April 01, 2015

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Hari ini hari yang sangat memberi sinar kebahagiaan kepada saya.
Saya rasa bertenaga pula walaupun kurang makan. Pemakanan saya pula lancar tanpa perlu menahan lapar akibat dari tiada selera makan saya. Cuma ada rasa tidak selesa di bahagian perut sahaja. Tidak dapat dipastikan kenapa. Mungkin makan makanan terlampau pedas sangat kot!!!....

Perasaan berdebar-debar juga dirasai pada ketika ini. Bagaimana keadaannya nanti di kangar ye? Bermacam-macam persoalan melingkari pemikiran saya. Ermm.... Sukar untuk dinyatakan dengan jelas dan nyata. Bagaimana pula nanti ye.... Apa-apa pun aku harus hadapinya juga.

Alhamdulillah, fasa pertama dapat ditempuhi dengan sempurna walaupun ada tercalit sedikit kebimbangan. Syukur sangat-sangat diatas kurniaanmu. Macam tidak percaya pun ada. Aku dah beli jus oren untuk aku gunakan bersama ESP.

Tentu tertanya-tanya apa itu ESP. Saya pun baru sahaja mula minum. Tidak terasa lapar sangat dan perut pun tidak mudah meragam. Tambahan pula boleh dicampurkan dengan minuman kegemaran kita kecuali kaffein ye. Tidak sesuaiii tau..... Nanti tidak dapat manfaat ye....

Bagaimana saya tertarik untuk mendekati shaklee? Sebenarnya, sebelum ini saya pernah menjual pelbagai produk kesihatan. Berbagai produk kesihatan yang pernah saya gunakan tetapi kebanyakkannya adalah tradisional. Saya lebih percaya kepada produk tradisional lagi walaupun ada di antaranya ada yang tidak sesuai dengan sesetengah hormon dlm badan kita.

Tapi, itulah takdirnya kan, saya tergerak untuk mulakan dengan membeli vitamin untuk anak saya yang kerap selsema dan kerap sangat demam panas. Kemudian saya pula membeli ESP untuk diri sendiri. Dari situ saya sudah mula meminati untuk menceburkan diri dalam shaklee.. Insyaallah, saya akan rapatkan lagi hubungan dengan shaklee. Amin....

Sampai disini dahulu. Ada masa saya coretkan lagi ye. Doakan esok yang terbaik buat saya ye...

You Might Also Like

0 ulasan