Panduan membeli belah secara online

April 04, 2015

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Sabtu pagi yang indah serta diterangi oleh sang suria yang memancar. Seperti kita sedia maklum, kita sekarang ini berada di zaman ict. Bermacam-macam benda atau perkara dapat dilakukan secara online iaitu beli tiket kapal terbang, beli kuih-muih, beli baju, tudung, shawl, kasut, beg tangan dan bermacam-macam lagi la. Kalau hendak disenaraikan memang tidak habis lagi la sampai pagi esok.... heheheheh...

Membeli-belah secara online memang digemari oleh para wanita atau lelaki yang bekerjaya kerana dapat menjimatkan masa serta tidak perlu bersesak-sesak atau keluar membeli di kedai. Ianya juga dapat memberi kebebasan kepada kita untuk membelek-belek barangan dan membandingkan harga tanpa tekanan daripada pembantu atau pemilik kedai.

Sebaiknya kita membeli-belah menggunakan laman e-dagang yang popular seperti Zalora, Lazada, thepoplook dan Faahion valet kerana laman e-dagang tersebut adalah laman yang boleh dipercayai. Jika kita berkenan sesuatu barang di dalam laman e-dagang yang tidak pernah berurusan, sebaiknya pergi sendiri ke kedai tersebut untuk melihat sendiri kewujudan kedai tersebut serta meneliti kualiti barangan.

Membeli-belah dalam talian memang menyeronokkan dan membawa banyak kebaikkan, tetapi kita perlu berhati-hati kerana ia melibatkan transaksi kewangan. Insiden penipuan membabitkan pembelian dalam talian adalah paling banyak dilaporkan. 

Di sini ada beberapa tip atau amalan terbaik untuk pembelian online:

1- Berurusan hanya dengan peniaga atau laman e-dagang yang mempunyai reputasi yang baik, ditubuhkan secara sah dan boleh dipercayai. Laman e-dagang yang mempunyai logo Malaysia Trustmark atau logo pensijilan yang lain menunjukkan bahawa laman tersebut dimiliki oleh sebuah syarikat yang ditubuhkan dengan sah disisi undang-undang dan sistem keselamatannya telah diaudit oleh pihak ketiga.

2- Segala rekod urus niaga, termasuk keterangan produk dan harga, resit dan salinan e-mel yang dihantar atau diterima dari penjual hendaklah disimpan elok-elok.

3- Periksa dengan teliti resit kad kredit dan penyata bank untuk memastikan bayaran yang ditolak adalah bertepatan dengan harga barangan yang dibeli.

4- Buat pemeriksaan tambahan sebelum membeli produk yang mahal seperti telefon pintar baru, barang kemas dan elektronik. Pastikan juga penjual boleh menepati tarikh penghantaran yang diingini.

5- Semak dasar privasi perniagaan dalam talian.

6- Cipta kata laluan khusus dan unik bagi akaun pembelian dalam online. Jangan gunakan kata laluan yang sama dengan akaun laman sosial, e-mel atau aplikasi lain.

7- Jangan sesekali menggunakan komputer awam untuk mengendalikan transaksi kewangan dalam talian. Berhati-hati apabila menggunakan WIFI awam untuk membeli-belah dalam talian.

8- Dari segi teknikal pula, paatikan komputer anda dipasang dengan perisian anti-virus dan sentiasa dikemaskini dengan fail tandatangan terkini. Pastikan juga pelayar internet serta perisian lain dalam komputer anda dikemaskini.

9- Sekiranya terdapat tanda penipuan,seperti kegagalan penghantaran, laporkan perkara tersebut ke Cyber999 dengan menghantar e-mel ke Cyber999@cybersecurity.my. Untuk laporan kecemasan insiden siber, boleh dihubungi Cyber999 di talian +609-2665850.

(Sumber dari majalah anis bil.203)

Diharap dengan info-info tersebut, dapat memberi panduan dan ilmu buat anda dan juga saya. Sampai di sini dahulu coretan saya.
Tatatititutu....

You Might Also Like

0 ulasan