Kebaikan senaman yang memberi pelbagai manfaat yang terbaik untuk tubuh anda.

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Bertemu kembali kita di pagi yang indah dan permai ini. Suasana kampung yang penuh dengan bunyi kokokkan ayam, siulan burung dan kucing yang mengiau meminta secubit makanan. Alhamdulillah, syukur kerana dapat menulis lagi pada kali ini. Idea datang mencurah-curah seperti curahan air hujan. Usai sahaja mendirikan solat, saya terus ke tempat duduk di meja makan kerana jari saya ingin menari-nari di atas keyboard.

Pagi ini ada kenduri akad nikah tok sedara saya di kodiang. Jadi, kami akan bertolak awal sedikit tambahan pula,  keluarga maksu saya pun akan turut serta. Jadinya, kami akan berkonvoi. Seronok sangat sebab bukan selalu dapat berkumpul beramai-ramai bersama sanak saudara yang jauh. Kalau tidak kerana kenduri, mungkin susah juga kami hendak berjumpa.

Pagi ini saya bukan hendak bercerita tentang kenduri atau adik-beradik. Saya ingin bercerita tentang betapa senaman itu sangat bagus untuk kesihatan kita. Ermmm.... anda selalu bersenam tak? Saya bersenam hari-hari. Cuma cara saya tak la selincah seperti orang lain. Hihihihihi....
 

Sebelum kita pergi lebih jauh, jom kita belajar apa itu senaman. Senaman adalah satu bentuk aktiviti fizikal atau riadah yang selalunya dilakukan dalam jangkamasa tertentu, berulangkali dengan tujuan meningkatkan tahap kecergasan dan kesihatan. Kecergasan pula bermaksud berada dalam keadaan cergas dari egi fizikal dan mental, berkeupayaan melaksanakan tugas harian dengan efisien tanpa merasa letih atau kelesuan dan dapat melibatkan diri dalam aktiviti riadah di samping itu masih lagi memiliki tenaga untuk menghadapi saat-saat yng tidak terduga dan kecemasan.

Panjang juga maksud senaman dan kecergasan itu tadi. Tapi sepertimana yang kita tahu, terdapat beberapa faedah atau kebaikkan senaman. Diantaranya ialah :

- Meningkatkan kecergasan fizikal anda.
 

- Memperbaiki keseimbangan, koordinasi dan gaya jalan.
 

- Meningkatkan tenaga untuk melakukan tugasan harian.


- Mempertingkatkan harga diri dan mengurangkan keresahan.

- Mempercepatkan pemulihan dari penyakit dan tekanan mental.
 

- Mengawal tekanan darah dan menguatkan jantung.
 

- Memperbaiki keupayaan mengawal paras glukosa dalam darah.

- Melambatkan osteoporosis.
 

- Berpeluang bergaul dengan orang ramai.

- Meningkatkan kecergasan jantung, paru-paru dan memperbaiki sistem edaran darah.
 

- Meningkatkan kecekapan pergerakkan dan kelembutan badan.

- Menambahkan kekuatan dan daya tahan otot.

- Membantu mengawal berat badan dengan lebih baik dan mencegah kegemukan.
 

- Mengurangkan risiko kanser
Kajian perubatan mengesahkan bahawa tahap kecergasan yang rendah akan meningkatkan risiko mendapat sesetengah jenis kanser.

- Mengurangkan kesakitan kedatangan Haid
Sesetengah wanita mendapati mengurangkan simptom kesakitan pra-haid dan ketika haid.
 

- Meningkatkan kualiti tidur
Senaman mengalakkan tidur lena apabila keletihan akibat aktiviti fizikal menyebabkan badan dan minda lebih mudah untuk tidur.
 

Itulah sebahagian daripada faedah atau kebaikkan yang dapat kita perolehi daripada bersenam. Jadi, saya berharap kita semua dapat melakukan aktiviti bersenam bersama-sama untuk mendapat kesihatan yang lebih baik. Seminggu tiga kali pun sudah memadai.

Sampai di sini dahulu coretan saya. Lain kali saya akan coretkan lagi. Hendak bersiap untuk ke Kodiang. Jom, beransur dulu ye... Jika ada apa-apa ingin di komen, sila lah ye...

-



Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Cara merawat penyakit GERD dengan kaedah semulajadi

Sakit telinga - Mari kita kenali punca dan rawatan yang sesuai

Tanda-tanda sakit jantung serta senaman yang dapat mengurangkan gejalanya.