Penggunaan bahan kimia dalam produk pelangsingan dan kosmetik

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Di harap anda sihat sejahtera di cuti minggu ini. Almaklum la cuti sekolah akan menjelma. Kenduri kendara pun banyak juga nie.... Ermmm..... Tak menang nak ikut. Hihihihi....
Hari ini saya bukan nak cerita tentang program cuti sekolah atau kenduri kahwin pun. Itu sesaja saya selitkan. Seperti mana yang dapat anda lihat pada tajuk di atas, sudah semestinya anda pernah terlihat atau terdengar ataupun terbaca. Kebelakangan ini produk kosmetik dan pelangsingan tumbuh bagaikan cendawan setelah hujan. Berbagai-bagai tagline atau dalam bahasa mudah slogan iklan atau frasa yang digunakan untuk menarik perhatian pembeli.
Namun, pernahkah anda terfikir atau berfikir apakah bahan-bahan yang mereka gunakan? Adakah bahan-bahan tersebut daripada sumber asli atau sintetik? Bagaimanakah proses pembuatannya? Dan lain-lain lagi.

Di sini saya senaraikan beberapa bahan kimia yang digunapakai di dalam pembuatan produk kosmetik dan pelangsingan.

1. Hydroquinone
Apakah hydroquinone? Hydroquinone adalah sejenis bahan kimia yang kebiasaannya digunakan untuk tujuan merawat kulit yang mengalami masalah hyperpigmentasi. Hydroquinone 2% sahaja yang dibenarkan untuk syarikat kosmetik mengikut sumber daripada Pusat Racun Negara. Hydroquinone 4% hanya boleh didapati melalui preskripsi(surat ubat) doktor sahaja.
Produk kosmetik yang dicampurpalsukan dengan hydroquinone lazimnya dipasarkan untuk tujuan mencerahkan kulit, merawat masalah jeragat serta kulit tidak sekata.
Kesan alahan yang selalu dialami oleh pengguna adalah alahan kulit(allergic contact dermatitis. Ochronosis pula ialah kulit menjadi tebal dan hitam ditempat kulit terdedah kepada bahan itu. Kebiasaannya berlaku kepada orang kulit hitam. Selain itu juga, kawasan kulit boleh terluka, terbakar, kering dan gatal. Hydroquinone juga boleh menyebabkan sesak nafas, serangan lelah, bengkak bibir dan muka dan lidah serta ruam.







2. Merkuri
Merkuri adalah merupakan logam berat yang berbentuk cecair. Jadi, bau logam dia kuat menyengat. Jika wangi pun kemungkinan sudah dicampur dengan pewangi.
Produk merkuri yang dicampurpalsukan dengan merkuri lazimnya di pasarkan untuk tujuan mencerahkan kulit dan rawatan anti-penuaan. Merkuri yang terkandung di dalam produk kosmetik boleh menyerap masuk ke dalam badan dan menyebabkan kerosakkan pada buah pinggang dan sistem saraf.


3. Dexamethasone
Dexamethasone adalah sejenis kostikostiroid(kumpulan) yang poten( berkesan) dan ia digunakan untuk rawatan masalah pembengkakkan atau radang yang serius. Ia hanya boleh dibekalkan oleh doktor atau diperolehi daripada farmasi dengan preskripsi doktor. Dexamethasone tidak dibenarkan digunakan sebagai ramuan dalam ubat tradisional.
Penggunaan berpanjangan boleh mengakibatkan kesan sampingan serius seperti kelemahan otot, kerapuhan tulang, peningkatan gula dalam darah, tekanan darah tinggi, katarak, peningkatan risiko infeksi dan syndrom cushing.
Syndrom cushing dicirikan sebagai muka membulat(moon face) dan peningkatan berat badan dengan obesiti di bahagian tengah badan(central obesiti)



Image result for imej cushing syndrome
4. Tretinoin
Tretinoin merupakan bahan kimia terbitan vitamin A dan biasanya digunakan untuk mengurangkan kesan inflamasi bagi rawatan jerawat(acne vulgaris).
Biasanya dipromosikan untuk tujuan merawat masalah jerawat dan membantu mengurangkan kedutan. Penggunaan tanpa pengawasan boleh menyebabkan bahagian kulit yang disapu kemerahan, tidak selesa, pedih, mengelupas dan hipersensitif kepada cahaya.

