Jumaat, 29 Mei 2015

Cara merawat penyakit GERD dengan kaedah semulajadi


Assalamualaikum dan salam sejahtera. Di harap anda semua sihat hendaknya. Dua hari lepas, rumah saya tiada air. Memang susah sikit la. Sudah la saya tinggal di tingkat tiga, memang mencabar sungguh. Bila air tiada ni, kerja-kerja rumah tidak dapat diselesaikan. Tidak dapat hendak memasak, membasuh dan lain-lain lagi la. Mujur juga rumah mertua dekat situ juga. Kalau tidak kena tunggu hujan je la baru boleh nak mandi... Hahahahahah.... Jenuh tunggu la, itu pun jika hujan turun.

Oklah, saya bukan hendak cerita tentang air atau syarikat air atau apa-apa yang berkenaan dengan air. Saya ingin bercerita mengenai penyakit GERD. Tahu tak apa itu GERD? GERD ialah singkatan kepada Gastro Esophageal Reflux Disease atau dengan kata lain ialah pedih ulu hati. Merupakan masalah kesihatan yang terjadi apabila asid dalam perut mengalir naik ke esofagus(reflux asid). Reflux asid boleh menyebabkan gejala yang menganggu dan memberi komplikasi kepada yang menghidapi.

Tugas saluran makanan (esofagus) adalah untuk menghalang makanan dari naik semula ke dada. Tahukah anda, terdapatnya satu injap umpama enjin pada saluran makanan kita? Apabila makanan telah diambil, ia seharusnya turun ke perut untuk proses penghadaman. Ketika makanan atau asid dalam perut anda melepasi injap ini dan naik ke dada, anda bakal mendapat pedih ulu hati. Atas faktor ini, anda tidak digalakkan untuk mengambil makanan yang banyak pada satu masa bagi mengelakkan injap gagal berfungsi (lemah) dan menyebabkan pedih ulu hati.

Terdapat beberapa faktor terjadinya GERD iaitu :

1. Pencerut esofagus menjadi lemah.

2. Esofagus kehilangan fungsi peristalsis ( pergerakkan esofagus terganggu)

3. Kegemukan

4. Terlebih penghasilan asid di perut

5. Perut lambat kosong akibat daripada lambatnya pemprosesan makanan di perut.

6. Terlebih makan sehingga perut penuh.

7. Merokok

8. Mengandung

9. Pembedahan dalam pesakit achalasia

10. Ubat-ubatan

Terdapat beberapa gejala atau simptom penyakit GERD iaitu

1. Sakit atau rasa tidak selesa di dada.

2. Sakit dibahagian abdomen.

3.  Kerap sendawa

4. Kembung perut

5. Kesukaran untuk menelan.

6.Batuk yang berterusan

7. Tidur yang terganggu

8. Suara serak/sakit tekak yang berterusan

9. Ketidakhadaman makanan

10. Terasa pahit atau masam pada mulut

Antara makanan dan minuman yang perlu dielakkan adalah :

1. Arak

2. Minuman berkafein

3.Minuman berkabonat

4. Coklat

5. Buah-buahan sitrus

6. Makanan berlemak atau bergoreng

7. Makanan pedas

8. Makanan berasaskan tomato seperti sos tomato, spageti dan lain-lain

Rawatan yang perlu diberikan kepada pesakit GERD :

Kebanyakkan individu boleh mengawal rasa kurang selesa pedih ulu hati dengan mengamalkan cara hidup sihat tanpa perlu bergantung kepada ubat-ubatan dan preskripsi doktor. Namun jika teruk, ubat-ubatan hanyalah untuk membantu pada kadar sementara sahaja.

 Rawatan yang digunakan di hospital atau klinik ialah :

1. Antasid
Antasid secara umumnya merupakan kumpulan ubat-ubat yang mengurangkan kerengsaan perut. Penggunaan ubat jenis ini menimbulkan kesan sampingan seperti sembelit atau cirit-birit.


2. Perencat Pam Proton(Proton Pum Inhibitors)
Perencat Pam Proton digunakan untuk mengurangkan rembesan gastrik dan mempercepatkan penyembuhan. Di antara jenama ubat yang dikenali ialah Omeprazole, Nexium dan lain-lain.
Penggunaan jangka masa panjang boleh menyebabkan risiko tulang rapuh.




Sepertimana yang kita telah ketahui, penyakit GERD ni tiada ubat penyembuhan yang kekal. Hanya untuk sementara sahaja dan ada yang mempunyai kesan sampingan. Adalah lebih elok jika kita menggunakan kaedah lain selain dari menukar gaya hidup yang lebih sihat. Makanan tambahan juga patut diselitkan sekali. Bukan apa, sekurang-kurangnya kita tidak perlu bergantung kepada ubat.

Peppermint Ginger plus ini adalah makanan tambahan yang sangat sesuai untuk sesiapa yang menghidapi penyakit GERD atau pedih ulu hati. Bukan itu sahaja, ianya sesuai juga untuk ibu mengandung, orang yang gemar mengembara, membuang angin dalam badan dan macam-macam lagi.

Di sini saya sertakan kandungan bahan yang terkandung di dalam Peppermint Ginger Plus. Terdapat empat jenis bahan iaitu, daun pudina, halia, pokok adas dan anise seed.

Daun pudina
-Melegakan otot perut, ia mempunyai kesan penenang.
-Membantu dalam penghadaman, mabuk laut/darat, melegakan sakit gastrik, pedih ulu hati dan cirit-birit.
-Melegakan kesan-kesan sampingan seperti muntah dan kehilangan selera makan yang timbul daripada rawatan kimoterapi.
-Pudina merangsang pengeluaran peluh, oleh itu menyekat demam apabila seseorang itu dijangkiti selsema. -Perasaan sejuk dan menyegarkan daripada pudina membantu memelihara pemikiran yang jelas dan fokus.

Halia
-Merangsang rembesan enzim salvia untuk mencernakan makanan.
-Melegakan ketidakselesaan perut dan usus, sakit haid, loya dan mual angin ketika mengandung, semasa berpantang.
-Satu kajian di United Kingdom menunjukkan bahawa halia menghalang muntah selepas pembedahan.
 

Pokok Adas
-Menghilangkan kembung perut, melegakan sakit perut, melegakan flu, membantu masalah flu dan saluran usus.

Anise Seed
-Melegakan masalah pencernaan, kesakitan haid, batuk dan kahak.
-Merangsang rembesan jus gastrik untuk pencernaan, menahan kulat yang menyebabkan penyakit kulit, melegakan haba di musim panas dan lembap, memberi peredaran tenaga di dalam badan dan lembut di kulit.













Banyak juga kelebihan peppermint ginger plus ni ye. Menggunakan 100% sumber alam semulajadi. Kalau nak buat secara manual memang susah la. Mujur juga ada Peppermint Ginger Plus ni. Terus makan ja, tak perlu susah payah untuk membuat campuran.



Dikesemptan ini, saya sertakan sekali testimoni mereka yang pernah menggunakan Peppermint Ginger Plus ni. Mana tahu membantu kan!!!



Image result for testimoni peppermint ginger plus shaklee untuk masalah pedih ulu hati


Image result for testimoni peppermint ginger plus shaklee untuk masalah pedih ulu hati

Image result for testimoni peppermint ginger plus shaklee untuk masalah pedih ulu hati



Jika anda berminat, jangan segan atau malu untuk menghubungi saya. Saya akan membantu sesiapa yang mempunyai masalah.

Whatapps : 016-5003075
FB            : Suliana Yusof Sulianayusof
FB PAGE : Multivitamin plus Multimineral
Instagram : sulianayusof


Jika ingin membeli secara online, klik butang troli dibawah ini.



Image result for cara buat butang esell



Sampai di sini dahulu, lain kali saya akan coretkan lagi info-info yang memberi pengetahuan.


Tiada ulasan: