Kelegaan segera setelah mengalami demam di tadika

Mei 30, 2015

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Diharap hendaknya semua di dalam kesihatan yang baik. Kelmarin sewaktu mengambil anak dari tadika, cikgu ada beritahu yang ainul demam. Sebagai seorang ibu, perasaan cuak dan sedih tetap menyelubungi. Sebelum ke tadika tak ada tanda-tanda nak demam pun. Namun saya redha kerana itu mungkin sebagai ujian untuk saya mengawal emosi.

Balik rumah, saya bagi ainul makan nasi berlauk ayam masak merah. Biarpun hanya lima suap, itu sudah memadai untuk saya. Kemudian saya beri ainul minum sirap paracetamol ( ubat demam atau tahan sakit). Saya beri berdasarkan berat badan ainul. Tak boleh beri melebihi dos yang telah ditetapkan. Kurang dos pula nanti tak lega demam pula. Kemudian, saya mandikan ainul. Bermula daripada tapak kaki naik ke kepala. Memang meraung la si ainul tapi saya tetap kuatkan semangat agar anak saya cepat sembuh. Bimbang tonsil dia bengkak kembali akibat demam.
 

Usai sahaja mandikan ainul, saya keringkan badan dan beri ainul minum susu. Dalam susu ainul saya masukkan dua sudu kfc meal shake. Kemudian saya beri ainul minum. Teringat petua orang-orang lama, saya cari asam jawa dan mula membancuhnya. Selesai membancuh asam jawa, saya sapukan air asam jawa ke seluruh tubuh ainul. Rambut dan ubun-ubun pun saya bubuh sekali. Bila hampir nak kering, saya sapu lagi air asam jawa tu ke satu badan ainul. Ada juga dalam tujuh ke lapan kali juga saya ulang benda yang sama sehingga saya dan ainul tertidur. Petua orang dulu-dulu ada ketikanya boleh digunapakai. Menggunakan bahan semulajadi. Saya gemar rawatan semulajadi lagi daripada rawatan moden. Ikut kepada keperluan.

 
 

Apabila saya terjaga, ainul pun terjaga sekali. Macam ada instint pula kan? Alhamdulillah, panas badan ainul dah kembali ke normal. Syukur alhamdulillah. Perasaan saya gembira dan tenang. Tak la nak susah hati sangat. Mungkin sebab saya dah biasa dengan keadaan seperti ini. Untuk pengetahuan semua, dekat dua bulan lebih ainul tak demam. Last ainul demam semasa cuti penggal bulan mac. Sebelum tu, tiap2 bulan ainul demam sehinggakan pernah pergi periksa sampai empat klinik. Penat dan banyak duit keluar, namun demi anak, apa sahaja akan saya usahakan supaya ainul sihat dan cerdas.
 

Saya hanya beri ainul makan vita-lea for children dan meal shake. Itulah supplement yang diambil oleh ainul. Sebelum ini, berbagai-bagai vitamin saya beli untuk ainul, namun tak jumpa yang serasi. Rupanya ainul serasi dengan supplement sahaja. Bersumberkan alam semulajadi dan diproses dengan teliti mengikut syariat. Itulah supplement yang menjadi kesukaan kami sekeluarga. Kesihatan lebih bernilai jika hendak dibandingkan dengan duit. Duit tidak dapat membeli kesihatan tetapi kesihatan perlukan duit. 
 

Tidak rugi pun melabur untuk supplement kerana kesihatan yang diperolehi bersifat jangkamasa panjang. Bukan lah kita tidak tua, tetap tua cuma tidak melambangkan umur sebenar. Tetap nampak anggun mempesona. Sapa yang tak mahu kan????? Tepuk dada tanya diri....
 

Jika anda berminat untuk mengetahui dengan lebih lanjut, sms/call 0109690399 atau whatapp 01115367287. Insyaallah, saya akan bantu. Untuk kali ini, setakat di sini dahulu. Nanti saya update lagi info-info yang baru. Sudah nak masuk bulan Ramadhan. Anda sudah bersedia?

You Might Also Like

0 ulasan