5. Sibutramine
Sibutramine adalah ubat terkawal yang digunakan untuk rawatan obesiti.
Kesan sampingan yang biasa dikaitkan dengan sibutramine adalah peningkatan tekanan darah dan kadar denyutan jantung, kering mulut dan tekak, muntah, cirit-birit, pening, sakit kepala dan sukar tidur. Sibutramine telah ditarik balik pada 23 disember 2012 atas sebab peningkatan risiko kesan advers kardiovaskular.


6. Asid Azelaik
Asid Azelaik adalah merupakan sejenis bahan kimia yang digunakan hanya dengan kawalan Pihak Berkuasa Kawalan Dadah. Seperti yang telah kita ketahui, Asid Azelaik digunakan untuk mengurangkan kesan inflamasi(keradangan) bagi merawat masalah jerawat (acne vulgaris).
Kesan sampingan penggunaan Asid Azelaik adalah boleh menyebabkan bahagian kulit yang disapu mengalami rasa terbakar. Selain itu boleh menyebabkan kegatalan, kesan kemerahan, kulit mengelupas dan perubahan warna kulit.

7. Avanafil/tadalafil
Avanafil dan tadalafil(nortadalafil adalah analog kepada tadalafil). Analog adalah terbitan daripada. Avanafil dan tadalafil merupakan ubat dalam kelas phosphodiesterase-type-5(PDE-5) inhibitor( perencat). Avanafil dan tadalafil digunakan di dalam rawatan disfungsi erectil iaitu mati pucuk. Avanafil dan tadalafil hanya boleh digunakan dengan preskripsi doktor. Avanafil dan tadalafil boleh mengakibatkan kesan sampingan seperti pengurangan atau kehilangan penglihatan dan pendengaran, penurunan tekanan darah sehingga ke peringkat yang bahaya, stroke dan serangan jantung.

 Image result for imej tadalafil

Jadi, seharusnya kita berhati-hati sebelum membeli. Cari info-info produk sebelum ingin mencuba sesuatu produk yang berlambak-lambak di pasaran. Kaji dahulu apa bahan yang digunakan. Kesihatan yang kita ada ini tidak ada nilainya. Jagalah dengan sebaik mungkin.

Produk organik semakin mendapat tempat di hati masyarakat. Tetapi produk organik memang mahal sesuai dengan caranya ditanam dan menggunakan bahan-bahan semulajadi. Alam semulajadi tersangat indah....
Sampai di sini dahulu coretan saya. Nanti saya coretkan lagi info-info yang baru.
Sumber yang saya perolehi adalah dari BIRO pengawalan  farmaceutikal kebangsaan.
 Assalmualaikum wbt.......

Ulasan

Ibu Zarith berkata…
Sebenarnya kak Zarith sangat takut pada bahan-bahan kimia ni. Nak-nak bila apply kat muka..uishh..scary..kot2 tumbuh jerawat batu ke kan
suliana yusof berkata…
Dulu waktu study mcm2 produk saya apply. Time tu xfikir lgsung kand. dia. Asal bleh dpt kulit cerah, gebu dan cantik. Tp skrg, saya dh tukar ke nature. Xmau jadi mcm cousin saya. Ngeri tau kak.....

Catatan popular daripada blog ini

Cara merawat penyakit GERD dengan kaedah semulajadi

Sakit telinga - Mari kita kenali punca dan rawatan yang sesuai

Tanda-tanda sakit jantung serta senaman yang dapat mengurangkan gejalanya.