengelakkan mudah dicapai.




2. Kesan masalah dahaga, lapar

Ada ketika rasa dahaga ditafsirkan sebagai lapar. Bagi memastikan kebenarannya, cuba uji dengan mengambil air putih dan minum. Selepas itu, barulah diputuskan untuk 'mendapatkan' makanan atau sebaliknya. Kaedah lain yang boleh digunakan untuk 'mengesan' rasa lapar ialah dengan memasukkan hirisan lemon atau segenggam buah strawberi ke dalam segelas air putih. Minum dan rasakan 'perubahannya' selepas sepuluh minit. Adakah perut masih kelaparan atau sebaliknya?




3. Selitkan makanan berkhasiat di dalam pinggan

Tabiat mengambil makanan dalam jumlah yang banyak memang sukar dikikis tetapi tidak salah jika dicuba. Cara lain yang turut dicadangkan ialah dengan menambah apa jua makanan sihat ke dalam piring anda seperti mana yang dijelaskan oleh Melanie Mc Grice selaku pakar diet dari Health Kick Nutrition & Dietetics Australia. Sebagai contoh, jika anda mengambil piza atau pasta, maka selitkan salad atau sayur-sayur lain sebagai 'penyedapnya'.


4. Pilih hidangan berwarna-warni

Seronok bukan melihat makanan berwarna-warni dan 'bertenaga'. Ini kerana semakin banyak warna di dalam pinggan anda maka semakin banyaklah nutrisi yang diperolehi. Sebab itulah, sebelum mengunyah apa jua makanan, perhatikan piring anda terlebih dahulu. Sekiranya makanan kelihatan pucat maka 'berikan' sedikit warna kepadanya paling tidak 10 warna sehari. Sekiranya sukar maka bolehlah dicuba dengan tiga warna dahulu.




5. Cari kawan 'seangkatan'

Rancangan menurunkan berat badan sudah lama bermain di ingatan tetapi setiap kali melakukannya, tak pernah berjaya. Dicadangkan agar mencari kawan-kawan senasib dengan anda. Terdapat satu kajian di Amerika mengatakan bahawa diet dan senaman yang dilakukan bersama kawan terasa lebih mudah dan menyeronokkan berbanding sendirian.

Oleh itu, apabila anda ingin mengambil hidangan tengahari, pelawalah kawan yang berada pada misi dan landasan yang sama. Pada masa yang sama kongsi rancangan diet anda sekali gus mintalah kawan anda memberi peringatan sekiranya anda terlanggar program diet yang sedang dilaksanakan.

Seronok rupanya bila kita berkeinginan untuk berdiet. Tidak perlu terlalu tertekan dengan bentuk badan kita. Buat secara perlahan-lahan tetapi maksima daripada buat banyak-banyak tetapi minima kesannya.

Lebih elok jika kita mempunyai kawan-kawan yang ingin turut serta. Lagi dapat banyak faedah dan manfaat. 

Disini saya sertakan set yang sesuai mengikut bajet anda. Anda boleh pilih untuk memiliki yang mudah atau yang kurang mudah. Terpulang kepada anda. Jika anda berminat, anda boleh hubungi saya di 010-9690399 atau whatapps 01115367287. Saya akan terangkan satu persatu kepada anda.


Sumber saya perolehi dari mingguan wanita 2014.

Tiada ulasan: