Rabu, 15 April 2015

Hilang lenguh-lenguh badan dengan B Complex Shaklee

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Bertemu kembali pada hari ini. Lama juga saya tidak menulis. Ini adalah kerana masa saya banyak diisi dengan bermain bersama-sama dengan anak. Disamping dengan batuk yang sudah mula mencari tempat untuk bertapak. Hahahahaha.....

Ok, pada hari ini saya ingin memberitahu kepada anda bahawa saya sudah mula memakan B complex Shaklee.Saya sengaja mencuba B complex dahulu kerana ingin melihatkan keberkesanannya. Selepas seminggu saya mencuba B complex Shaklee, saya dikehendaki untuk periksa perut di MCH. Pada hari tersebut darah saya perlu diambil untuk mengetahui tahap HB saya. Saya terkejut apabila mengetahui Hb saya ialah 13.3. Pada bulan lepas HB saya hanya 12.4 sahaja. Padahal, saya tidak ambil pun ferrous fumarate kerana menyebabkan saya sembelit. Ferrous fumarate boleh menyebabkan sembelit pada sesetengah orang dan ada sesetengah orang boleh dapat cirit-birit. Bergantung kepada kondisi badan atau hormon seseorang.

Sebelum ini, tiap-tiap malam saya terpaksa meminta tolong suami untuk mengurut kaki dan badan kerana saya kerap lenguh dan sakit dibahagian kaki serta badan. Setelah saya mengamalkan B complex Shaklee, alhamdulillah lenguh badan dan kaki saya sudah semakin kurang. Sekarang, Saya tidak perlu lagi meminta tolong kepada suami saya untuk mengurut tiap-tiap malam. cukup sekadar seminggu satu atau dua kali sahaja. Kini, suami saya pula yang mengamalkan B complex Shaklee. Dia pun beritahu badannya sudah jarang lenguh dan sentiasa cergas.

Kini, tiada lagi fikiran kusut atau stress. Mudah sahaja menenangkan diri dan mengawal kemarahan. Almaklum sahaja la, bila mengandung ni, hormon sentiasa tidak stabil. Bangun pagi pun tidak la sesusah dahulu. Cergas dan cerdas sahaja. Rupanya banyak sungguh khasiat vitamin B complex Shaklee nie. Bila sudah cuba baru tahu sebenarnya. Itulah yang saya dan suami saya rasakan sekarang. Semakin lama, saya semakin suka pula dengan makanan tambahan yang memberi kesan yang positif kepada diri. Yang bestnya, B complex Shaklee ini sudah terkandung folic acid di dalamnya. Lagi mudah bukan????..

Sampai disini dahulu celoteh saya. Ada masa nanti saya update lagi info-info yang terbaru buat anda... cau cin cau.....







Tiada ulasan: