Selasa, 7 April 2015

Persediaan penyusuan sejak hamil.

Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada pembaca sekalian. Ada yang baca ke??? Hihihihi.... Apa-apa pun saya berharap ada yang sudi singgah walaupun hanya untuk membaca tajuk. Hari ini saya ingin kongsikan berkenaan info seperti yang saya tulis di atas.

Menyusukan sendiri bayi saat yang dinantikan oleh setiap yang bergelar ibu. Hakikatnya semua ibu boleh menyusukan anaknya melainkan terdapat masalah-masalah tertentu. Dalam usaha merealisasikan impian itu, anda perlu melaksanakan persiapan awal sejak dari awal kehamilan.

Ramai orang beranggapan bahawa penyusuan susu ibu adalah sesuatu yang semulajadi. Hakikatnya, ia perlu dipelajari. Tanpa adanya ilmu yang mencukupi, dikhuatiri anda akan terkandas dipertengahan jalan nanti.

Disini di senaraikan persediaan yang perlu dilakukan:

1. Hadiri kelas penyusuan

Menghadiri kelas penyusuan semasa hamil. Anda boleh memilih kelas penyusuan di hospital atau klinik kerajaan yang sering diadakan secara percuma. Anda juga boleh memilih kelas berbayar di mana kebanyakannya dikendalikan oleh kaunselor laktasi bertauliah. Sebaik-baiknya, hadir ke kelas berkenaan bersama-sama suami dia turut memahami konsep penyusuan susu ibu. Apabila suami mempunyai kesedaran tentang kebaikan susu ibu, sudah tentu anda mendapat sokongan padu daripadanya.

2. Pemakanan sihat

Apabila anda mengamalkan pemakanan sihat semasa hamil, ia membantu pembentukan kelenjar-kelenjar susu di dalam tisu-tisu tubuh. Lalu, memudahkan penghasilan dan pengaliran susu ibu sebaik bayi dilahirkan. Pada masa yang sama, memastikan keperluan kalsium dan protein dalam tubuh mencukupi.

3. Peralatan penyusuan

Persediaan peralatan penyusuan susu ibu adalah sangat penting dalam memastikan anda dapat menyusukan bayi dengan lancar. Hal ini terutamanya bagi ibu berkerjaya. Antaranya ialah pam payudara, coli penyusuan, pelapik payudara, bekas penyimpanan susu ibu, beg pendingin, pek ais, kain pelindung penyusuan, peti sejuk dan lain-lain.

4. Kebersihan puting

Bersihkan puting setiap kali mandi. Gunakan tuala bersih dan air suam untuk mencucinya. Namun, elakkan menyapu sabun dibahagian puting. Langkah ini sangat penting terutamanya di trimester terakhir kerana kolostrum sudah mula terhasil. Jika tidak dibersihkan sebaik-baiknya, ia dikhuatiri tersumbat. Dalam pada itu, anda boleh juga menarik dan mengurut puting perlahan-lahan ataupun menyikat kedua-dua belah payudara menggunakan sikat secara perlahan-lahan.

5. Kenali payudara

Anda perlu mengenali payudara sendiri. Perkara ini nampak remeh tetapi memberi impak yang besar. Ia membolehkan anda mengetahui sama ada anda mempuntai puting tenggelam atau normal. Cara pemeriksaannya mudah dan boleh dilakukan ketika mandi. Tekan puting payudara dengan tapak tangan selama dua minit dan lepaskan. Jika puting kembali seperti biasa, bermakna puting payudara anda normal. Jika hampir seminit menunggu tiada apa-apa perubahan, itu bermakna anda mempunyai masalah puting tenggelam. Apabila sudah mengetahui masalah payudara, ia memudahkan anda mencari penyelesaian awal agar lebih bersedia.

6. Niat

Pasang niat dan mula berazam untuk menyusukan anak yang bakal dilahirkan sejak anda mula disahkan hamil. Setelah azam ditanam, jangsn lupa suburkannya dengan motivasi menerusi pembacaan, perkongsian pengalaman dan sebagainya. Dengan niat dan azam yang kuat, anda tidsk mungkin mudah berputus asa. Segsla rintangan dan dugaan pasti sanggup anda harungi jika niat dan azam diutamakan melebihi segala-galanya.

7. Berdoa

Sentiasa berdoa dipermudahkan proses perjalanan penyusuan anak anda. Dia suka mendengar doa hamba-Nya. Jadi, selalu dekatkan diri kepada Allah SWT. Sesungguhnya Dia Maha Pemberi Rezeki yang bakal anak anda peroleh nanti iaitu susu ibu.

Ada beberapa set penyusuan daripada shaklee. Bermula mengikut bajet anda. Tidak perlu risau. Semua dapat merasainya.

Set A - Alfalfa.

Set B - ESP + Alfalfa

Set C - Alfalfa + vita-lea + vit c + B complex

Set D - Alfalfa + Vita-lea + Vit C + B Complex + Ostematrix

Set E - Alfalfa + Vita-lea + Vit C + B Complex + Ostematrix + ESP

Set yang saya sebutkan tadi hanyalah membantu sahaja. Perlukan azam yang kuat dan doa.

Tiada ulasan: