Catatan

Tunjukkan catatan dari Mei, 2015

Kepentingan Ascorbik Asid di dalam tubuh badan selain daripada memelihara kesihatan gigi.

Imej
Assalamualaikum dan salam sejahtera. Diharap cuti ahad ini, anda semua diberi keberkatan dan kesejahteraan di dalam aktiviti yang dilakukan bersama keluarga anda. Hari ini, saya tidak memasak. Kami semua makan di luar. Hahahahahah..... Segankan.... Bukan selalu pun dapat makan di luar bersama emak, abah, ainul, akid dan adik ipar. Cuaca pun redup sahaja seolah-olah memberi peluang kepada kami untuk mengambil angin di luar. Hujan juga di sini, renyai-renyai sahaja. Rasa seronok pula bila mood menulis datang dengan tiba-tiba. Bukan senang mencari idea, namun jika kita berkehendak, kita harus berusaha ke arahnya. Barulah dapat hasil yang memuaskan.

Hari ini saya berkesempatan untuk menulis mengenai Ascorbik asid. Anda tahu apa itu Ascorbik asid? Sepertimana yang kita ketahui, Ascorbik Asid banyak di dalam buah-buahan sitrus.Ascorbik asid atau lebih dikenali sebagai vitamin C adalah vitamin larut air.Ianya mudah dibuang melalui air kencing dan peluh. Oleh itu, pengambilan yang berterusan …

10 tip supaya tetap kekal bertenaga di Bulan Barakah

Imej
Assalamualaikum dan salam sejahtera. Harapan saya ialah anda semua sihat dan ceria. Sekejap sahaja masa berlalu. Lagi beberapa hari sahaja kita akan menyambut Bulan Ramadhan. Eh, puasa tahun lepas sudah diganti ke? Kalau belum, masih sempat lagi untuk berbuat demikian. Bila sebut pasal puasa sahaja, mesti terbayang lauk-pauk, kuih-muih yang dijual di pasar Ramadhan. Bermacam ragam pembeli dengan penjual yang dapat kita lihat. Bila tengok makanan hilang habis keletihan. Ada jugak ye, orang yang macam tu? Eh! Macam kena kat batang hidung sendiri je.... Hihihihihi.....

Sebenarnya, kita tidak boleh menjadikan berpuasa sebagai faktor ataupun punca badan kita menjadi letih. Kesalahan sebenar bukan terletak pada ibadat puasa itu sendiri, tetapi sebenarnya cara kita mengurus diet atau pemakanan kita sewaktu bersahur dan berbuka puasa. Ini penting kerana dapat mengelakkan beberapa masalah kesihatan seperti sembelit, makanan tidak hadam, kembung perut, pedih ulu hati dan kandungan gula rendah …

Kelegaan segera setelah mengalami demam di tadika

Imej
Assalamualaikum dan salam sejahtera. Diharap hendaknya semua di dalam kesihatan yang baik. Kelmarin sewaktu mengambil anak dari tadika, cikgu ada beritahu yang ainul demam. Sebagai seorang ibu, perasaan cuak dan sedih tetap menyelubungi. Sebelum ke tadika tak ada tanda-tanda nak demam pun. Namun saya redha kerana itu mungkin sebagai ujian untuk saya mengawal emosi.
Balik rumah, saya bagi ainul makan nasi berlauk ayam masak merah. Biarpun hanya lima suap, itu sudah memadai untuk saya. Kemudian saya beri ainul minum sirap paracetamol ( ubat demam atau tahan sakit). Saya beri berdasarkan berat badan ainul. Tak boleh beri melebihi dos yang telah ditetapkan. Kurang dos pula nanti tak lega demam pula. Kemudian, saya mandikan ainul. Bermula daripada tapak kaki naik ke kepala. Memang meraung la si ainul tapi saya tetap kuatkan semangat agar anak saya cepat sembuh. Bimbang tonsil dia bengkak kembali akibat demam.
Usai sahaja mandikan ainul, saya keringkan badan dan beri ainul minum susu. Dala…

Cara merawat penyakit GERD dengan kaedah semulajadi

Imej
Assalamualaikum dan salam sejahtera. Di harap anda semua sihat hendaknya. Dua hari lepas, rumah saya tiada air. Memang susah sikit la. Sudah la saya tinggal di tingkat tiga, memang mencabar sungguh. Bila air tiada ni, kerja-kerja rumah tidak dapat diselesaikan. Tidak dapat hendak memasak, membasuh dan lain-lain lagi la. Mujur juga rumah mertua dekat situ juga. Kalau tidak kena tunggu hujan je la baru boleh nak mandi... Hahahahahah.... Jenuh tunggu la, itu pun jika hujan turun.

Oklah, saya bukan hendak cerita tentang air atau syarikat air atau apa-apa yang berkenaan dengan air. Saya ingin bercerita mengenai penyakit GERD. Tahu tak apa itu GERD? GERD ialah singkatan kepada Gastro Esophageal Reflux Disease atau dengan kata lain ialah pedih ulu hati. Merupakan masalah kesihatan yang terjadi apabila asid dalam perut mengalir naik ke esofagus(reflux asid). Reflux asid boleh menyebabkan gejala yang menganggu dan memberi komplikasi kepada yang menghidapi.

Tugas saluran makanan (esofagus) ada…

Penggunaan bahan kimia dalam produk pelangsingan dan kosmetik

Imej
Assalamualaikum dan salam sejahtera. Di harap anda sihat sejahtera di cuti minggu ini. Almaklum la cuti sekolah akan menjelma. Kenduri kendara pun banyak juga nie.... Ermmm..... Tak menang nak ikut. Hihihihi.... Hari ini saya bukan nak cerita tentang program cuti sekolah atau kenduri kahwin pun. Itu sesaja saya selitkan. Seperti mana yang dapat anda lihat pada tajuk di atas, sudah semestinya anda pernah terlihat atau terdengar ataupun terbaca. Kebelakangan ini produk kosmetik dan pelangsingan tumbuh bagaikan cendawan setelah hujan. Berbagai-bagai tagline atau dalam bahasa mudah slogan iklan atau frasa yang digunakan untuk menarik perhatian pembeli. Namun, pernahkah anda terfikir atau berfikir apakah bahan-bahan yang mereka gunakan? Adakah bahan-bahan tersebut daripada sumber asli atau sintetik? Bagaimanakah proses pembuatannya? Dan lain-lain lagi.
Di sini saya senaraikan beberapa bahan kimia yang digunapakai di dalam pembuatan produk kosmetik dan pelangsingan.
1. Hydroquinone
Apakah …