Kata-kata Motivasi Hidup Agar Lebih Hidup

Assalamualaikum dan salam jumaat. Bertemu kembali pada hari yang mulia ini. Alhamdulillah, pendaftaran aku untuk menjadi ahli shaklee telah pun berjaya dilaksanakan. Terima kasih diucapkan kepada puan Suhaida binti Su'aid di atas pendaftaran tersebut. Beliau merupakan superviser terbaik tau. Banyak yang dikongsikan beliau kepada saya. Rasa macam bersemangat pula untuk memulakan bisnes yang suatu ketika dulu pernah saya laksanakan. Tapi dulu bisnes saya tidak seperti sekarang. Banyak halangan dan cabaran tetapi tidak memberi seperti mana yang diharapkan. Kita harus bekerja lebih keras untuk mendapat tempat walau hakikatnya kita tidak mampu untuk laksanakanya dengan bersendirian.

Sekarang ini, saya hanya hendak fokus kepada sesuatu perkara sahaja. Biar lambat asalkan selamat. Biar lambat asalkan berbaloi. Bukan senang hendak senang dan bukan susah hendak susah. Kejayaan tidak memerlukan wang ringgit tetapi usaha yang jitu. Biarlah mula dari bawah kerana dari situ kita dapat melihat dan mempelajari berbagai-bagai ilmu yang mungkin kita tidak pernah sangka atau tidak pernah kita hadapi. 

Pengalaman merupakan guru yang terbaik. Pengalaman banyak mengajar erti kehidupan dan erti kebahagiaan di dalam kehidupan. Hidup umpama roda, sekejap di atas sekejap di bawah. Kita harus sentiasa bersedia untuk menghadapinya. Tidak dapat menolak dengan sesaat pun perjalanan hidup kita ini.
Begitulah kehidupan...

Eh! panjang pula celoteh. Sebenarnya saja selitkan untuk peringatan diri sendiri juga. Untuk berjaya kita harus belajar dengan orang yang berjaya juga. Bagaimana orang yang berjaya dapat menguruskan masa dengan baik, menguruskan rumahtangga dalam masa yang sama bekerjaya dan sebagainya. Harus banyak membaca dan meneliti serta menyimpan dengan baik di dalam pemikiran kita dan akhir sekali mengamalkannya apa yang terbaik untuk diri kita.

Bersemangat pula hari ini. Itu merupakan petunjuk yang akan membuka laluan kepada kejayaan. Mari kita bersama-sama berusaha sehingga apa yang kita impikan menjadi kenyataan. Dengan azam yang kukuh, segala impian boleh jadi kenyataan. Kata-kata yang pernah menghiasi pemikiran saya suatu ketika dahulu.

Ok lah, sampai disini dahulu permulaan saya untuk hari ini. Esok lusa ada masa saya coretkan lagi.









http://3.bp.blogspot.com/-7gupkUXv46g/UsOlv2EXXEI/AAAAAAAAEIs/p0vZFp88k9Y/s1600/kata+kata+bijak.jpg

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Cara merawat penyakit GERD dengan kaedah semulajadi

Sakit telinga - Mari kita kenali punca dan rawatan yang sesuai

Tanda-tanda sakit jantung serta senaman yang dapat mengurangkan gejalanya.