Demam

April 03, 2015

Demam adalah tindak balas normal badan terhadap sebarang jangkitan dan penyakit-penyakit lain.
Berikut saya lampirkan keterangan mengenai demam yang saya perolehi dari Doktorbudak.

Demam merupakan salah satu sebab utama kemasukan kanak-kanak ke wad. Malah, dianggarkan antara 20-40% kanak-kanak mengalami masalah demam setiap tahun.
Biasanya, demam dikaitkan dengan masalah jangkitan kuman yang boleh membahayakan kesihatan kanak-kanak. Walaubagaimanapun, kebarangkalian demam yang disebabkan oleh jangkitan kuman yang serius adalah kecil dan pada kebanyakan masa, demam seringkali disebabkan oleh jangkitan virus. Sistem pertahanan atau antibodi badan kanak-kanak itu sendiri akan cuba melawan jangkitan virus tersebut dan ia biasanya akan baik dengan sendirinya  (‘self limiting’). Secara amnya, suhu badan yang melebihi  37.5 °C adalah demam. Perbincangan mengenai cara suhu badan diambil dan definisi demam yang sering dibahaskan adalah dianggap sebagai di luar konteks dan mungkin akan dibincangkan kemudian.
Walaubagaimanapun, sebagai ibubapa, kita pastinya risau apabila melihat anak demam apatah lagi jika suhu badan yang direkodkan sangat tinggi dan anak yang sebelum ini riang-ria  dan gembira menjadi letih dan kurang bermaya. Lebih merisaukan sekiranya anak tersebut pernah mendapat penyakit yang serius sebelum ini.

Oleh itu, ibubapa hendaklah mengetahui tanda-tanda yang menunjukkan kemungkinan anak  menghadapi penyakit yang serius:
 
1) Kulit yang pucat, berpetak-petak (‘mottled skin’)
2) Anak menjadi kurang aktif serta menunjukkan gerakbalas yang perlahan apabila dipanggil,  menangis dalam keadaan yang lemah ataupun dengan nada tangisan yang tinggi seperti tidak selesa.
3) Kesukaran untuk bernafas, samada nafas yang laju ataupun nafas berbunyi.
4) Tidak makan atau minum seperti biasa.
5) Tanda kekeringan yang serius seperti kurang kencing serta bibir dan lidah yang sangat kering.
6) Demam yang melebihi 5 hari.
7) Suhu badan yang terlalu tinggi ; melebihi 38C untuk bayi kurang dari 3 bulan dan suhu melebihi 39C untuk anak-anak yang berumur antara 3-6 bulan
8) Bengkak sendi dan angggota badan
9) Bengkak ubun-ubun untuk bayi kurang dari umur 1 tahun.
10) Sawan

Jika anak menunjukkan tanda-tanda di atas, segeralah ke hospital yang terdekat untuk pemeriksaan.
Bagi anak-anak yang demam tetapi masih lagi aktif bermain, makan dan minum seperti biasa dan tiada tanda-tanda seperti di atas, penjaga bolehlah memantau anak-anak ini di rumah dengan mengikuti beberapa nasihat seperti :
 
a)   memastikan anak-anak mendapat hidrasi yang mencukupi semasa demam kerana semasa demam badan akan kehilangan banyak air dan tenaga. Jadi sila pastikan anak-anak ini diberi minuman yang mencukupi dan digalakkan untuk memberi susu lebih banyak daripada biasa.
b)   penjaga mesti mengetahui tanda-tanda dehidrasi (kekurangan air dalam badan); mata mencengkung, bibir/mulut yang kering, ubun-ubun yang cengkung, menangis tanpa air mata serta anak letih dan kelihatan lembik..
c)    Ibubapa mestilah memeriksa keadaan anak dengan kerap dan mereka tidak digalakkan menghadiri kelas di tadika/sekolah seperti biasa.
d)   sekiranya naik ruam , segeralah berjumpa doktor.

Tidak dinafikan ada beberapa kaedah yang biasa dilakukan oleh ibubapa terdahulu untuk mengurangkan atau meredakan demam. Kajian  menunjukkan kaedah seperti mengelap badan anak-anak yang demam dengan tuala basah, membuka baju dan seluar anak, membungkus anak-anak dan mendedahkan badan anak dengan udara yang sejuk samada dari alat hawa dingin atau kipas adalah tidak berkesan dan mungkin membahayakan lagi anak-anak yang demam itu.

Contohnya, dengan menggunakan alat hawa dingin atau ais untuk menurunkan suhu badan, ini sebenarnya akan menyebabkan anak-anak menggigil dan secara langsung  menaikkan suhu badan (‘core temperature’) dan menyebabkan demamnya  menjadi lebih tinggi dan lebih sukar dirawat.

Penggunaan ubat pelega-demam (‘antipyretic’) adalah dikhususkan untuk anak-anak yang mengalami demam yang tinggi dan dalam keadaan tidak selesa  (‘distressed’). Buat masa sekarang, ubat-ubat yang biasa digunakan sebagai agen untuk mengurangkan ataupun menurunkan suhu badan adalah paracetamol dan ibuprofen. Pengunaan ubat-ubat ini memerlukan nasihat daripada doktor kerana ubat-ubat ini jika digunakan terlalu kerap atau dalam dos yang salah boleh memudaratkan kesihatan kanak-kanak.

Rupanya ada juga kaedah yang tidak digalakkan digunakan semasa anak kita demam. Jadi, adalah lebih baik kita mencegah daripada merawat. Makanan tambahan perlu juga diberi kepada kanak-kanak untuk menambah atau memberi kekuatan kepada sistem imun di kalangan anak-anak. Makanan tambahan yang disyorkan adalah vitalea for children. Sangat sesuai untu kanak-kanak yang kerap demam dan selsema serta batuk. Tanya juga bagus untuk kanak-kanak yang tidak gemar makan buah-buahan dan sayur-sayuran. Dengan sebiji pagi dan sebiji malam sudah cukup untuk keperluan seharian kanak-kanak.

 http://www.beyondmama.com/image/beyondmama/image/cache/data/all_product_images/product-141/chew%20vitalea-700x700.png

You Might Also Like

0 ulasan