Assalamualaikum dan selamat sejahtera. Pagi ini saya bangun awal kerana ada acara penting yang akan dijalankan di kangar. Bersiap sekadar sederhana sahaja dan kemudian siapkan anak untuk ke sekolah. Pagi ini bersarapan dengan ESP. Alhamdulillah, kenyang je pagi nie. Sampai di kangar sebelum pukul lapan pagi seperti mana yang diarahkan semalam.

Ramai juga rupanya yang sampai lebih awal daripada saya. Ingatkan saya orang yang terawal.... Perasan je lebih.... Masuk je ke dalam dewan, ada sarapan menanti. Siap tulis kalori lagi pada makanan yang diberikan. Makan secara sihat ye..... Ada roti, pisang dan air putih.  Sementara menunggu vvip dan vip nie, lapar pula.

Acara belum bermula lagi. Katanya akan bermula pada pukul sembilan pagi. Itu pun jika vvip dan vip datang awal. Nampak menarik pula dari semalam. Dengan baju batik dan uniform menambahkan lagi kepelbagaian warna. Suasananya pula seperti berada di majlis menyambut pengantin yang diadakan di hotel.

Di sini dahulu coretan saya. Ada masa saya tulis lagi. Sudah hampir masa untuk memulakan acara yang akan berlangsung pada bila-bila masa.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Cara merawat penyakit GERD dengan kaedah semulajadi

Sakit telinga - Mari kita kenali punca dan rawatan yang sesuai

Tanda-tanda sakit jantung serta senaman yang dapat mengurangkan gejalanya.