Kuruskan badan secara sihat

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Bertemu kembali kita pada hari ini. Bagaimana kehidupan anda pada hari ini? Harapan saya semoga sihat hendaknya. Lama tidak menulis, maka otak pun agak tepu sedikit. Hihihihi.... Bagaimana hendak saya mulakan ye?

Oklah, suami saya ingin menurunkan berat badan dia yang sudah semakin membesar dengan jayanya. Hihihihi.... Dulu badan ala-ala seperti pelakon Fahrin Ahmad tetapi kini seperti Kung fu Panda pula... Opsss.... terlepas cakap pulak.... harap-harap dia tidak baca..... Hahahahahah....... Jadi saya suggest kepada dia untuk cuba mengambil Alfalfa shaklee dengan Lechitin shaklee. Permulaan, saya suruh dia makan 2 biji Alfalfa shaklee dan 2 biji Lechitin shaklee untuk makan tengahari dan makan malam. Nampak gayanya dia sudah mula kerap ke tandas. Hihihihihi...... Nampak gayanya macam dah nekad untuk menguruskan badan secara sihat.

Rupanya, dengan pengambilan alfalfa ini, masalah resdung suami semakin kurang. Tiada lagi gatal-gatal di hidung dan bau yang kurang menyenangkan. Suami saya dapat dua kebaikkan di dalam satu produk. Di bahagian kakinya pun dah kurang kegatalan. Kalau tidak, kena dapatkan suntikan untuk masalah kegatalan. Suntikan tu pun bukan murah. Kena kerap ulang juga.

Vitamin C yang saya beli untuk saya, saya kongsi dengan suami. Biar sama2 mendapat kebaikkan dan manfaat. Tidak rugi berkongsi, kerana dapat mendidik hati menjadi berjiwa mulia.

Lupa pula hendak bagitahu, hari ahad minggu lepas emak dengan abah saya datang melawat kami sekeluarga. Bermacam-macam makanan yang dibawa namun sambal petai dengan udang menjadi pilihan hati saya. Hihihihihi..... Abah saya sakit urat, kesian pula apabila saya dapat tahu. Sudah tentu dia terpaksa kurangkan aktiviti berkebun dan menanam. Saya bagi Vitamin B Complex shaklee kepada abah saya untuk dicuba selama dua minggu. Kelmarin saya menghantar pesanan ringkas kepada emak saya bertanyakan tentang keadaan abah saya. Emak saya kata, alhamdulillah selepas makan Vitamin B Complex shaklee, sakit urat dia semakin lega. Kalau tidak kena telan ubat tahan sakit sahaja. Lepas tu kena urut pula.

Alhamdulillah, syukur sangat-sangat. Itulah yang dinamakan serasi. Seronoknya bila kita dapat membantu walaupun bantuan yang diberikan tidak la sebesar mana.

Sampai di sini dahulu celoteh saya. Kononnya otak tepu, tapi penuh pulak sampai tidak sempat hendak diproses. Jadi tunggang-langgang pula. Hihihihihi...

Semoga kita mendapat rahmat daripada Ilahi.... Amin... Assalamualaikum...



Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Cara merawat penyakit GERD dengan kaedah semulajadi

Sakit telinga - Mari kita kenali punca dan rawatan yang sesuai

Tanda-tanda sakit jantung serta senaman yang dapat mengurangkan gejalanya.