Cara mengatasi anak susah makan.

Image result for produk shaklee
Assalamualaikum dan salam sejahtera. Diharap sihat hendaknya di samping keluarga tercinta. Baru hari ini berkesempatan untuk menulis setelah sibuk melakukan kerja hakiki dan kerja-kerja lain. Seperti yang saya tuliskan dibahagian tajuk, hari ini saya ingin membincangkan permasalahan berkaitan kanak-kanak yang tidak suka atau gemar makan nasi, buah-buahan ataupun sayur-sayuran. Macam mana boleh terjadi ye??? Anak saya pun susah makan sayur atau buah. memang tidak mendapat zat seperti yang sepatutnya. Risau juga....

Di sini saya perturunkan cara untuk menggalakkan kanak-kanak untuk makan sayur, buah atau nasi.

1. Hias makanan

Ermmm.... hendak hias macam mana ye? Kalau kita hias buah atau sayur seperti muka teddy bear mesti kana-kanak suka kan! Lebih-lebih lagi kalau kartun yang digemari oleh kanak-kanak seperti upin ipin, boboiboy, barbie dan bermacam-macam lagi.

2. Variasikan makanan berkhasiat

Jika anak anda sukar untuk makan buah atau sayur, cuba campurkan sedikit dengan krim putar, keju cair atau ais krim. Nampak macam bukan cara kita punya pemakanan, tapi cubalah dahulu. Contohnya, brokoli disalut dengan keju cair. Pasti anak-anak anda akan maka kerana rasa sayur telah tiada akibat dienakkan dengan rasa keju. Jika mereka suka minum minuman manis, banyakkan buat jus buah-buahan. Manakala jika mereka suka makan burger atau pizza, boleh lebihkan daging dan sayur-sayuran.

3. Makan bersama-sama anak

Jika ibu bapa sendiri tidak makan sayur, bagaimana anak-anak hendak makan sayur? Anda sendiri yang perlu tunjukkan tabiat pemakanan yang betul kerana anak-anak akan memerhatikan anda dan mengajuk semula tindak tanduk anda. Kalaulah anda berdiet sekalipun, janganlah tunjuk dihadapan anak anda. Pastikan anda makan mengikut masa yang ditetapkan seperti sarapan pagi, makan tengahari dan makan malam supaya anak anda akan terikut-ikut dengan cara anda. Tabiat makan yang sihat bagus untuk mempengaruhi anak anda.

4. Jangan sesekali memaksa anank untuk makan

Sentiasa berfikiran positif. Jangan menggunakan cara ugutan seperti tidak membenarkan anak menonton televisyen jika tidak menghabiskan sayur. Ini akan menambahkan lagi kebenciaan anak terhadap sayur atau buah. Gunakanlah cara toleransi. Contohnya, jika mereka dapat menghabiskan sayur, mereka dapat makan makanan yang mereka sukai. Jadi, mereka akan menghabiskan sayur kerana mereka dapt makan makanan yang mereka sukai. Sekurang-kurangnya, mereka tidak akan berperasaan negatif terhadap sayur atau buah.

5. Menyediakan makanan bersama

Jika anda membeli-belah, dan mungkin ingin memilih sayuran atau buahan, cuba ajak anak anda untuk buat pilihan bersama. Kebiasaannya, mereka memang gemar untuk melibatkan diri walaupun buat pilihan atas makanan yang mereka tidak suka. Apabila tiba waktu makan, mereka pastinya akan fikir mahukan ibubapa memakan sayuran yang dipilih oleh mereka. Jadi, anak pun akan turut makan. Pastikan juga libatkan anak-anak dalam kerja-kerja minor seperti membasuh sayur atau buah, mengaul tepung, mengacau masakan, memotong cendawan dan sebagainya. Penglibatan sebegini mewujudkan kasih sayang dan mengeratkan keluarga.

6. Tunjukkan visual kegemaran anak

Rajinkan diri untuk mengkaji dan menunjukkan video kegemaran anak-anak yang mengambarkan pemakanan yang sihat. Biasanya kanak-kanak akan mudah terpengaruh dengan apa yang dilihat di video tambahan pula kalau ada watak kegemaran mereka turut sama lakukan sesuatu seperti memakan makanan yang sihat. Secara perlahan-lahan, anak anda yang tidak suka sayur akan melihat itu merupakan tabiat pemakanan yang sihat.

Adakalanya, tidak semua yang mampu dilakukan oleh ibubapa. Bukan senang hendak memberi makanan yang cukup dengan keperluan anak-anak. Kanak-kanak sekarang lebih aktif dan cerdas, jadi memerlukan lebih dari sekadar pemakanan sahaja. Oleh sebab itu, berilah anak anda Meal Shakes Shaklee.
Setiap hidangan yang dicampur dengan susu rendah lemak mengandungi 240 kalori tenaga, sumber protein yang kaya dengan 9 amino asid yang penting, sumber terbaik kalsium dan serat makanan, membekalkan 19 vitamin dan mineral penting termasuk vitamin A, B,C,D,E, zat besi, zink dan iodin serta formula rendah lemak dan rendah indeks glisemik.

Image result for produk shaklee



Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Cara merawat penyakit GERD dengan kaedah semulajadi

Sakit telinga - Mari kita kenali punca dan rawatan yang sesuai

Tanda-tanda sakit jantung serta senaman yang dapat mengurangkan gejalanya.